Results for Technology

Google+ Hangout Dikemaskini Dengan Fungsi Menghantar Dan Menerima Audio Sahaja

9:09:00 PG

Salah satu fungsi popular yang digunakan ramai pada Google+ adalah sokongan Hangout, dan hari ini, gergasi internet tersebut mengemaskini fungsi Hangout dengan menambah dua fungsi baru padanya.

Yang pertama adalah sokongan mod audio sahaja. Sebelum ini sendiri, Google+ Hangout telah sedia menyertakan sokongan untuk mematikan webcam dan dengan mod audio ini, ia memudahkan pengguna dengan sambungan internet rendah untuk hanya menerima dan menghantar audio sahaja.

Selain itu, satu lagi fungsi yang dikhaskan untuk pengguna dengan sambungan internet yang perlahan adalah kebolehan untuk mengawal penggunaan bandwidth. Melaluinya, pengguna boleh membuat tetapan daripada penggunaan bandwidth tinggi sehingga ke menetapkan audio sahaja untuk penghantaran dan penerimaan.

Kedua-dua fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini.
Google+ Hangout Dikemaskini Dengan Fungsi Menghantar Dan Menerima Audio Sahaja Google+ Hangout Dikemaskini Dengan Fungsi Menghantar Dan Menerima Audio Sahaja Reviewed by Kreativ on 9:09:00 PG Rating: 5

Panasonic Akan Keluarkan Tablet Baru Akhir Tahun Ini

7:57:00 PG


Panasonic Corporation mensasarkan untuk mengkomersilkan komputer tablet 4K IPS Alpha panel LCD terbarunya menjelang akhir tahun ini. 

Sasaran itu menjadi petunjuk syarikat gergasi elektronik Jepun itu kini agresif meneroka bidang perniagaan baru dan bernilai tinggi khusus kepada semua segmen penggunaan dalam industri. 

Tablet dengan teknologi LCD 20 inci itu memaparkan resolusi paparan 4K pada 3840 x 2560 atau 9.83 juta piksel iaitu lebih dua kali ganda bagi kedua-dua dimensi resolusi HD penuh (1920 x 1080) dan mempunyai ketumpatan pencahayaan 230 piksel setiap inci bagi memberikan paparan warna imej berkualiti tinggi. 

Kadar paparan 15:10 membolehkan pengguna memiliki paparan hampir kepada saiz kertas A3, sesuai untuk kandungan akhbar, majalah, gambar dan pelan bangunan. 

Komputer yang dipacu platform sistem operasi Windows 8 itu turut ditawarkan bersama pen digital beresolusi tinggi (Anoto Live pen), yang membolehkan pengguna membuat lakaran untuk dikongsi dengan berbilang tablet di lokasi yang berjauhan secara ‘live’.
Panasonic Akan Keluarkan Tablet Baru Akhir Tahun Ini Panasonic Akan Keluarkan Tablet Baru Akhir Tahun Ini Reviewed by Kreativ on 7:57:00 PG Rating: 5

Cara Untuk Mengetahui Jantina Komputer Anda

7:48:00 PG

Bagaimanakah cara-cara untuk mengenal pasti jantina komputer anda, adakah anda ingin tahu? Sila lihat cara-cara di bawah ini.

Adakah komputer anda "lelaki" atau "perempuan"

Mari kita cuba :)
  1. Buka Notepad

  2. Taip atau Copy ayat di bawah :
     CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love You"

  3. Simpan atau Save File As Computer_Gender.vbs

  4. Selepas simpan atau save, cuba double click or Run The File, jika anda dengar suara lelaki, komputer anda lelakilah, tapi jika anda dengar suara perempuan, komputer anda perempuanlah.
Sila komen jika ia berhasil atau tidak :)
Cara Untuk Mengetahui Jantina Komputer Anda Cara Untuk Mengetahui Jantina Komputer Anda Reviewed by Kreativ on 7:48:00 PG Rating: 5

Berhati-hati Dalam Memilih Password!

7:42:00 PG
Berhati-hati Dalam Memilih Password

Sebuah lembaga kaji selidik terkemuka, Deloitte, menyatakan bahawa tahun ini 90 peratus password yang dibuat sendiri oleh manusia terdedah kepada Hacker. Bahkan, password yang sudah dianggap elok oleh pakar IT pun juga termasuk dalam bahagian dari 90 peratus ini.

Seperti yang dinyatakan oleh Telegraph (15/1), Deloitte menemukan fakta bahawa semu password yang dibuat terlalu pendek, maka masih ada kemungkinan password tersebut boleh di hack. "Password yang semakin panjang semakin memperkuat keselamatan password tersebut. Hanya, orang jadi lebih sukar untuk mengingatinya," ucap Jolyon Barker, ahli teknologi Deloitte.

Barker juga menambahkan bahawa ada baiknya password juga diikuti dengan pengesahan berlapis. Hal ini boleh dilakukan dengan mengirim password tersebut melalui SMS ke HP ataupun smartphone pengguna. Boleh juga dengan memakai suatu alat yang dimasukkan melalui port USB.

Delloite juga memperkirakan telah banyak kerugian terjadi akibat lemahnya penggunaan password ini. Jika memang ada orang yang 'nakal', boleh saja seseorang kehilangan duitnya yang akhirnya menghilangkan minat mereka untuk bertransaksi secara online.

