Results for Tragedy

Ayah Pin Had Died Last Night

10:29:00 PG



TERENGGANU: The leader of the heresy 'Kingdom of Heaven', Ayah Pin or Ariffin Muhamad, 74, died at his home in Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, at 8.30pm. 

Ayah Pin, is the founder of the "Kingdom of Heaven" which the authorities and listed mansion in cult groups who gathered at Kampung Batu 13, Hulu Besut. 

Ayah Pin described himself as representative of "God" every religion, while his father also assume Pin as Lord who receives revelation from the heavens, and those who made the revelation in question is based. 

In April 2005, Besut District Land Office issued a notice to demolish several premises and a giant replica of Ayah Pin's headquarters in the village

Ayah Pin Had Died Last Night Ayah Pin Had Died Last Night Reviewed by Kreativ on 10:29:00 PG Rating: 5

Sekolah Tahfiz Hangus Terbakar Tapi Al-Quran, Jubah, Telekong Kekal Dalam Keadaan Baik. Allahu Akbar

4:49:00 PTG
Sekolah Tahfiz hangus terbakar tapi Al-Quran, jubah, telekong kekal dalam keadaan baik. Hebat kuasa Allah! Allah Maha Besar.





Sekolah Tahfiz Hangus Terbakar Tapi Al-Quran, Jubah, Telekong Kekal Dalam Keadaan Baik. Allahu Akbar Sekolah Tahfiz Hangus Terbakar Tapi Al-Quran, Jubah, Telekong Kekal Dalam Keadaan Baik. Allahu Akbar Reviewed by Kreativ on 4:49:00 PTG Rating: 5

Tahniah Kepada Wanita Ini, Anda Win!

1:16:00 PTG


Kepada anak-anak yang masih mempunyai ibu dan ayah, berbaktilah sebaik-baiknya kepada mereka, apa yang kita lakukan untuk orang tua kita, pasti kita akan terima perkara sama dari anak kita. Oleh marilah kita berbakti kepada Allah semoga tidak tercebur ke dalam api neraka.

Translate

"Nak share sikit pengalaman tadi dekat Maybank... Nak kuarkan duit.. Dekat tepi ada lelaki memang dah tua dah, dah macam atok Erna dah.. dia tengok Erna kuar duit wajah dia sangat sedih... dah selesai dia datang kat Erna.. dia cakap "dang boleh tolong check kan duit saya.. anak saya janji masukkan duit petang ini..." dia bagi kertas no pin dia.. Erna pun tolong la check kan.. bile tengok baki dia Erna sangat sedih.. RM3.08sen je.. Erna pun bagi la duit Erna dan cakap pakcik ambik duit ni ikhlas..~
#jangan berjanji kat ibubapa kalau tak mampu.. diorang kan sangat berharap.. tengok muka pun dah tahu apa yang pakcik tadi tu rasa"

Semoga dengan cerita ini, kita mengambil sedikit iktibar bahawa sayangilah orang tua anda supaya anda tidak kesal dikemudian hari

wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum

Penulis: Erna
Tahniah Kepada Wanita Ini, Anda Win! Tahniah Kepada Wanita Ini, Anda Win! Reviewed by Kreativ on 1:16:00 PTG Rating: 5

Bayi Tujuh Bulan Pun Boleh Buat Gangnam Style

6:04:00 PTG

Bayi tujuh bulan ini juga sudah terpengaruh dengan Gangnam Style. Walaupun tentang Gangnam style sudah lama tidak dibicarakan tetapi masih lagi terdapat peminat yang masih gila dengannya. Di bawah ini disertakan video bayi melakukan gangnam style. Mari kita lihat.

Bayi Tujuh Bulan Pun Boleh Buat Gangnam Style Bayi Tujuh Bulan Pun Boleh Buat Gangnam Style Reviewed by Kreativ on 6:04:00 PTG Rating: 5

Food Tester Terkecil

9:26:00 PTG
Food Tester terkecil

Si kecil menjadi food tester paling muda, umur tiga tahun.

Dia mampu mengenal pelbagai makanan.

