Results for Celebrities

Dikecam - Artis Popular Malaysia Melangsungkan Perkahwinan Secara Rahsia

8:52:00 PG
Pelakon jelita, Izreen Azminda yang melangsungkan perkahwinan secara rahsia dengan seorang pemuzik yang dikenali dengan panggilan Ude pada 8 Ogos tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh telah menggemparkan industri hiburan tempatan.
Malah, rentetan daripada kes tersebut, Izreen tidak pernah lekang daripada menjadi mangsa kecaman dan cemuhan netizen hinggakan dirinya telah disenaraikan oleh sebuah portal tempatan sebagai Lapan Kontroversi Artis Paling Hangat 2017 bersama-sama beberapa barisan artis lain termasuk Fathia Latiff dan Hafiz Hamidun.
Baru sahaja membuka tirai tahun 2018, timbul pula gosip terkini kononnya sekeping foto yang memaparkan sebuah kereta yang disembur cat merah dengan tulisan ‘Perampas Laki Orang’ di laman sosial didakwa oleh netizen adalah milik Izreen.
Bagaimanapun, Izreen sudah tampil memberi penjelasan dan menafikan kereta itu miliknya.
“Itu bukan kereta saya, malah tidak memiliki kereta Honda Civic berwarna putih. Lagipun gambar tersebut sudah lama tular di laman sosial,” ujarnya ketika diminta untuk memberi penjelasan mengenai imej tular tersebut oleh Sensasi Bintang baru-baru ini.
Ditebak pertanyaan adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati dan bertindak untuk membuat laporan polis sekiranya dihambat kontroversi dalam menjaga keselamatannya pada masa akan datang, ringkas sahaja jawapan yang diberikan Izreen.
“Selagi keadaan okey, tiada sebarang ancaman. Insya-Allah semua boleh dikawal lagi,” jelas pelakon drama rantaian 7 Suami itu.


Korang ni pun satu, biarlah dia nak kahwin dengan siapa pun, dah tu jodoh dia, kita minta dan doakan yang baik2 sudah, in sha Allah setiap perkara ada hikmahnya. Peace Yo
Dikecam - Artis Popular Malaysia Melangsungkan Perkahwinan Secara Rahsia Dikecam - Artis Popular Malaysia Melangsungkan Perkahwinan Secara Rahsia Reviewed by Kreativ on 8:52:00 PG Rating: 5

Malaysia pernah tertipu dengan penyanyi cantik berbadan genit, Nabila Razali.

8:46:00 PG
BEBERAPA minggu lalu, satu Malaysia pernah tertipu dengan penyanyi cantik berbadan genit, Nabila Razali. Semuanya gara-gara kononnya dia menjalani episod putus cinta dengan pelakon Aedy Ashraf. Lebih menarik perhatian peminat dan netizen, kisah ‘cinta’ itu terkandas selepas kurang sebulan bibit kemesraan mereka ditonjolkan di laman sosial.
Bagaimanapun, semua itu sebenarnya hanyalah drama rekaan semata-mata sebagai gimik untuk video muzik single terbaharunya berjudul Pematah Hati.
Biarpun menerima pelbagai respons sama ada negatif mahu pun positif, ada beranggapan bahawa apa yang dilakukan penyanyi berusia 26 tahun itu merupakan satu teknik pemasaran yang boleh disifatkan berjaya.
Buktinya, dalam tempoh sebulan, video muzik single ketiganya yang trending dengan tagline #CumiCumi itu sudah mencecah lebih 11 juta tontonan di YouTube. Semestinya, angka itu sahaja boleh membuatkan Nabila mengukir senyuman. Mana tidaknya, jika dibandingkan dengan dua buah lagunya sebelum ini berjudul Cemburu dan Katakan Saja, penangannya memang tidak sehebat Pematah Hati.
“Tidak kisahlah apa orang ingin katakan mengenai gimik itu. Pada saya, sama ada sesuatu perkara itu dilakukan dengan cara baik atau buruk, ia masih tetap dianggap sebagai satu teknik pemasaran.
“Waktu mula-mula memang kasihan kepada Aedy yang banyak menerima kecaman. Bagaimanapun, dia okey sahaja kerana tahu situasi sebenar. Sekarang orang sudah lupakan hal rekaan cinta kami, sebaliknya sekarang timbul pula pelbagai ragam menerusi penghasilan parodi video muzik lagu saya itu,” katanya ketika ditemui Sensasi Bintang dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Malaysia pernah tertipu dengan penyanyi cantik berbadan genit, Nabila Razali. Malaysia pernah tertipu dengan penyanyi cantik berbadan genit, Nabila Razali. Reviewed by Kreativ on 8:46:00 PG Rating: 5

Lagu Isyana Kurang Diminati di Indonesia?