Tahun 2012 lepas, juga ada sebuah kaji selidik yang membahas tentang 25 password terburuk yang pernah wujud . Kombinasi seperti 123456 atau 123abc ditemukan banyak sekali digunakan oleh pengguna internet. Padahal, password tersebut merupakan yang paling senang untuk diserang.

Ada baiknya pengguna menggunakan seluruh kombinasi yang diperbolehkan untuk membuat sebuah password. Kombinasi tersebut merupakan gabungan dari huruf kecil dan besar, angka, dan karakter unik.
Berhati-hati Dalam Memilih Password! Berhati-hati Dalam Memilih Password! Reviewed by Kreativ on 7:42:00 PG Rating: 5

Robot Bermain Alat Muzik Lebih Baik Dari Manusia?

7:55:00 PG

Robot selama ini digunakan untuk membantu manusia melaksanakan tugas-tugas yang sukar dan berbahaya. Malah, ketika ini wujud sekumpulan robot yang membentuk sebuah band.

Seperti yang dinyatakan oleh Venture Beat, pada ketika ini sudah ada sebuah kumpulan band baru yang semua ahli kumpulannya adalah robot. Terdiri dari tiga orang, robot-robot humanoid ini terbukti sangat mahir dalam memainkan alat musik yang mereka pegang.

Adapun ahli yang pertama dinamakan Stickboy. Robot berbentuk humanoid atau mirip manusia ini berperanan dalam bermain drum. Sementara gitar, dipegang oleh Fingers yang memiliki jari-jari berbentuk kabel. Selain Stickboy dan Fingers, ada juga Bones yang memegang bass.

Ketiga robot ini berkumpul dalam sebuah band bernama Compressorhead Band. Tidak diketahui jelas mengapa mereka memilih nama ini. Mungkin saja mereka mencuba meniru nama sebuah band yang sudah terkenal, Radiohead, mengingati rentak lagu yang mereka mainkan pun sama, iaitu metal.

Lihat video di bawah ini betapa hebatnya mereka :

Yotube
Robot Bermain Alat Muzik Lebih Baik Dari Manusia? Robot Bermain Alat Muzik Lebih Baik Dari Manusia? Reviewed by Kreativ on 7:55:00 PG Rating: 5

Facebook Melancarkan Graph Search

11:08:00 PG

MENLO PARK (California): Facebook hari ini melancarkan enjin carian, ‘Graph Search’ bagi membantu pelanggannya mengetahui aktiviti yang dilakukan kenalan pada rangkaian sosial terbesar itu selain Google Inc dan enjin carian lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata ia bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat tambahan di Facebook yang tidak terdapat pada enjin carian web lain seperti Google. 

“Facebook adalah laman rangkaian sosial yang mempunyai pangkalan data besar. Sama seperti mana-mana pangkalan data, anda juga boleh membuat sebarang pertanyaan,” katanya ketika mengumumkan enjin carian baru yang dikenali ‘Graph Search’, di sini. 

Facebook dalam satu kenyataan berkata, usaha terbaru ini tidak seperti carian web tetapi ia adalah kaedah untuk mencari maklumat tertentu yang disimpan dalam arkib rangkaian dan kandungan kenalan anda.

“Setiap kandungan Facebook mempunyai pengguna tersendiri dan sebahagian besar kandungannya bukan untuk tatapan umum. Kami membangunkan Graph Search bermula dengan memikirkan hak privasi dan dapat menghormati hak pengguna dan kenalan terhadap kandungan yang dipaparkan di Facebook.

“Ini membolehkan proses mencari maklumat baru lebih, tetapi anda hanya boleh melihat kandungan yang dibenarkan ketika ini di Facebook,” katanya.

Zuckerberg berkata, Facebook juga akan menggunakan perkongsian kandungan dengan enjin carian ‘Microsoft Bing’ sebagai langkah terbaru bagi mencari kandungan yang ditempatkan di luar rangkaian sosial berkenaan. 

“Saya tidak fikir ramai pengguna akan melayari Facebook semata-mata untuk melakukan carian web tetapi apa yang boleh dinyatakan ialah enjin carian ini sangat bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang untuk bekerjasama dengan Google tetapi Microsoft lebih bersedia untuk mewujudkan enjin carian itu dengan Facebook.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada rangkaian sosial itu adalah termasuk ‘friends who live in my city’, ‘people from my hometown who like hiking’, ‘friends of friends who have been to Yosemite National Park’, ‘software engineers who live in San Francisco and like skiing’, people who like things I like’ atau ‘people who like tennis and live nearby’

Zuckerberg berkata, platform ini bertujuan membolehkan pengguna mendapatkan sebarang data atau pertanyaan yang mereka mahu.

“Kami tidak mengindekskan di web ini, kami cuma mengindekskan peta pada enjin carian ini,” katanya.

Beliau berkata, fungsi baru ini membawa kembali kepada matlamat asal Facebook bagi membantu pengguna mewujudkan rangkaian baru.

“Ketika pertama kali dilancarkan, perkara utama yang kerap digunakan pengguna pada laman web ini adalah mencari maklumat, mengenali individu lain dan menambah kenalan baru,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Teknologi, Jeff Kagan, berkata Graph Search mengembalikan tujuan asal Facebok bagi membolehkan pengguna mengakses enjin carian ini sebagai platform menambah kenalan baru.

Beliau berkata, langkah terbaru itu dijangka memberi cabaran hebat kepada Google.

“Jika saya pemilik Google, saya melihat ini sebagai satu amaran hebat daripada Facebook untuk tunduk kepada mereka. Ini bukan satu serangan serta merta tetapi untuk pada masa akan datang.

