Results for Recipe

Cara - Cara Masak Telur Terbalik (Kuning Di Luar Putih Di Dalam)

6:48:00 PTG

Orang zaman sekarang memang hebat betul, bukan teknologi je canggih, memasak pun dah canggih dah, silat lihat video dibawah ini. Anda pasti teruja


Dipetik dari : Kedai Online Adslah
Cara - Cara Masak Telur Terbalik (Kuning Di Luar Putih Di Dalam) Cara - Cara Masak Telur Terbalik (Kuning Di Luar Putih Di Dalam) Reviewed by Kreativ on 6:48:00 PTG Rating: 5

Daging Jeruk Gadis Jolobu - Resepi Moden

5:10:00 PTG
TAKDE MASA NAK MASAK?
.
.
Kini tidak lagi. Kami bantu anda dgn resepi mudah, cepat dan ringkas ini.
.
Daging jeruk gadis jolobu siap dlm 5 minit. Hanya perlu potong cili api, bawang merah. Tumiskan dlm minyak panas. Masukkan daging jeruk. Kacau rata 2 minit. Siap!








Dipetik dari - Daging Salai Gadis Jolobu
Daging Jeruk Gadis Jolobu - Resepi Moden Daging Jeruk Gadis Jolobu - Resepi Moden Reviewed by Kreativ on 5:10:00 PTG Rating: 5

Resepi Nasi Tomato

6:08:00 PTG


Nasi Tomato   

Sumber: Buku Resipi Selera Perantau 

Bahan-Bahan :

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
½ cawan minyak sapi 
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga 2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih 
2.5 sm kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato sos

Cara-cara :

Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.
Resepi Nasi Tomato Resepi Nasi Tomato Reviewed by Kreativ on 6:08:00 PTG Rating: 5

Lauk Untuk Nasi Briyani - Ayam Masak Merah

2:29:00 PG
Lauk Untuk Nasi Briyani - Ayam Masak Merah


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam - dipotong 8 atau 12 bahagian
Garam dan gula secukup rasa
tomato sos secukupnya
cili sos secukupnya
3 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup/bawang untuk hiasan

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

7 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
4 cm halia
3 batang serai

REMPAH TUMISAN :

1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga

CARA MEMASAK :
  • Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam sehingga masak .

  • Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumiskan bahan-bahan dikisar dengan bahan rempah sehingga wangi semerbak kemudian boleh la dimasukkan cili kisar dan digaul rata . Biarkan sampai cili masak dan pecah minyak . Masukkan gula, garam , cili/tomato sos dan kacau lagi .

  • Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan tabur daun sup/bawang ke atas ayam dan boleh la dimatikan api dapur.

Lauk Untuk Nasi Briyani - Ayam Masak Merah Lauk Untuk Nasi Briyani - Ayam Masak Merah Reviewed by Kreativ on 2:29:00 PG Rating: 5

Lauk Untuk Nasi Briyani - Dalca

2:21:00 PG


BAHAN-BAHAN :

300 grm daging lembu batang pinang
1 peket rempah kari daging
4 cawan santan - boleh tambah
1 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
1 biji carrot
100 grm kacang dal - boleh ditambah

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kisar semua bawang merah , bawang putih dan halia . Kacang dal direbus sehingga empuk & ditos , saya ambik sedikit air rebusan kacang dal untuk dicampur dalam kuah dalca ni . Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua kulit bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .

Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk tadi , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan bersama dengan air rebusan kacang dal , daging dan biarkan daging masak serta menjadi empuk . Masukkan ubi kentang dan biar ubi masak sehingga empuk kemudian boleh la masuk carrot . Bila carrot agak empuk boleh dimasuk kacang dal , terung serta garam secukup rasa dan kacau sekejap dalca ini . Bila semua sayur dah empuk boleh la ditutup api dapur .
Lauk Untuk Nasi Briyani - Dalca Lauk Untuk Nasi Briyani - Dalca Reviewed by Kreativ on 2:21:00 PG Rating: 5

Resepi Nasi Beriani Johor

10:50:00 PTG
Nasi beriani johor

Bahan-Bahan :

8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang

Cara-cara :

1. Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.

2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.

3. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.

4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.

5. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.

6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.

Cadangan Hidangan:

Hidangan untuk 15 orang.
Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.