8:45:00 PG
SEWAKTU meluncurkan album perdananya yang berjudul Explore! sekitar 2015, Isyana Sarasvati tidak pernah terfikir untuk menyaksikan penerimaan hangat karyanya dalam kalangan peminat muzik di negara jiran.
Pada telahan penyanyi berusia 25 tahun itu, muzik garapannya tidak bersifat semasa dan sukar untuk dikelaskan sebagai irama pilihan penggemar lagu-lagu popular arus perdana.
Namun, apa yang pernah singgah dalam kotak fikiran Isyana suatu ketika dahulu ternyata tidak tepat sama sekali. Single debutnya, Tetap Dalam Jiwa yang dipetik daripada album tersebut berjaya mencuri perhatian peminatnya di Malaysia.
Sewaktu menjayakan sebuah persembahan mini di ibu kota baru-baru ini, Isyana mengakui berasa sangat terkejut apabila peminat yang hadir turut menyanyikan lagu berkenaan bersama-samanya.

Senang

“Ketika lagu ini dipasarkan dua tahun lalu, saya tidak berpeluang untuk menjalankan promosi secara rasmi di sini. Jadi, sebelum persembahan bermula, saya jangka tidak ramai yang akan muncul.
“Namun, jangkaan saya meleset apabila kesemua yang hadir tahu menyanyikan lagu-lagu saya. Aduh, saya berasa sangat gembira,” luahnya jujur.
Menurut Isyana, dia masih kehilangan kata-kata kerana muzik tulisannya kini diminati peminat yang berada di luar Indonesia.
“Sewaktu dilamar oleh Sony Music Indonesia beberapa tahun lalu, saya pernah menyatakan hasrat untuk menulis karya sendiri. Saya juga bukan seperti penyanyi tipikal lain yang lagu-lagu dipasarkan mengikut permintaan pendengar.
“Ternyata, muzik jujur tulisan saya ini yang menjadi pilihan kebanyakan pendengar di Indonesia, Malaysia dan barangkali juga di Singapura. Saya benar-benar bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepada saya,” katanya lagi.
Isyana juga berasa sangat senang dengan penerimaan peminat muzik tanah air dan merancang untuk terus kembali ke Malaysia pada masa akan datang.
“Saya menjadi sangat bersemangat untuk berkarya dan pastinya akan kembali ke Malaysia pada masa depan,” kata pemuja Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan SonaOne itu sambil tersenyum.
Melanjut bicara mencakupi usia mentahnya berbanding penyanyi-penyanyi prolifik Indonesia lain, Isyana berkata, tidak pernah timbul perasaan mahu bersaing sesama sendiri, apatah lagi menunjukkan kehebatan kepada anak seni yang lebih senior.
“Pada pendapat saya, tiada gunanya jika bersaing sesama sendiri. Ia suatu perkara yang sangat merugikan. Hal ini kerana, setiap penyanyi membawa karakter muzik yang berbeza.
“Jadi, lebih baik kita memberi perhatian kepada pilihan muzik masing-masing dan terus mewarnai industri hiburan secara sihat,” katanya.
Lagu Isyana Kurang Diminati di Indonesia? Lagu Isyana Kurang Diminati di Indonesia? Reviewed by Kreativ on 8:45:00 PG Rating: 5

Stop Spread Fake News, Datuk Siti Not Contain Second Time!

12:21:00 PTG


By Hanna Fyruz

Manager Siti Nurhaliza is now strongly denied Datuk Siti supposedly rumored to be pregnant the second time.

Rozi Abdul Razak, who is also the sister-in-law's number one singer Malaysia it also asks irresponsible spreading false news was stopped from spreading lies.

"I am disappointed with their actions. Due to the status of an uploaded it many read and believe. In fact, many who share in the 'page' Facebook respectively.

I believe the owner of this account is Muslim and Malay. So of course he knows the sin of defamation law.

What is written they are very clear, precise and no single verse that misses. Only when it is paraphrased, it invites people to read your feelings. When the news is manipulated, the taste is not fair because I do not even speak about it. ", Said Rozi. - Search Infonet.