"Mampukah Facebook mengubah dunia enjin carian? Jika jawapannya ya maka ini adalah ancaman terbesar kepada Google,” katanya.

Penganalisis Pusat Penyelidikan Forrester, Nate Elliott pula berkata, inisiatif Facebook ini bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai pengguna terbabit dalam rangkaian sosial itu.

“Apa yang membimbangkan adalah andai enjin carian Facebook ini gagal berfungsi dengan baik pengguna tidak mampu menambah rakan atau jaringan mereka... rangkaian peribadi mereka akan menjadi kurang aktif dari semasa ke semasa,” kata Elliot.

“Namun, apa yang mungkin akan berlaku adalah... kami tidak pernah melihat pertambahan rakan secara ketara setiap pengguna ketika ini. Graph Search dilihat mampu menggalakkan pengguna untuk menambah lebih ramai kenalan dengan lebih cepat.

“Ini bermakna rangkaian peribadi pengguna berubah lebih kerap dan menjadi lebih aktif. Ini adalah kejayaan terbaik kepada Facebook,” kata Elliot.

Facebook Melancarkan Graph Search Facebook Melancarkan Graph Search Reviewed by Kreativ on 11:08:00 PG Rating: 5

Social Media Paling Top Di Dunia

8:10:00 PG


Facebook hampir menguasai seluruh dunia. Inilah fakta yang ditunjukkan dari sebuah analisa yang dilakukan oleh Vincenzo Consenza.

Seperti yang dinyatakan oleh Mashable (10/1), Vincenzo Consenza, seorang social media analisis, mengatakan dalam laporan dua tahunannya bahawa pada ketika ini Facebook menjadi raja di 127 dari 137 negara yang diperhatikan. Hal ini menunjukkan bahawa Facebook semakin berkembang dengan menambah lagi 10 negara yang mereka kuasai.

Sebelumn ini, pada laporan dua tahun lalu, 10 negara seperti Armenia, Latvia, Kyrgyzstan dan Vietnam tercatat bahawa virus ketagihan Facebook masih belum terlalu parah. Namun, dari laporan ini boleh dikatakan bahawa negara tersebut juga mulai mengharigai Facebook sebagai jejaring sosial pilihan.

Menurut Consenza, pada laporan kali ini Asia tercatat sebagai wilayah dengan pertumbuhan pengguna sangat pesat. Ketika ini, 278 juta pengguna Facebook berasal dari benua ini. Hal ini menunjukkan bahawa seperempat populasi di Facebook diisi oleh penduduk Asia.

Meskipun begitu, ada tiga negara Asia yang tidak ikuti sebagai negara penyumbang pengguna Facebook. Hal ini kerana negara-negara tersebut lebih memilih untuk menggunakan jejaring sosial buatan mereka sendiri.

Negara seperti China dan Korea Utara contohnya, di sini dominasi Qzone sebagai jejaring sosial boleh mengalahkan Facebook dan twitter. Selain itu, Cloob di Iran dan V Kontakte mahupun Odnoklassniki di Russia juga boleh menandingi Facebook.
Social Media Paling Top Di Dunia Social Media Paling Top Di Dunia Reviewed by Kreativ on 8:10:00 PG Rating: 5

Hebat! Seorang Pelajar Membuat Basikalnya Berkuasa Jet

8:00:00 PG
Selama 3 tahun Raul Oaida (19) membuat mesin jet pada basikalnya dengan wang sakunya sendiri berkelajuan 42 km/jam.

Raul Oaida (19) seorang pelajar yang sedang mempersiapkan kajiannya, iaitu sebuah basikal yang menggunakan mesin jet dan memiliki kecepatan 42 km/jam, Bucharest, Romania, Sabtu (12/1).

Raul Oaida (19) berada di balik mesin jet yang dipasangkan pada basikal miliknya, Bucharest, Romania, Sabtu (12/1). Dengan bantuan mesin jet, basikal yang dikayuh selama 3 tahun ini memiliki kelajuan sehingga 42 km/jam.

Raul Oaida (19) sedang ditemani ayahnya Dorin (kanan) memastikan mesin jet yang diciptakannya sebelum mencuba dikeliling jalan di Deva, Bucharest, Romania, Sabtu (12/1). Berkat kajian tersebut, Raul adalah orang pertama di Romania yang mampu membuat mesin jet.

Saat Raul Oaida (19) melaju dengan cepat dengan mengayuh basikal yang telah dipasangkan mesin jet kajiannya itu di sekitar Jalan Deva, Bucharest, Romania, Sabtu (12/1).

Raul Oaida (19) sedang menyalakan mesin jet pada basikal yang dibuat dari wang sakunya sendiri di Bucharest, Romania, Sabtu (12/1).

Hebat! Seorang Pelajar Membuat Basikalnya Berkuasa Jet Hebat! Seorang Pelajar Membuat Basikalnya Berkuasa Jet Reviewed by Kreativ on 8:00:00 PG Rating: 5

Facebook Boleh Tingkatkan Pelajaran?

7:30:00 PG


Meskipun kelihatan berlawanan, ternyata Facebook boleh meningkatkan nilai belajar siswazah. Inilah fakta yang diungkap melalui sebuah kajian yang dilakukan baru-baru ini.