Lihat video dibawah ini.

Youtube
Food Tester Terkecil Food Tester Terkecil Reviewed by Kreativ on 9:26:00 PTG Rating: 5

16 Jenis Alat Perubatan Ditemui Dalam Perut

7:42:00 PTG


Menjalani operasi pembedahan seharusnya dapat memberikan kesembuhan bagi si pesakit. Namun, apa yang terjadi pada pesakit yang berasal dari Jerman ini adalah sebaliknya.

laporan dari emirates247.com melaporkan, Ahad (20/1), lelaki bernama Dirk Schroeder mengalami sakit luar biasa ketika sedang menjalani operasi. Ini lantaran di dalam perut lelaki 74 tahun itu ditemui 16 alat perubatan yang tidak sengaja ditinggalkan oleh doktor ketika membedahi dia.

Schroeder dilaporkan memang sering menjalani operasi untuk menangani kanser prostat yang dialami beliau. Namun setelah selesai menjalani operasi, Schroeder menyedari luka akibat proses bedah perubatan itu semakin teruk.

Salah satu anggota keluarga Schroeder mengatakan sakit dia sangat teruk sehingga membuat dia tidak boleh duduk.

Sementara surat khabar asal Jerman menulis, selama beberapa minggu Schroeder sengsara dengan rasa sakit itu sebelum akhirnya mengetahui sebab penyakitnya.

Ketika akhirnya Schroeder dioperasi kembali, keluarganya sangat terkejut setelah mengetahui ada 16 alat perubatan di dalam tubuh dia. Alat-alat itu, seperti jarum, gulungan pembalut sepanjang 15 sentimeter, alat penekan sepanjang 15 sentimeter, beberapa kain penyeka, dan penutup muka perubatan.

Alhasil, Schroeder harus menjalani dua kali operasi untuk mengeluarkan semua benda-benda tidak seharusnya berada di tubuh dia.

Akibat kejadian itu, keluarga Schroeder dilaporkan telah mengajukan tuntutan sebagai denda kerana kecuaian pihak hospital tersebut
16 Jenis Alat Perubatan Ditemui Dalam Perut 16 Jenis Alat Perubatan Ditemui Dalam Perut Reviewed by Kreativ on 7:42:00 PTG Rating: 5

Lima Peristiwa Paling Aneh Dan Pelik Dalam Dunia Yang Boleh Membuat Anda Ternganga

6:50:00 PG

Peristiwa Paling Aneh Dan Pelik Dalam Dunia

Banyak peristiwa tidak masuk akal terjadi di sekitar kita, namun lima kejadian ini bakal membuat anda ternganga serta berkata bagaimana ia boleh terjadi. Ternyata lima perkara pelik ini benar-benar berlaku, seperti kembar tiga tapi berjarak umur hingga 11 tahun atau sekelompok tentera Taliban melatih kera untuk menggunakan senjata bahkan senapang AK-47.

Dinyatakan dari listsverse.com, peristiwa aneh dan unik ini berlangsung di luar akal sihat manusia pada umumnya. Kejadian ini pernah terheboh di seluruh dunia? Berikut ulasannya.

1. Kembar tiga yang berjarak usia 11 tahun


Ini mungkin peristiwa paling aneh sedunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, Inggeris, bernama Lisa Sheperd. Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.

Ketiga anak itu bernama Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh baru muncul di dunia tiga tahun lalu. 

Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.

2. Tertembak di kepala dan baru tahu lima tahun kemudian


Seorang lelaki Jerman tidak disebutkan namanya ternyata tidak mengetahui jika dia telah tertembak di kepala pada malam tahun baru 2004 sebab sangat mabuk.

Lelaki itu baru menyedari sebuah peluru kaliber 0,22 tertanam di kepala pada 2009. Itu pun secara tidak sengaja saat dirinya pergi ke doktor dengan keluhan perut sakit. 

Dia mengakui pada malam itu seperti terhentam benda berat di kepala. Namun dia fikir bukan sesuatu yang sakit.