Tambahan :

Nasi Beryani ini memang selalu dipuji kesedapannya apabila saya memasaknya oleh anak-anak dan saudara mara.


*Lauk :
Resepi Nasi Beriani Johor Resepi Nasi Beriani Johor Reviewed by Kreativ on 10:50:00 PTG Rating: 5

Resepi Mee Hoon Sup

3:56:00 PTG


BAHAN-BAHANNYA

1 bungkus mee hoon - di rendam, di celur hingga lembut dan toskan
1 ekor ayam - dipotong kecil2
3 sudu besar serbuk rempah sup adabi
2 cm lengkuas - dititik
1 rempah sup bunjut adabi
Rempah tumis(1 kayu manis, 2 bnga lawang, 2 buah pelaga )
1 kiub pati ayam
4 cawan air atau secukupnya.

Bahan di tumbuk

8 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu besar lada sulah*

1 mangkuk kecil tauge - dicelur
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Garam dan sedikit gula

CARA-CARANYA
  1. Tumbuk halus lada sulah dan kemudian tumbuk bahan yang bertanda *
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan tumbuk, kacau hingga garing.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah sup yg di bancuh dngn sedikit air, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  4. Masukkan pula rempah sup bunjut adabi dan kacau lagi.
  5. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama mee hoon yg telah di celur.

Cara Penyediaan

  1. Masukkan sedikit mee hoon yang telah dicelur tadi kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  2. Letakkan sedikit sambal kicap dan perahan limau kasturi.
  3. Setelah siap bolehlah di makan.

Resepi Mee Hoon Sup Resepi Mee Hoon Sup Reviewed by Kreativ on 3:56:00 PTG Rating: 5

Resepi Mee Goreng Basah

3:51:00 PTG
Mee Goreng Basah


Bahan-bahan ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
garam, gula & ajinomoto
** lada jeruk **
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Cara-cara


  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
  5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.

Resepi Mee Goreng Basah Resepi Mee Goreng Basah Reviewed by Kreativ on 3:51:00 PTG Rating: 5

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

5:35:00 PG
Kari Ayam Tanpa Santan


Bahan-bahan ( 4 tau 5 org makan )

1 Ekor ayam dipotong 8(dibersihkan) 2 Biji Bawang besar* 2 Biji bawang putih* halia(saiz setengah ibu jari)*3 sudu besar serbuk rempah kari ayam Babas* 5/10 tangkai cili kering(sekiranye mahu pedas)* 1 batang serai dititik 1 batang kayu manis,2 biji buah

Cara-cara

tanda * dibelender bersama air,panaskan minyak lalu masukkan serai,kayu manis,bunga lawang,bunga cengkeh dan buah pelaga..tumis sebentar lalu masukkan bahan2 yg dah dibelender tadi dan kicap manis digaul hingga naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan ayam dan digaul rata..masukkan air ikut citarasa anda..kentang dan tomato biji yg telah dipotong ikut suka anda jgn lupa masukkan sekali akhir sekali garam dan gula secukup rasa...gaul dan masak hingga mendidih dan ayam menjadi empuk sekiranya pekat bole ditambah air :) **Selamat mencuba resepi ini dan Terima kasih <3
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Reviewed by Kreativ on 5:35:00 PG Rating: 5

Resepi Maggi Mee Kari Goreng

5:31:00 PG


Bahan-bahan ( seorang makan(perempuan) )

1 bungkus mee maggi apa2 perisa ikut suka
1 biji telor
1 batang hot dog.(jika suka...fish kek, fish ball...pap saja yang anda suka..serba sedikit)
Sejemput sayur2an ikut suka anda.(sawi,kobis...dsb)
2 sudu minyak masak
1/2 cawan air.(sedikit jer)
Bahan2 hiasan untuk hidangan.(pilihan..daun sup, bawang goreng.....)