Seperti yang dinyatakan dari The Telegraph (30/12), sebuah kajian yang dilakukan terhadap hasil belajar siswazah menunjukkan bahawa Facebook membantu meningkatkan nilai mereka. Hal ini kerana adanya ciri-ciri seperti chatting yang membantu para siswazah untuk dapat berkongsi pelajaran mereka meskipun jarak mereka berjauhan.

Bahkan, jika chatting tersebut dilakukan dengan kawan yang tepat, maka nilai yang dihasilkan pun akan semakin baik.

Terbukti mereka yang melakukan interaksi di dunia ini seperti Facebook boleh lebih fleksibel dalam bersosial dengan sahabat. Hal inilah yang kemudian mencetuskan mereka untuk saling berkongsi ilmu dan pelajaran di dalam kelas.
Facebook Boleh Tingkatkan Pelajaran? Facebook Boleh Tingkatkan Pelajaran? Reviewed by Kreativ on 7:30:00 PG Rating: 5

Diego-San Robot Mimik Emosi Budak

11:25:00 PG
Robot Diego-San

Sacramento: Walaupun belum mencapai tahap sempurna seperti manusia, satu robot yang baru dicipta di sebuah universiti California dilaporkan sangat mirip meniru mimik muka kanak-kanak.

Dinamakan sebagai Diego-San, robot itu mampu membuat pelbagai ekspresi wajah seperti bayi, termasuk tersenyum, menyeringai dan berkerut.

Namun, kelebihan Diego-San tidak dapat dinilai sepenuhnya kerana setakat ini cuma bahagian wajah siap dibina.



Dalam klip video dimuat naik di YouTube, Diego-San yang dicipta menyerupai budak berusia setahun mempamerkan pelbagai emosi, termasuk gembira, sedih, terkejut, keliru dan marah.

Malah, Diego-San juga boleh menggigit bibir bawahnya seperti aksi kanak-kanak hampir menangis.

Robot itu dicipta sekumpulan pakar dari Institut Kajian Neural Universiti California di San Diego.

Mereka memasang kamera berdefinisi tinggi pada Diego-San bagi membolehkan robot berkenaan ‘melihat’ semua gerakan dan emosi manusia. Sejenis bahan dikenali sebagai frubber digunakan bagi menghasilkan kulit fleksibel Diego-San serta beberapa robot lain yang pernah mereka cipta.

Pakar robotik di universiti berkenaan menggunakan teknologi sains komputer canggih bagi membolehkan robot berkenaan mempelajari pelbagai pengalaman - sama seperti dialami seseorang bayi.


Ekspresi muka bahagian penting bayi berkomunikasi dan membantunya menjalin hubungan dengan orang lain. Robot bayi itu dinaik taraf daripada versi asal.

Antara pembaharuan dibuat adalah rahang baru dibina sepenuhnya bagi meningkatkan keberkesanannya. Pakar robotik, Dr David Hanson, berkata mencipta robot yang mampu memahami serta membuat ekspresi muka adalah aspek penting dalam mengajar mereka memahami perasaan manusia. “Kami mahu menghasilkan robot pintar dan empatik kerana ia jauh lebih penting,” katanya.

Diego-San Robot Mimik Emosi Budak Diego-San Robot Mimik Emosi Budak Reviewed by Kreativ on 11:25:00 PG Rating: 5

Budak Umur 14 Boleh Jadi Pengganti Steve Jobs (Pengusahaan Apple)?

8:53:00 PTG

Santiago Gonzalez



Programmer dan software developer, Santiago Gonzalez, yang kini berumur 14 tahun mungkin boleh menjadi peganti Steve Jobs. 

Pada umur baru 12 tahun, dari darjah 6, beliau melangkau ke kolej dan menjadi pelajar Ijazah sepenuh masa dalam course Computer Sains dan Jurutera Elektronik (bachelor's degree in computer science and electrical engineering) dan akan tamat pengajiannya pada umur 16. Pada peringkat umur 17, dimana kebanyakan remaja semangat untuk mendapat lesen kereta, Santiago akan mendapat sijil Master.

Santiago fasih dengan dozen bahasa programming yang berbeza-beza dan beribu-ribu orang telah pun memuat turun applikasi beliau untuk Mac, iPhone dan iPad.

Yang menariknya tentang Santiago, pada umur yang sangat muda, keinginan beliau untuk belajar sangat tinggi. Cikgu sekolah rendahnya tidak memberi sebarang cabaran dan mengecewakan. Walaupun beliau cemerlang pada peringkat rendah, beliau merasa bosan dan sangat muram. Kawan-kawan seumur suka mengejeknya "nerd".

Ibu bapa Santiago perasan dan faham dengan keupayaan Santiago dan memberi peluang untuk mencuba melanjutkan pelajarannya di College Colorado School of Mines dan kini Santiago lebih selesa dengan sekelilingnya. Santiago pernah berkata "Saya tidak gemar untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang sebaya" .

Lihat videonya di sini - Youtube
Budak Umur 14 Boleh Jadi Pengganti Steve Jobs (Pengusahaan Apple)? Budak Umur 14 Boleh Jadi Pengganti Steve Jobs (Pengusahaan Apple)? Reviewed by Kreativ on 8:53:00 PTG Rating: 5

Permudahkan Kerja-kerja di Rumah Hanya Dengan Sentuhan Jari

3:24:00 PTG

Meja sesentuh 84 inci digunakan pada sidang media CES di Las Vegas, kelmarin.