Source: Beautifulnara
Stop Spread Fake News, Datuk Siti Not Contain Second Time! Stop Spread Fake News, Datuk Siti Not Contain Second Time! Reviewed by Kreativ on 12:21:00 PTG Rating: 5

Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie'

8:36:00 PTG

Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie'

Description: Setiap kandungan buku tersebut memaparkan aksi Hafiz 'selfie'
Oleh Izzah Abbasy

Sebut sahaja buku, pasti ramai yang membayangkan isi buku tersebut penuh dengan info dan ilmuan yang terkandung dalamnya. 

Tetapi, berbeza dengan selebriti Hafiz Hamidun apabila membuat kelainan dengan melancarkan buku dengan tajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun.



Setiap kandungan buku tersebut memaparkan aksi Hafiz 'selfie' dan mempunyai kata-kata berunsurkan motivasi yang ringkas.

Tidak dapat dinafikan, penerbitan buku-buku seperti ini yang mengambil kapsyen ataupun kata-kata daripada seseorang yang dikenali di media sosial menjadi trend di masa kini. Sehinggakan ada netizen yang mengkritik Hafiz apabila bukunya yang dihasilkan tidak membawa faedah langsung. Hafiz telah memuatnaik status individu berkenaan yang mengejinya di laman Instagram. 

Bagi penulis, idea hafiz menghasilkan buku 'selfie' ini ada bagusnya. Sekurang-kurangnya ia
bermanfaat, boleh dijadikan panduan dan tatapan pada masa hadapan. - CARI Infonet 





Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie' Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie' Reviewed by Kreativ on 8:36:00 PTG Rating: 5

"Saya Harap Sangat Mereka Tidak Tiru Tudung Saya" Mia Sara

8:34:00 PTG

Oleh Fyruz Hanna

Pelakon cilik ini dilanda kerisauan selepas menjalankan perniagaan tudung  dan berharap tudungnya tidak menjadi sasaran pihak tertentu untuk menciplaknya.

“Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga. Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya,” jelasnya kepada mStar Online.

Mia rupanya telah mulakan perniagaan tudung ini lebih setahun dan menceritakan kembali bagaimana payahnya untuk menjual walaupun sehelai tudung.

Sehingga dia menunaikan umrah pada Disember tahun lalu dan terbuka hati untuk bertudung, rezekinya semakin murah dalam bidang perniagaan sehingga berjaya ke tahap ini. -CARI Infonet.

sumber:mstaronline
"Saya Harap Sangat Mereka Tidak Tiru Tudung Saya" Mia Sara "Saya Harap Sangat Mereka Tidak Tiru Tudung Saya" Mia Sara Reviewed by Kreativ on 8:34:00 PTG Rating: 5

Mira Filzah Perjelas Isu Gambarnya Yang Diubahsuai - Jahat Betul Diorang ni

10:47:00 PG



(gambar yang tersebar di internet)
Susulan foto Mira Filzah yang menjilat jelly berbentuk kemaluan lelaki yang viral di Internet, Mira tampil memberi penjelasan terhadap penipuan tersebut.



Assalamualaikum.  Rasanya, rata rata pun dah tahu gambar diatas (iaitu gambar sebenar) yg telah DI-EDIT tersebar.
Dan tak perlulah Mira tunjuk atau upload disini gambar yg telah di-edit. Cukuplah Mira tampil di sini, nak bagitahu, nak tunjuk, ini adalah GAMBAR YG SEBENAR.
Penjelasan lebih lanjut? Ada di Melodi nanti. Cuma skrg ni, bg Mira, benda2 mcm ni, biarlah Allah shj yg membalas. Mira pun tak tahu siapakah disebalik dalang perbuatan ini, tapi Allah tahu. Bukan tugas Mira utk menghukum.  Terima kasih.

Penjelasan tersebut dimuatnaik Mira didalam laman Instagramnya dan menyerah segala-galanya kepada Allah SWT untuk menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Itulah asam garam menjadi seorang artis, ada sahaja yang iri dan suka menabur fitnah sana-sini tambah pula baru meningkat naik. Melihatkan perwatakan Mira ini, tak mungkinlah dia akan melakukan aksi sebegitu. Apapun,penjelasan telah dibuat, kini semua terjawab sudah.

Info dari Fyruz Hanna
Mira Filzah Perjelas Isu Gambarnya Yang Diubahsuai - Jahat Betul Diorang ni Mira Filzah Perjelas Isu Gambarnya Yang Diubahsuai - Jahat Betul Diorang ni Reviewed by Kreativ on 10:47:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.