3. Taliban latih kera dengan AK-47


Kelompok tentera Taliban di Afghanistan telah menciptakan sepasukan mujahidin monyet. Para kera dan baboon ini dilatih dengan menggunakan senapang serbu AK-47 untuk menembak tentera Amerika Syarikat pada 2010.

Kejadian ini membuat banyak pihak bengong. Bahkan Perundingan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) turut mengikuti menyelidiki kes ini.

4. Bayi selamat selepas terjatuh dari tingkat tujuh


Seorang bayi perempuan 15 bulan tidak disebutkan namanya selamat ketika terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah Apartment. Dia beruntung kerana seorang lelaki dengan laju menangkapnya.

Bayi asal Ibu Kota Paris, Prancis, itu bermain dekat dengan jendela tanpa pengawasan sesiapa. Ketika dia jatuh lelaki yang menangkapnya melihat lalu berlari secepat kilat menyambar budak itu. Masa di sekitar tempat kejadian mengatakan lelaki itu adalah pemain rugby, permainan bola asal Amerika Syarikat.

5. Pramugara berhenti kerja saat pesawat ada di udara


Aksi ini sungguh aneh tapi benar-benar terjadi. Lelaki bernama Steven Slater berprofesional sebagai pramugara pesawat JetBlue melayani penerbangan antara negara bahagian di Amerika Syarikat memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya justeru di saat kapal terbang itu sedang berlepas.

Steven asal Kota Pittsburgh, Negara Bahagian Pennsylvania, membuka pintu darurat dan terjun terus menggunakan peluncur. Dia berhenti bekerja lantaran bertengkar dengan salah satu penumpang. Sebelum melakukan aksinya, dia terlebih dahulu mengambil pembesar suara dan memaki-maki penumpang tersebut.
Lima Peristiwa Paling Aneh Dan Pelik Dalam Dunia Yang Boleh Membuat Anda Ternganga Lima Peristiwa Paling Aneh Dan Pelik Dalam Dunia Yang Boleh Membuat Anda Ternganga Reviewed by Kreativ on 6:50:00 PG Rating: 5

Wow! Lelaki Ini Berlari di Atas Air, Apa Rahsianya?

9:19:00 PG


Wow! Benarkah ada orang yang mampu berlari di atas air seperti pendekar Kung Fu di filem-filem? Bagaimana cara dia melakukannya? Apa rahasianya? Apa teknik yang dia gunakan sehingga dia boleh berlari di atas air tanpa tenggelam seperti itu?

Lelaki itu adalah Maciek Kozierski, dia bersama pasukannya melakukan projek bernama Miracle (Keajaiban). Mereka berusaha mencari teknik bagaimana Maciek Kozierski boleh berjalan di atas air, atau lebih tepatnya berlari di atas air.

Rahsianya adalah dengan menggunakan papan luncur (Kite Surfing). Pertama Maciek Kozierski menggunakan Kite Surfing, dia berdiri di atas papan luncur sambil memegang layangannya, lalu ketika tepat dia melompat dari papan luncurnya dan berlari di atas air dengan kelajuan yang tinggi.

Wow! Lelaki Ini Berlari di Atas Air, Apa Rahsianya? Wow! Lelaki Ini Berlari di Atas Air, Apa Rahsianya? Reviewed by Kreativ on 9:19:00 PG Rating: 5

Kesalahan Dalam Drama Korea I Miss You

9:15:00 PG


Baru-baru ini peminat yang memiliki sepasang mata yang tajam telah menemui kesalahan lucu dalam drama I Miss You yang ditayang di stesen TV MBC. Adegan tersebut ada di dalam episode ke-17 drama Korea yang dibintangi Yoochun dan Yoon Eun Hye tersebut.

Ketika adegan Han Jung Woo (Park Yoo Chun) melarikan diri dengan Lee Soo Yeon (Yoon Eun Hye) yang dituduh membunuh, mata peminat tertuju pada kasut Yoon Eun Hye. Pelik kerana kasut yang dikenakan berubah dari hitam ke kasut bulu dan kembali ke warna hitam.