Inovasi baru gajet pintar bantu kawal operasi guna suara, isyarat

San Francisco/New York: Pada persidangan teknologi terbesar dunia yang bermula semalam, inovasi paling menarik yang dipamerkan menunjukkan kemungkinan gajet dan teknologi yang digunakan setiap hari di kediaman akan berhubung menjadi mesin lebih pintar. 

Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahun ini di Las Vegas menjanjikan barisan generasi baru gajet pintar, dengan beberapa daripadanya dikawal menggunakan suara dan gerak isyarat, dan kemajuan teknologi dalam kereta yang menunjukkan pemandu boleh menggunakan e-mel atau menyemak harga gas yang terkini. 

Cerdik pandai sudah lama menjangkakan bahawa perkakasan kediaman seperti peti sejuk dan dapur akan dihubungkan dengan internet. Dengan kemajuan dalam cip dan penggunaan meluas telefon pintar dan tablet, ia kini sedang berlaku. 

Gabung produk elektronik 

“Kami sudah membicarakan mengenai penggabungan produk elektronik pengguna dan komputer dan kandungan selama 20 tahun. Ia dilihat akan menjadi realiti di dalam telefon anda, tablet, PC anda, TV anda, kereta anda yang mempunyai keupayaan untuk semuanya disambungkan,” kata penganalisis utama di Moor Insights & Strategy, Patrick Moorhead. 

Walaupun tanpa penyertaan syarikat teknologi terkemuka seperti Apple Inc dan Microsoft Corp, CES masih mampu menarik beribu-ribu pempamer, seperti gergasi Intel Corp dan Samsung Electronics Co Ltd sehingga kepada syarikat baru ditubuhkan yang mencari pembiayaan. 

Ketua Eksekutif Qualcomm Inc, Paul Jacobs, memberi ucapan dasar pada pembukaan persidangan itu semalam, yang secara tradisinya dikhaskan untuk Microsoft, yang pada tahun lalu memutuskan untuk tidak terbabit dengan CES. 

Jacobs dalam satu temu bual mengenai PBS baru-baru ini berkata, bahawa beliau akan menunjukkan bagaimana teknologi tanpa wayar dapat digunakan ke dalam rumah, kereta dan penjagaan kesihatan selain dalam telefon pintar.

Artikel ini dipetik dari Business Journal 
Permudahkan Kerja-kerja di Rumah Hanya Dengan Sentuhan Jari Permudahkan Kerja-kerja di Rumah Hanya Dengan Sentuhan Jari Reviewed by Kreativ on 3:24:00 PTG Rating: 5

Model Hot Dan Cun Korea Ketika Pelancaran LG OLED (4 Gambar)

6:44:00 PG
Produk TV terbesar kedua di dunia, LG melancarkan produk terbaru televisyen berteknologi OLED dengan layar lebih tipis.

Model cun ini sedang berpose di samping televisyen LG berteknologi Organic Light Emitting Diode (OLED) saat pelancarannya di Korea Selatan, Rabu (2/1).

Gambar Model Hot Korea Ketika Pelancaran LG OLED

Dua Gambar Model Hot Korea Ketika Pelancaran LG OLED

Dua Gambar Model Hot Korea Ketika Pelancaran LG OLED

Dua Gambar Model Hot Korea Ketika Pelancaran LG OLED

Model Hot Dan Cun Korea Ketika Pelancaran LG OLED (4 Gambar) Model Hot Dan Cun Korea Ketika Pelancaran LG OLED (4 Gambar) Reviewed by Kreativ on 6:44:00 PG Rating: 5

Apple Didenda 1 Juta Yuan

7:57:00 PG
Apple Didenda


Shanghai: Sebuah mahkamah China mendenda Apple Inc sebanyak 1 juta yuan (RM490,000) kerana menggunakan aplikasi pihak ketiga di App Store yang menjual buku elektronik cetak rompak, lapor agensi berita rasmi Xinhua. 

Apple dikehendaki membayar pampasan kepada lapan penulis di China dan dua syarikat kerana melanggar hak cipta mereka, demikian putus mahkamah itu, kedua tertinggi di Beijing Khamis lalu. 

Awal tahun ini, sekumpulan pengarang China memfailkan saman terhadap Apple, mendakwa sejumlah aplikasi di App Store yang tidak dikenal pasti jumlahnya menjual salinan tidak berlesen buku-buku mereka. 

Sekumpulan lapan penulis berkenaan telah menuntut 10 juta yuan sebagai ganti rugi. 

“Kami kecewa dengan penghakiman itu. Sesetengah hasil karya terlaris penulis kami hanya mendapat bayaran 7,000 yuan. Penghakiman itu adalah isyarat yang menggalakkan lagi cetak rompak," kata Bei Zhicheng yang menjadi jurucakap bagi kumpulan itu. 

Sementara itu, Apple dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian ‘sangat serius’ berhubung aduan pelanggaran hak cipta. 

“Kami sentiasa mengemaskini perkhidmatan untuk membantu pemilik kandungan melindungi hak mereka dengan lebih baik," kata jurucakap Apple, Carolyn Wu. 

China mempunyai pasaran internet mudah alih terbesar dunia dari segi bilangan pengguna, tetapi cetak rompak menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun kepada syarikat perisian. 

Apple, yang produknya menikmati populariti yang besar di China, berdepan rentetan tindakan undang-undang yang ‘memeningkan kepala’ tahun ini. 

Julai lalu, Apple membayar 60 juta yuan kepada firma Cina, Proview Technology untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah yang lama berlarutan berhubung cap dagangan iPad di China. 