Cara-cara

  1. Ini cara anak hamba buat...hamba dah buat cara hamba ...tak jadi...dan tak best walau pun resepi ni simple...gambar diatas hasil anakhamba buat tanpa sayur2 sebab die tak suka sayur...emmm budak2!
  2. Rebus air dan rendam mee maggi biar ia kembang dan tuskan. Sementara itu potong hotdog kecil2 dan goreng bagi masak.
  3. Guna kuali non stik(lebih baik) panaskan minyak dan masukan telur..kacau2 bagi hancur.
  4. Masukan bahan2 lain seperti sayur, fish kek, fish ball...kacau dan masukan mee maggi...terus masukan air dan perencah maggi...bubuh setengah peket sahaja nanti masin...kacau n gaul sebati sehingga ia menjadi agak kering...diulangi sehingga ia menjadi agak kering...kalau ia masih basah tak sedap! Kemudian baru bubuh hotdog dan hidangkan. Hias lah hidangan secantik mungkin...ia akan menjadi nampak menyelerakan.
  5. Kadang2 mee maggi yang dimasak brkuah memboringkan...cuba try test resepi ni pulak...rasanya memang berlainan....tak sama macam mee goreng segera dalam peket macam mee SEDAP tu..tak caya cuba...simple je...kalau sedap bolih buat 4 5 bungkus sekali tapi gandakan bahan2nya...sambil2 layan fesbuk kire ok la makan mee maggi kari yang digoreng...jumlah kalori hanya 675 kalori untuk sebungkus mee.

Resepi Maggi Mee Kari Goreng Resepi Maggi Mee Kari Goreng Reviewed by Kreativ on 5:31:00 PG Rating: 5

Resepi Nasi Ayam Penyet Indonesia

5:25:00 PG

Resepi Nasi Ayam Penyet dari Indonesia

RESEPI AYAM PENYEK :

hidangan : 6 orang.

Jangan terkejut dengan resepi ini dengan perkataan “penyek” atau dalam bahasa kita, “Lenyek”. Ayam ini tak dilenyek atau dipenyek…hahaha!. Cuma namanya saja. Sebenarnya ayam ini lebih sesuai dibakar (grill) dalam ketuhar (oven) bersuhu tinggi 250 darjah celsius. Bagi mudah ia boleh juga digoreng di kuali leper tidak lekat (non-stickable pan) dengan kurangkan minyak atau lagi mudah boleh digoreng saja seperti ayam goreng biasa dengan menggunakan tepung beras. Masakan Ayam Penyek juga boleh digunakan dalam menu Nasi Ayam sekiranya ingin diperagamkan resepi Nasi Ayam. Nasi dan sup seperti biasa tetapi sos cili kita ubah menjadi sambal ayam penyet yang sangat lazat. Mamak Haji masukkan sekali resepi sambal ayam penyet ini untuk penggemar Nasi ayam. Kepada peniaga-peniaga nasi ayam boleh tambahkan resepi ini sebagai menu tambahan Dalam Jualan Nasi Ayam Hainan yang tersedia ada.

BAHAN-BAHAN:
  • 6 ketul daging ayam. Gunakan sebelah atas peha ayam atau isi yang tebal.  Kalau masak dan makan di rumah elok beli peha ayam penuh dan dibuang tulang seperti chicken chop. Bagi berniaga takat nak jual berharga dua atau tiga ringgit seketul, biarkan tulangnya. Ia nampak besar sedikit.
  • 3 sudu besar (tbsp) santan pekat.
  • 2 batang serai diketuk memanjang supaya masa gorengan ia akan terurai dan cantik dalam hidangan.
  • 2 helai daun salam atau bay leaf tempatan. Boleh dapati di pasar malam atau pasar tani. Daun yang terlebih, keringkan dan simpan. Boleh digunakan untuk masakan akan datang. Daun Salam dalam masakan akan mewangi lauk kepada rasa kemanisan.
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar. serbuk ketumbar atau biji rempah boleh dibeli dikedai mamak, seringgit sudah perolehi banyak. Goreng kering dikuali sehingga keharumannya naik. biarkan dia sejuk dan kisar dalam pengisar kering (kecil) dan simpan serbuknya didalam bekas kedap udara. Kalau kita ada hobi masak, perlu ada serbuk-serbuk rempah yang buat sendiri seperti jintan manis, jintan putih, lada hitam, lada putih. Kalau disimpan dalam  bekas kedap udara boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Rempah-rempah ini adalah asli dan sangat wangi dalam masakan dari berbedza dengan serbuk rempah yang dibeli dalam bungkusan yang biasanya dicampur dengan tepung beras dan rempah yang sangat berkualiti rendah (dasar perniagaan kaut untung). Serbuk rempah yang dibeli itu biasanya perlu digoreng semasa masakan atau pun perlu masukan dalam minyak panas semasa tumis,  ini akan menyebabkan rempah ini mudah  hangus dan berasa pahit. Untuk elakan ini, sediakan rempah yang telah digoreng kering dan kisar dan masukkan terus dalam masakan masakan.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih. Ramai salah faham kenali jintan putih dan jintan manis. Jintan putih dalam bahasa Inggeris digelar “cummin seed”. Jintan Putih digelar “Fennel seed”. Gelaran jintan putih disebabkan ada “Jintan Hitam” atau disabdakan Nabi s.a.w ” ibu bagi segala ubat”, “Habastussauda”. Jintan Putih berbentuk halus dan Jintan manis gemok dan pendek. Jangan silap.
  • 1 sudu besar gula merah. Gula pasir jangan digunakan dalam gorengan ia akan jadi Karbon bila digoereng menjadi hitam disebabkan bahan kimia dalam proses menjadikan gula pasir.