"Haha itu lawak,","Ia pasti berganti dengan kasut bulu kerana ketika itu tentu sejuk," dan "Bagaimana mereka boleh menemukan hal itu," komen peminat yang melihat artikel tersebut.

Drama I Miss You ini sangat menarik, sesuai untuk tontonan semua masyarakat. Ia akan tamat sirinya pada 17hb nanti.

*Sekadar perkongsian, tidak ada niat untuk memburukkan atau menjatuhkan imej drama tersebut.

Sumber

Kesalahan Dalam Drama Korea I Miss You Kesalahan Dalam Drama Korea I Miss You Reviewed by Kreativ on 9:15:00 PG Rating: 5

Misteri Hilangnya 11 Hari Pada Bulan September 1752

9:12:00 PG


Jom kita baca sejarah pasal Tahun 1752 ni..

Seperti yang kita tahu, dunia yang kita diami ni banyak perkara ganjil dan misteri yang masih belum terungkai..Contohnya macam apa yang telah berlaku pada bulan September, 1752, di mana dunia telah kehilangan 11 hari..Kalau dilihat pada kalender bulan September tahun tersebut, tidak ada hari ke-3 hingga hari ke-13, ia terus lompat dari hari ke-2 hingga hari ke-14..Pelik kan?

Bagi korang yang nak tengok sendiri tu, boleh la set tarikh tahun dalam komputer korang ke tahun 1752..Tapi yang tak best nya, pengguna Windows tak boleh tengok kalender tu, hanya pengguna Linux atau selain dari Windows je yang boleh tengok..Kalau komputer korang guna operating system selain daripada Windows, korang memang bertuah, jadi boleh la tengok sendiri kalender tu..

Mengikut cerita nya, pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari - 3 September hingga 13 September..Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi hari ke-14..

Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka..Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700..

Ada jugak yang kata pada masa tu, diorang menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat"..Entah laa..

Misteri Hilangnya 11 Hari Pada Bulan September 1752 Misteri Hilangnya 11 Hari Pada Bulan September 1752 Reviewed by Kreativ on 9:12:00 PG Rating: 5

Pertahankan Suami Kerana Takut Dicerai

8:00:00 PG

Perasaan malu kerana takut dicerai atau tinggalkan mungkin menjadi punca sesetengah wanita sanggup mempertahankan rumah tangga meskipun mengetahui suaminya berperangai keji.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Osman Che Bakar berkata, situasi seumpama itu menimbulkan konflik dalam diri seseorang sehingga dia terpaksa setia dengan suaminya.

“Contohnya, wanita mungkin takut dicerai kerana terpaksa memegang status janda. Dia berfikir apa yang akan diterangkan kepada ahli keluarga, rakan dan teman sekerjanya.

“Disebabkan itu, walaupun sudah terlanjur bersuamikan lelaki kasanova dan mempunyai tingkah laku buruk, wanita itu menelan kepahitan hidup berumah tangga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas paparan muka depan Harian Metro, kelmarin yang mendedahkan nasib seorang peguam wanita berusia 34 tahun bersuamikan lelaki kasanova.

Laporan 3 Talak Setahun antara lain memaparkan penderitaan wanita dikenali sebagai Musliha, 34, yang tiga kali diceraikan walaupun baru setahun berkahwin.
Pertahankan Suami Kerana Takut Dicerai Pertahankan Suami Kerana Takut Dicerai Reviewed by Kreativ on 8:00:00 PG Rating: 5

Jalan Runtuh Di Polandia Jadi Lubang Raksasa

10:01:00 PG
Sebuah lebuh raya di Ostrowiec, Swietokrzyski, Poland, Rabu (19/12) telah runtuh sedalam 10 meter.


Terlihat lubang besar ternganga di jalan raya Ostrowiec, Swietokrzyski yang runtuh, Rabu (19/12). Sebuah banguan juga terkena imbasan dari longsoran tanah yang runtuh itu.


Jalan raya di Ostrowiec, Swietokrzyski, Polandia, Rabu (19/12) mengalami runtuhan sedalam 10 meter dan lebar 50 meter. Terlihat para petugas berada di lokasi untuk mengetahui penyebab runtuhnya jalan tersebut.