Apple Didenda 1 Juta Yuan Apple Didenda 1 Juta Yuan Reviewed by Kreativ on 7:57:00 PG Rating: 5

Samsung Galaxy Note II Terjual 1 Juta Unit di Korea

7:55:00 PG

Galaxy Note II yang dilancarkan September lalu di Korea Selatan. - Gambar hiasan

Seoul: Samsung Galaxy Note II 5.5 inci, telefon bimbit bersaiz besar mencetus fenomena baru apabila sejumlah sejuta unit di jual di Korea dalam tempoh 90 hari selepas pelancaran. 

Kejayaan Galaxy Note asal yang dilancarkan pada 2011 dan penggantinya, Galaxy Note II yang dilancarkan pada September lalu adalah bukti bahawa perkataan ‘phablet’ akan wujud tidak lama lagi. 

Ia hanya mengambil masa kurang 60 hari untuk syarikat itu menjual lima juta telefon bimbit bersaiz besar itu di peringkat global dan Samsung kini mendakwa sudah melepasi angka jualan sejuta di pasaran Korea Selatan saja, selepas telefon itu dijual selama 90 hari. 

Angka itu membuktikan bahawa adalah jelas terdapat pasaran bagi telefon bimbit dengan skrin yang lebih besar dan setakat ini Samsung menguasai penuh pasaran itu. 

Justeru, ia sedikit mengejutkan mengenai majoriti khabar angin mengatakan telefon pintar Sony, HTC dan LG hanya fokus kepada kemasukan pasaran mereka sendiri dalam pasaran skrin 5 inci atau lebih pada tahun 2013. 

Susulan kejayaan telefon bimbit Samsung yang lain, di mana-mana saja ia dipasarkan, pembuat telefon bimbit Android yang lain akan mengikutinya. 

Untuk memastikan ia sentiasa di depan dalam persaingan yang baru muncul, Samsung sendiri dikhabarkan akan membangunkan Galaxy Note III 6.3 inci untuk menggantikan model semasa, dan bersedia untuk menjarakkan antara kategori telefon pintar dan tablet. 
Phablet terbaru itu dijangka dipamerkan pada Februari ini di World Mobile Congress di Barcelona. - AFP 

INFO: Samsung Galaxy Note II 

5 juta unit - jualan global dalam tempoh dua bulan

Samsung Galaxy Note II Terjual 1 Juta Unit di Korea Samsung Galaxy Note II Terjual 1 Juta Unit di Korea Reviewed by Kreativ on 7:55:00 PG Rating: 5

Gajet Popular Sepanjang Tahun 2012

10:47:00 PG
Nokia Lumia 900

Dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2012 (CES 2012) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Menerusi model telefon pintar Lumia 900, kemunculan telefon mudah alih terkini Nokia Inc di pasaran mampu menyaingi produk Apple iPhone dan Samsung Galaxy. 
Lumia 900, yang beroperasi menerusi sistem Windows Phone 7.5 diperkenalkan pada paparan 4.3 inci dengan disokong ciri teknologi skrin sesentuh AMOLED 800 x 480 skrin. 


Malah, penampilan telefon pintar Nokia Lumia 900 turut diperkemaskan dengan warna pelbagai termasuk putih, hitam dan Cyan.


iPhone 5

Model telefon pintar paling nipis dan ringan pernah dihasilkan ini direka bentuk semula sepenuhnya untuk menampilkan paparan Retina sepanjang empat inci.
Ia dilengkapkan dengan cip A6 Apple untuk prestasi lebih pantas dengan jangka hayat bateri di pertingkatkan. 
Peralatan itu dilengkapi iOS6, sistem operasi mudah alih tercanggih dengan 200 ciri-ciri baru seperti Shared Photo Streams dan Facebook Integration.


Samsung Galaxy SII


Samsung menjadi pembuat telefon pintar utama dunia tahunan selepas merekodkan jualan kukuh melalui barisan Galaxy dan edisi Galaxy S II telah diperkenalkan akhir April lalu.

Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan berjaya menjual lebih 40 juta unit telefon pintar Galaxy sejak model itu diperkenalkan pada Jun 2010.

Galaxy Note II

Galaxy Note II yang dikuasakan dengan perisian Android Google, dilengkapi dengan prosesor empat teras 1.6 GHz yang berupaya melancarkan pelbagai aplikasi serentak yang lebih pantas berbanding prosesor sebelum ini. 

Berukuran 15.1 sentimeter x 8 sentimeter x 9.4 milimeter dan menampilkan skrin sesentuh 5.5 inci, yang membolehkan pengguna memisahkan skrin kepada dua bahagian bagi melancarkan dua program serentak. 

Gajet ini adalah lebih besar daripada telefon pintar siri Galaxy S yang didatangkan dengan ‘pen S’ bagi menulis nota atau melukis pada skrin. 

Mungkin menjadi gajet yang paling polarisasi untuk teknologi 2012 adalah tablet Microsoft Surface. Surface dihasilkan dalam dua versi iaitu Windows RT iaitu sistem yang menggunakan rekaan berasaskan cip sama seperti produk tablet lain di pasaran dan sistem operasi Windows 8 Pro, bertujuan menandingi komputer notebook ringan di pasaran.

Kindle Fire

Kindle Fire adalah kemasukan terbaru siri tablet yang memberikan pengalaman yang menarik dari spektrum tablet Amazon. Sejak dilancarkan, Amazon telah membawa pasaran Kindle Fire HD, melalui paparan-resolusi tinggi, tambahan audio, pelbagai saiz model dan aplikasi menarik.