BAHAN UNTUK PERENCAH (KISAR ATAU TUMBUK)
  • 5 ulas bawang putih  telah dikopek kulit.
  • 2 cili merah.
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas saiz ibu jari dihiris.
  • 1 inci halia dihiris.
  • 3 biji buah keras dihancurkan.

Nota: Anda perhatikan bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya untuk membakar ayam dalam oven gunakan minyak masak dalam perencah tetapi resepi Indonesia ini gunakan buah keras atau buah kemiri. Buah kemiri punyai kandungan minyak yang sangat harum. Dengan sebab inilah mamak haji terpikat dengan resepi-resepi Indonesia yang asli.

CARA-CARA MEMASAK:

1. masukkan semua bahan-bahan di atas  ia itu jintan putih, serbuk ketumbar yang telah disediakan, garam, santan, serai, gula merah bersama ketulan ayam peramkan sekurang-kurangnya 30 minit atau sebaiknya semalaman.

2. Sekiranya ingin gorengkan atau seperti grill di kuali pan, masukan minyak masak 1/4 dari paras ketulan ayam dengan api perlahan. Koyak-Koyakan daun salam dan taburkan diatas ketulan ayam. Hasil Grill yang baik ialah masa meletakan ketulan ayam itu menghadapakan permukaan tulang ayam permukaan bawah dan isinya Kulit) ke atas. Kuali perlu ditutup untuk wap memasak ketulan ayam. Bila agak masak, terbalikan ketulan ayam. Permukaan ayam yang  isinya berkulit itu perlu hangus kehitaman sedikit.  Permukaan ini hanya perlu masak sekali saja supaya kulit tidak melekat pada permukaan kuali dan tertanggal. Sekiranya anda rasa lambat cara ini , apabila kulit dan isi ayam mula bertukar keperangan, keluarkan ketulan ayam dari kuali dan masukkan dalam ketuhar (oven) yang telah dipanaskan 250 darjah celsius selama 10 – 15 minit.

3. Ayam penyet anda telah siap hidangkan bersama sambalnya.

RESEPI SAMBAL AYAM PENYEK:

BAHAN-BAHAN:
  • 15 biji cili masak dibuang bijinya (300gm).
  • 10 bji cili padi. Kalau nak pedas tambah saja.
  • 10 biji bawang merah atau 3 bijji bawang labu, dihiris.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 biji tomoto bersais besar dibelah enam.
  • 1 inci belacan.
  • 1 gengam ikan bilis.
  • 3 sudu besar (tbsp) gula merah atau gula melaka.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak untuk goreng ikan bilis.

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Panasakan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan. Dalam minyak yang sama goreng Belacan dan asingkan.

2. Masukkan Cili merah dan cili padi sehingga layu. Bila cili mula layu, masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih. Goreng sehinnga layu.

3. masukkan tomato dan goreng sehingga layu.

4. Angkat semua bahan-bahan goreng tadi, biarkan  sejuk dan mula kisarkan semua bahan-bahan tadi dengan separuh halus.

5. keluarkan kisaran tadi dan masukan dalam kuali dan panaskan. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Jangan terlalu masak. sekali mendidih sudah memadai. Sambal anda sudah siap.

Selamat Mencuba
Resepi Nasi Ayam Penyet Indonesia Resepi Nasi Ayam Penyet Indonesia Reviewed by Kreativ on 5:25:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.