Sejumlah warga kelihatan sedang menyaksikan jalan raya di Ostrowiec, Swietokrzyski, Polandia yang mengalami runtuhan sedalam 10 meter dan lebar 50 meter, Rabu (19/12). Peristiwa tersebut telah merosakkan beberapa kemudahan awam.
Jalan Runtuh Di Polandia Jadi Lubang Raksasa Jalan Runtuh Di Polandia Jadi Lubang Raksasa Reviewed by Kreativ on 10:01:00 PG Rating: 5

5 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online

8:30:00 PG

 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online

Apabila orang Amerika Syarikat terkenal dengan website lelongnya secara online iaitu eBay, maka orang jepun lebih terkenal dengan Auctions Yahoo!Japan.

Negara Jepun merupakan pusat industri elektronik yang sangat inovatif, tetapi kadang-kadang orang jepun juga mempunyai tabiat dan pemikiran yang lucu sekaligus pelik.

Dari kebanyakan barang-barang yang dipamerkan secara online di Auctions Yahoo!Japan, ada beberapa barang dan 'barang' yang juga turut dilelong. 

Barang yang dilelong itu ialah :

1. Manusia


Pada bulan november lalu, ada seorang lelaki menjual dirinya sendiri di Auctions Yahoo!Japan tersebut. Dia mempersilakan sesiapa saja memiliki tubuh dan jiwanya dengan harga JPY 8000 (Rm300) yang akhirnya turun menjadi JPY 600 (RM25) kerana tidak laku pada hari pertama. Dan sehingga ke akhirnya ia tetap tidak laku. Siapa yang nak beli?

2. Tengkorak Manusia


Pada tanggal 26 september telah dibuka lelong di Auctions Yahoo!Japan dengan barang lelong berupa tengkorak manusia. kerana di Auctions Yahoo!Japan Tidak ada peraturan yang ditetapkan. Sesiapa sahaja yang mahu melelong sesuatu, maka benda-benda aneh seperti tengkorak juga boleh dijual.

Menurut pemiliknya, tengkorak tersebut adalah kepunyaan seorang doktor gigi yang digunakan sebagai objek praktikal. Sayangnya tidak ada penjelasan tentang siapa nama manusia yang akhirnya tengkoraknya yang dilelong itu.

3. Walkman Termahal Dunia


Pasti apabila anda melihat harga yang ditawarkan untuk sebuah walkman ini, anda akan terkejut. Si pemilik walkman ini menawarkan walkman ini dengan harga yang sangat fantastik iaitu sebanyak JPY 368,000 (RM13,000). Harga tersebut sangat jauh di berbeza dengan harga aslinya.

Alasan kenapa walkman ini dijual dengan harga yang begitu tinggi adalah kerana walkman ini memiliki design theme Hatsune Miku yang hanya dikeluarkan sebanyak 3,939 unit dan memliki serial number 3939. Mestilah harga dan alasan tersebut menjadi bahan gelak orang ramai.

4. Rumah Berusia 150 Tahun


Sebuah Rumah berusia 150 tahun dengan yang masih asli di Kujishi, Iwate, delelonh dengan harga yang cukup murah. Bahkan harga lelong rumah tersebut masih lebih murah dibanding harga sekotak rokok. Apabila di jepun sekarang harga sebungkus rokok adalah antara JPY 300-450 (Rm12 - RM17), rumah ini dijual dengan hanya JPY 1 (RM0.03).

Setelah beberapa hari dilelong, ternyata harga rumah tersebut meningkat menjadi JPY 11 (RM0.40). Jangan salah sangka dulu, rumah saje yang dijual tetapi tanah tidak. Kini pengumuman lelong itu sudah tidak ada lagi berkemungkinan sudah terjual.

5. Bumi


Ini adalah 'barang' terpelil yang pernah dilelong di Autions Yahoo!Japan. Bayangkan saja, seseorang yang mengatakan bahawa bumi ini adalah miliknya yang diperoleh dari tuhan melalui mimpinya. Kerana tidak ingin menguruskan planet ini, maka si pemilik bumi ini melelongnya di Auction Yahoo!Japan.