Nexus 7

Tablet Nexus 7 tablet, tablet Android berkuasa yang ditawarkan oleh Google, adalah salah satu penambahan tablet dalam pasaran.

Ia diterima agak baik diterima terutama di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Setakat ini ramai yang menantikan kehadiran Nexus 7 kerana ia dikatakan mempunyai kelajuan yang sangat luar biasa.

Samsung Galaxy S3

Telefon pintar yang didatangkan dengan paparan skrin 4.8 inci super AMOLED ini dibekal dengan kekuatan dari mobile processor yang dikembangkan sendiri Samsung, quad-core Exynos 1,4GHz.


Bukan hanya dari sisi prosesor saja, rekaan telefon pintar terbaru Samsung ini pun patut dipuji kerana rekaannya sangat menepati kehendak pengguna.

Mempunyai ketebalan 8.6 milimeter dan berat sekitar 133 gram, Samsung Galaxy S3 hadir dengan warna warna putih dan biru. Pilihan untuk golongan bekerja kerana ia mempunyai akses yang lengkap untuk semua. 

iPad mini

Sejak diperkenalkan, rangkaian keluarga iPad muncul dalam saiz paparan 9.7 inci saja dan menyedari keperluan pengguna ketika ini yang mementingkan keselesaan dengan mudah, iPad Mini didatangkan dengan saiz lebih kompak 7.9 inci.

Menariknya, ia dijual dengan harga yang murah berbanding dengan iPad lain. Tidak mustahil jika ia terus menjadi pilihan kerana harga dan saiznya yang kompak.


iPad 3

Walaupun kemunculan iPad 4 sudah diumumkan, dan dilancarkan pada November lalu, iPad 3 masih mendapat permintaan tinggi sebagai paling dicari untuk alat berteknologi di seluruh dunia pada tahun 2012, menurut Google.

Ini bukanlah lagi kejutan, kerana ia adalah tablet pertama membawa paparan kualiti visual Retina untuk tablet. Tidak mustahil jika ia menjadi pilihan semua sebagai gajet paling dicari dan popular 2012.

Gajet Popular Sepanjang Tahun 2012 Gajet Popular Sepanjang Tahun 2012 Reviewed by Kreativ on 10:47:00 PG Rating: 5

Generasi Google Hilang Kreativiti

1:41:00 PTG
Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami “kematian otak.” 

Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu. 

“Namun, kanak-kanak boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya. Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat. Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek.

 Kata Baylis, kanak-kanak perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. “Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan. 

“Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai kanak-kanak akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama,” katanya. 

Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun. Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, untuk mengumpul bahan terbuang. 

“Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang. “Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano,” katanya
Generasi Google Hilang Kreativiti Generasi Google Hilang Kreativiti Reviewed by Kreativ on 1:41:00 PTG Rating: 5

Fuji Xerox Sasar Untung Meningkat 50 Peratus

7:21:00 PG


Fuji Xerox Co Ltd menyasarkan peningkatan keuntungan sebanyak 50 peratus tahun depan didorong oleh pengenalan produk penyelesaian dan teknologi barunya yang bersesuaian dengan kehendak pasaran global. 

Presidennya, Tadahito Yamamoto, berkata syarikat berpangkalan di Jepun itu tidak lagi mahu dikenali sebagai penyedia teknologi pengurusan dokumen semata-mata, tetapi juga sebagai penyedia produk penyelesaian terunggul di dunia. 
Beliau berkata, syarikat itu meraih keuntungan sebanyak ¥995.9 bilion (RM36.76 bilion) tahun lalu dan amat yakin mampu mencapai pertumbuhan seperti disasarkan dengan memperkenalkan produk penyelesaian baru seperti Working Folder dan perkhidmatan menyimpan data menggunakan aplikasi awan dengan kadar yuran tetap setiap bulan. 

Usaha lebih cekap

“Banyak syarikat berusaha untuk menjadi lebih cekap. Perkhidmatan Working Folder dan aplikasi Mobile Integrated memudahkan proses pertukaran analog kepada dokumentasi secara digital. 

“Ia memudahkan proses melihat, mengedit dan memadam dokumen dalam satu masa dan boleh dilakukan secara bergerak walaupun tidak berada di pejabat dengan menggunakan laptop, komputer, iPad dan peranti pelbagai guna Fuji Xerox (MFDs),” katanya pada pertemuan bersama wakil media Asia Pasifik di ibu pejabat jualan syarikat itu di Roppongi, Tokyo baru-baru ini. 

Yamamoto berkata, sebagai penyedia produk penyelesaian terunggul di dunia, Fuji Xerox memahami masalah dihadapi pelanggan akibat jurang bahasa. 
Masalah timbul apabila kerja menterjemah dokumen perlu dilakukan segera selain sukar berkomunikasi kerana tidak memahami antara satu sama lain. Perkhidmatan Scan Translation Service yang diperkenalkan diyakini mampu mengatasi masalah ini dengan segera. 

Jimatkan masa

Beliau berkata, perkhidmatan penterjemahan yang disediakan Fuji Xerox boleh didapati dalam bahasa Jepun kepada bahasa Inggeris, Cina dan Korea. 