Dia membuka harga pertama sebesar JPY 69 (RM2.60) dan setelah menunggu beberapa hari, penawar tertinggi telah mencapai JPY 216,000 (RM8000). Dalam peraturannya, setelah mendapatkan harga tertinggi, si pemenang tidak dapat menarik kembali wangnya atau tidak dapat mengembalikan barang yang telah dia menangi. Macam-macam je diorang ni.
5 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online 5 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online Reviewed by Kreativ on 8:30:00 PG Rating: 5

Kerana Air Zamzam

3:44:00 PTG

Kerana Air Zamzam

Pembantu asal Sri Lanka bekerja di Arab Saudi, Raju, menderita penyakit epilepsi (penyakit kejang-kejang) selama 15 tahun. Namun, setelah dia minum air Zamzam, penyakit perempuan ini sembuh.

Laman emirates247.com melaporlan, Ahad (9/12), majkan dia membawa air Zamzam dari Kota Makkah, sebelah barat saudi dan menyuruh dia minum air suci itu sebanyak banyaknya. Raju kemudian minum air berkhasiat itu setiap hari.

"Pembantu ini terus mmeminum air Zamzam selama hampir 2 minggu. Lalu doktor mengesahkan penyakit epilepsinya telah sembuh,"tulis surat khabar asal Arab Saudi, Sharq.

Setelah penyakitnya sembuh, dia terus mengubah agamanya iaitu memasuki agama Islam dan menggatikan namanya dari Raju kepada Farida. Tidak disebutkan apakah agama wanita ini sebelum ini.

Sebahagian besar umat Islam menganggap air Zamzam sebagai air suci. Zamzam merupakan sumber air mata yang terletak di Kawasan Masjid Al-Haram sebelah tenggara kaabah dan memiliki kedalaman 42 meter.
Kerana Air Zamzam Kerana Air Zamzam Reviewed by Kreativ on 3:44:00 PTG Rating: 5

Al-Quran Tidak Hancur Setelah Dilenyek Buldozer Israel

7:45:00 PG


Penduduk menunjukkan Al-Quran yang masih lagi berada di dalam keadaan yang baik

Sebuah keajaiban berlaku di dalam penghancuran Masjid Al-Mafqara oleh tentera Israel di Hebron Selasa, 4 Desember 2012.

Halnya, dalam penghancuran Masjid itu, terdapat sebuah Kitab Suci Al-Quran yang ditemukan dalam keadaan baik bahkan langsung tidak rosak dan tidak hancur.

Padahal, semua benda lain telah pun menjadi lumat, inilah bukti kekuasaan Allah S.W.T

Ketika terjadinya penghancuran Masjid, para penduduk palestin di wilayah itu cuba mempertahankannya. Teriakan takbir bergema dimana-mana dari segi anak-anak, orang muda, mahupun orang tua.

Masjid ini sebelumnya pertama kali dihancurkan pada tahun 2011. Israel sendiri sudah mengeluarkan perintah pembongkaran pada tahun 2003.

Pada bulan Jun tahun ini, penduduk desa dan aktiviti internasional mencuba untuk membina semula masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera Israel. 

Pemerintah Israel akan membuat zon latihan tentera di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lainnya.
Al-Quran Tidak Hancur Setelah Dilenyek Buldozer Israel Al-Quran Tidak Hancur Setelah Dilenyek Buldozer Israel Reviewed by Kreativ on 7:45:00 PG Rating: 5

7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel

8:30:00 PTG


Tertinggal Barang di hotel adalah perkara yang dilakukan oleh banyak orang. Terburu-buru boleh menjadi punca utama penyebabnya. Namun, bagaimana jika benda yang ditinggalkan adalah benda yang "pelik", seperti tujuh benda ini contohnya :

1) Wang USD 6,000


Meninggalkan tip untuk pekerja hotel adalah terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini sah tertinggal namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal di dalam tas di Miami International Airpot Hotel. Akhirnya wang ini disumbangkan oleh pemilik hotel.


2) Kaku Palsu


Selipar atau kasut adalah perkara yang biasa jika ia ditinggalkan, tetapi bagaimana dengan kaki palsu? Kes seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth Hotel, Quebec.


3) Ikan Jerung


Jika anda melihat harimau di bilik tidur, pasti anda yakin anda sedang bermimpi. Namun ketika pelayan hotel The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve telah terjumpa jerung di bilik mandi hotel, dia menyangka sedang bermimpi tapi sebenarnya tidak. Jerung ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut. Akhirnya jerung ini dekembalikan ke habitat asalnya.

4) Ganja


Tidak ada yang tahu kenapa seseorang meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah berlaku di Opus Hotel Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager Hotel, Nicholas Gandossi, Boleh sahaja tetamu mereka berharap untuk menyimpannya semasa perjalanan.


5) Kuda


Secara teknikal, kuda pasti tidak akan ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di parking hotel Driotwich, Inggeris. Menghairankan, bagaiman pemiliknya boleh terlupa mengambil haiwan sebesar itu di tempat parking.


6) Gigi


Ini pernah terjadi di Eurostars Grand Marina GL di Barcelona, Spanyol di mana penyewa bilik hotel ini pernah tertinggal giginya di bilik hotel. Pemiliknya ada menelefon hotel tersebut dan menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirimkan gigi itu kembali kepadanya.


7) Belon Kambing


Mungkin penyewa hotel ini memerlukan kambing, walaupun ianya mainan, mungkin untuk membantunya tidur. Sebenarnya ia sengaja ditinggalkan oleh penyewa bilik. Ia pernah berlaku di Travelodge's Edinburgh.

7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel 7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Reviewed by Kreativ on 8:30:00 PTG Rating: 5

Mati Kerana Mewarnakan Rambut

4:21:00 PTG


Wanita selalunya pasti akan mengikuti trend - menukar warna rambut dengan alasan ia adalah fesyen dan kecantikan, tetapi perkara ternyata boleh membahayakan sesetengah orang. Seorang Wanita dari barat dilaporkan meninggal dunia setelah koma selama 1 tahun akibat daripada mewarnai rambut.

Julie McCabe, seorang ibu berusia 38 tahun mengalami reaksi yang teruk setelah mewarnai rambutnya. Keluarga Julie kemudian melarikan diri ke hospital Airedale di Keighley. Setelah dirawat di dalam wad selama 24 jam, rupa-rupanya julie tidak sedarkan diri selepas koma selama lebih dari satu tahun iaitu sejak bulan oktober lalu.

"Julie mengatakan bahawa dirinya tidak sihat badan dan sedak nafas setelah keluar dari bilik mandi untuk mewarnai rambutnya. Ketika kami sedang bergegas ke hospital, jantung Julie berhenti berdetak di tengah perjalanan." kata Keith Miller, suaminya.

Menurut keluarganya, Julie sering mewarnai rambutnya setiap enam minggu sekali, tetapi tidak pernah mengalami reaksi tersebut sebelum ini. Julie masih cukuo muda, aktif dan tidak lebih baerat badan, sehingga pihak keluarganya mensyaki bahawa produk warna rambut yang digunakan oleh Julie.

Julie telah mewarnakan rambutnya selama bertahun-tahun dan telah menggunakan produk tersebut sebelum ini. Bahkan dirinya juga telah membuat pengesahan tentang sensitif kulitnya sebelum ini, untuk mengetahui apakah penggunaan mewarnai rambut boleh menyebabkan alergi.

Semua ahli percaya bahawa reaksi ini adalah disebabkan kerana alergi terhadap bahan kimia dalam pewarna rambut yang di sebut para-phenylenediamine (PPD). Jika dilakukan dalam waktu yang panjang, PDD mungkin akan menganggu sistem metabolime badan.

Untuk mencegah parah si Julie ini, doktor telah mencukur habis rambutnya agar PDD tidak lagi masuk ke dalam kulit kepala Julie. Tetapi tidak berhasil dan dirinya tetap koma hingga dia telah meninggal pada bulan november 2012 ini.