“Perkhidmatan ini menjimatkan masa penterjemahan kira-kira sebulan kepada dua jam dengan menggunakan MFDs yang berintegrasi menggunakan mesin pencetak ApeosPort atau komputer peribadi turut menjimatkan kos operasi,” katanya.
Fuji Xerox Sasar Untung Meningkat 50 Peratus Fuji Xerox Sasar Untung Meningkat 50 Peratus Reviewed by Kreativ on 7:21:00 PG Rating: 5

HTC Keluar Tablet Guna Sistem Operasi Windows

7:20:00 PG

Taipei: HTC Corp bercadang mengeluarkan tablet berasaskan sistem operasi Windows, memberikan Microsoft Corp satu lagi rakan sekutu dalam cabarannya menyaingi Apple Inc dan Google Inc dalam pasaran bernilai AS$63.2 bilion (RM194 bilion) demikian menurut mereka yang hampir dengan janji niaga itu. 

HTC sedang mengusahakan peranti versi 12-inci dan 7-inci yang turut membolehkan panggilan telefon dibuat, kata sumber. 

Kejar dominasi 

Ketua Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer, sedang bekerja keras memastikan lebih banyak tablet berasaskan Windows berada di pasaran, bagi mengejar dominasi Apple, Google dan Amazon.com Inc dalam pasaran yang diunjurkan penyelidik NPD akan meningkat sekali ganda kepada AS$123.5 bilion (RM379 bilion) pada 2015. 

Microsoft akan mengakhiri tahun ini dengan 2.9 peratus perkongsian pasaran, berbanding Apple dan Google yang menguasai lebih 40 peratus, kata IDC. 

“Pelbagai peranti berada di pasaran hari ini,” kata Wes Miller, penganalisis di Directions dalam satu temubual. 

Beliau berkata, peranti dengan jangka hayat bateri yang panjang dan harga berpatutan menjadi pilihan hari ini. 
Jurucakap HTC, Sally Julien dan jurucakap Redmond, wakil Microsoft di Washington, Mark Martin, enggan mengulas. 

Produk HTC itu yang akan memasuki pasaran pada 2013, akan disandarkan kepada sistem operasi versi Windows RT direka untuk peranti menggunakan cip berasaskan teknologi ARM Holdings Plc, demikian menurut sumber hampir dengan rancangan itu. 

Saingi iPad

Kelewatan mengeluarkan peranti berkenaan, selain versi lain menggunakan cip Intel Corp, bermakna Microsoft mempunyai sedikit peranti Windows berupaya menyaingi iPad. 

Tablet 7-inci akan menjadi yang pertama bagi segmen saiz itu untuk Windows RT, berikutan usaha Microsoft bersaing dengan iPad mini, Kindle Fire Amazon dan Nexus 7 keluaran Google dalam segmen pasaran tablet yang lebih kecil dan murah. 

Tablet HTC dijangka dikeluarkan pada suku ketiga dan digerakkan cip dihasilkan Qualcomm Inc, kata sumber lain. 

HTC juga menimbang mengeluarkan tablet menggunakan Windows 8 yang digerakkan Intel, tetapi membatalkan rancangan itu kerana kosnya yang lebih tinggi, sekitar AS$1,000 (RM3,065) bagi peranti itu, sekali gus menyukarkannya untuk dijual. - Bloomberg

HTC Keluar Tablet Guna Sistem Operasi Windows HTC Keluar Tablet Guna Sistem Operasi Windows Reviewed by Kreativ on 7:20:00 PG Rating: 5

Samsung Atasi Nokia Jenama Telefon Pintar Terbaik 2012

8:22:00 PG


WASHINGTON: Samsung Electronics Co. (Samsung) berjaya memintas kedudukan Nokia Corporation (Nokia) sebagai jenama telefon mudah alih terbaik dunia bagi 2012 dan berjaya mencabar kedudukan Apple Inc (Apple) dalam pasaran telefon pintar, kata firma penyelidikan teknologi, hari ini.

“Ia menunjukkan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun bahawa syarikat yang berpangkalan di Finland itu tidak berada pada kedudukan teratas perniagaan telefon mudah alih global untuk tahun ini. 

“Samsung dijangka menyumbang 29 peratus penghantaran telefon mudah alih di seluruh dunia, ia peningkatan daripada 24 peratus pada 2011,” kata IHS iSuppli sambil menambah jumlah jualan Nokia menurun kepada 24 peratus daripada 30 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Menurut kajian itu, Samsung turut memperluaskan kedudukannya berbanding Apple sebagai pengeluar telefon pintar di seluruh dunia. 

Pasaran bagi produk Samsung dijangka meningkat kepada 28 peratus berbanding 20 peratus pada 2011, manakala jualan produk Apple pula meningkat kepada 20 peratus berbanding 19 peratus pada tahun sebelumnya.

"Realiti persaingan bagi pasaran telefon mudah alih pada 2012 adalah hidup dan mati telefon pintar,” kata penganalisis kanan IHS iSuppli, Wayne Lam.

"Telefon pintar menunjukkan segmen paling pesat berkembang dalam pasaran telefon mudah alih dan mencatatkan hampir separuh daripada penghantaran telefon mudah alih pada 2012. 
“Kejayaan Samsung dan pergelutan Nokia dalam pasaran telefon mudah alih tahun ini ditentukan sepenuhnya nasib kedua-dua syarikat terbabit dalam segmen telefon pintar,” katanya. - AFP
Samsung Atasi Nokia Jenama Telefon Pintar Terbaik 2012 Samsung Atasi Nokia Jenama Telefon Pintar Terbaik 2012 Reviewed by Kreativ on 8:22:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.