Sebelum ini ada juga kes yang sama telah berlaku, mati akibat daripada mewarnai rambut. Narinder Devi (38) di Birmingham meninggal tahun 2000, Tabatha McCourt (17) meninggal setelah mewarnai rambutnya.
Mati Kerana Mewarnakan Rambut Mati Kerana Mewarnakan Rambut Reviewed by Kreativ on 4:21:00 PTG Rating: 5

Video Perempuan Israel Menangis Sebab Peluru Hamas

11:09:00 PTG

Genjatan senjata sedang dijalankan sekarang di antara Gaza dan Israel. Namun sebelum perkara itu berlaku, video ini sempat diambil dimana perempuan ini ketakutan kerana perluru yang dilancarkan oleh Hamas tanpa henti.

Mari lihat video ini.



Tapi bagaimanapun, semua orang pasti takut dengan perkara begini. Kira baik lagi boleh jerit nangis2.. Di Gaza semua orang sudah berlumuran darah.

*Terima kasih diucapkan kepada semua yang berdoa dan yang membantu untuk Umat Islam di Gaza. Semoga Allah sentiasa melindungi Umat Islam.
Video Perempuan Israel Menangis Sebab Peluru Hamas Video Perempuan Israel Menangis Sebab Peluru Hamas Reviewed by Kreativ on 11:09:00 PTG Rating: 5

Sanggup Derita Kerana Seni

3:53:00 PG

MEDELLIN: Sudah menjadi perkara biasa bagi kita mendengar ada orang sanggup merana kerana seni.

Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, mereka bertindak lebih jauh.

Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia baru-baru ini berkumpul untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau di Konvensyen Tahunan Tatu Antarabangsa Ketiga.

Mereka yang menghadiri konvensyen di Medellin, Columbia itu sudah pasti bukan yang lemah semangat.

Persembahan yang paling menarik perhatian ialah seorang wanita berambut merah berkorset kulit, digantung dengan dua cangkuk besi yang ditusuk pada kulit belakang badannya.

Persembahan melampau itu hanya dua daripada koleksi mereka yang bertindak ekstrem atas nama seni tubuh. 

Ada yang sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk melukis tatu pada tubuh mereka sementara yang lain, bertindak lebih jauh dengan apa yang dipanggil pengubahsuaian tubuh. - DM
Sanggup Derita Kerana Seni Sanggup Derita Kerana Seni Reviewed by Kreativ on 3:53:00 PG Rating: 5

Ratu Elizabeth II Lebih Memilih Samsung Galaxy Note 10.1 Daripada iPad

3:06:00 PTG


Siapa tidak tahu Ratu Elizabeth II, bangsawan asal Inggeris yang satu ini walaupun sudah berusia tapi tidak pernah mahu ketinggalan dengan generasi muda untuk urusan teknologi terkini. Kerana hari ini Ratu Elizabeth II dijadualkan akan menggunakan Samsung Galaxy Note 10.1 untuk mewakili "digital time-capsule" selama masa kepemimpinannya.

Ratu Elizabeth II telah memerintah sejak 1952 dan akan mengandungi sejarah masa kepemimpinannya selama kurang lebih 60 tahun melalui Samsung Galaxy Note 10.1. Sebanyak 60 video, audio dan teks telah dipilih dari 80.000 file (150GB), yang mengandungi butiran sejarah kepemimpinannya akan dimuatkan melalui Samsung Galaxy Note 10.1.

Semua data yang disebutkan di atas akan ditambah dengan rekod talian yang dinamakan "Diamond (re) Collection." Projek ini diasaskan oleh The Royal Commonwealth Society, yang sebelumnya sempat mahal akan menggunakan iPad, tapi pada akhirnya lebih memilih Samsung Galaxy Note 10.1.

Source
Ratu Elizabeth II Lebih Memilih Samsung Galaxy Note 10.1 Daripada iPad Ratu Elizabeth II Lebih Memilih Samsung Galaxy Note 10.1 Daripada iPad Reviewed by Kreativ on 3:06:00 PTG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.