Results for Religion

Kalau Rasa Sedih Dengan Hidup Anda, Sila Baca ni

10:24:00 PTG
Dua perkara yang menyedihkan:

1: Seorang lelaki yang tidak pernah masuk masjid kecuali jenazahnya.

2: Seorang wanita yang tidak pernah menutupi auratnya kecuali ketika dikafankannya.

Firman Allah SWT:

بل تؤثرون الحياة الدنيا

“Sedangkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia...”
(QS Al-A'la: 16)

Demikianlah sikap kebanyakan manusia:

1: Mereka boleh masuk ke tempat kerja sebelum waktunya.

2: Mereka boleh tiba di lapangan terbang sebelum waktunya.

3: Mereka boleh datang (menunggu giliran) di hospital sebelum waktunya.

4: Mereka boleh berada di dalam stadium, 2 atau 3 jam sebelum perlawanan bermula...

Akan tetapi tatkala mereka mendengar Azan mereka berlengah-lengah tanpa berasa apa-apa, apatah lagi melewatkan solat.

Moga Allah pelihara kita semua hendakNya.
Kalau Rasa Sedih Dengan Hidup Anda, Sila Baca ni Kalau Rasa Sedih Dengan Hidup Anda, Sila Baca ni Reviewed by Kreativ on 10:24:00 PTG Rating: 5

Kata-Kata Terbaik Dari Felixia Yeap / Raisyyah Yeap

5:13:00 PTG
To be both a Chinese and a Muslim is OK.

Does not mean we "tinggalkan Cina".
Does not mean we leave our non-Muslim families.
Does not mean we erase our Chinese names, cultures, roots and identity.
Does not mean we are less of a Chinese just because we don't eat non-halal food and put on hijabs.
.
The numbers of Chinese Muslims alone in China are more than the number of people (all ethnicities, all religions) we have in this country.
.
Don't hate what you don't know.
.
Pick up a Quran translation, books on Islam and read.
Study before you say anything.
Not through the biased reported news from mainstream medias.
.
Know Islam through its book (Quran) and its real teachings.
.
.
And to my brothers and sisters of faith, especially those who are transitioning to be better, newly reverted, underground reverts and soon-to-be reverts...
.
.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتي على الناس زمان القابض على دينه كالقابض على الجمر
The Prophet Muhammad (SAW) said:"There will come a time when holding on to your Iman (belief) will be like holding on to hot coals" {Tirmidhi}
.
.
The world is a test.
.
Stay strong. You've found the truth, don't let go of this. Keep holding on.
.
.
#malaysianchinesemuslimrevert #chinesemuslim #revert

Sumber
Kata-Kata Terbaik Dari Felixia Yeap / Raisyyah Yeap Kata-Kata Terbaik Dari Felixia Yeap / Raisyyah Yeap Reviewed by Kreativ on 5:13:00 PTG Rating: 5

Untuk Siapa Yang Fikir Islam Adalah Pengganas

1:33:00 PTG

For those who think Islam teaches terrorism

Any religion can be misinterpreted when judged out of context.

Quran:Read Before You Judge

Dr Zakir naik

Source
Untuk Siapa Yang Fikir Islam Adalah Pengganas Untuk Siapa Yang Fikir Islam Adalah Pengganas Reviewed by Kreativ on 1:33:00 PTG Rating: 5

Doa Untuk Melunaskan Hutang

1:26:00 PTG

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramlan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain
(Riwayat At-Tirmizi)

Doa Untuk Melunaskan Hutang Doa Untuk Melunaskan Hutang Reviewed by Kreativ on 1:26:00 PTG Rating: 5

Dr Rozaimi Pemecah Belah Masyarakat?

12:16:00 PTG


Dr Rozaimi Pemecah Belah Masyarakat?

1. Saya lihat dalam masyarakat kita, ada seorang individu yang diangkat menjadi 'muhadis' di Malaysia. Nama beliau Dr Muhamad Rozaimi bin Ramle.Ada sesetengah orang mengatakan beliau memecahbelahkan masyarakat melayu kita. Saya langsung tidak suka padanya suatu ketika dahulu. Antara perkara yang menyebabkan saya tidak suka pada beliau ialah kerana beliau dikatakan:

- Terlalu mudah menghukum sesuatu hadis itu palsu
- Khianat dan tidak jujur dalam menukilkan pendapat ulamak
- Menolak hadis dhaif dalam fadhail
- Menolak Mazhab dan kafirkan mazhab syafie

2. Saya memang tidak suka pada diri beliau pada awalnya. Hal ini kerana di dalam otak saya sudah set bahaya Dr Rozaimi ini suka menghina ulamak dan mengkafirkan mazhab seperti label yang diberi oleh sesetengah pihak. Sehinggalah saya mula menonton kuliah beliau secara live, di situ pandangan saya terhadap Dr. Rozaimi mula berubah. Segala tuduhan itu sebenarnya hanya fitnah semata-mata.

3. Tuduhan pertama terhadap beliau ialah mudah menghukum sesuatu hadis itu palsu. Akan tetapi, semasa saya melihat tulisan dan kajian beliau, apabila beliau menghukum sesuatu hadis itu sebagai palsu atau dhaif, pasti beliau akan memberi nama ulamak hadis silam yang telah lama mengkritik hadis itu seperti Imam Ibn Iraq Al Kinani, Imam Zahabi Imam Ibn Hajar dan lain-lain. Mereka ini bukanlah ulamak mutasyaddid yang mudah keras menghukum sesuatu hadis.Tetapi mereka muktadil.

4. Tuduhan kedua terhadap Dr Rozaimi ialah beliau khianat tidak amanah dalam menukilkan pandangan ulamak.Maksud mereka ialah ada ulamak yang menghukum hadis itu sahih dan ada yang mengatakan hadis itu palsu. Ada ulamak yang menolak seseorang perawi ,dan ada ulamak yang menerima seseorang perawi. Akan tetapi kata sesetengah pihak Dr Rozaimi hanya mengemukakan pandangan yang mengatakan ia palsu sahaja.Kemudian menyembunyikan pandangan yang lain.

Ini jawapan saya terhadap kenyatan di atas. Imam Zahabi dikenali sebagai استقرأ تام. Maksudnya jika ada khilaf dalam kalangan ulamak silam dalam menentukan status seseorang perawi hadis, Imam Zahabi akan membuat kajian secara menyeluruh dan Imam Zahabi membuat keputusan dan kesimpulan terhadap kesemua pandangan ulamak tersebut. Jadi dalam masalah ini, Dr Rozaimi mengambil pandangan Imam Zahabi. Adakah kita juga hendak mengatakan Imam Zahabi khianat juga?

5. Tuduhan ketiga terhadap Dr Rozaimi ialah beliau menolak Imam Mazhab. Ini tidak benar. Apabila kita menonton kuliah beliau, pasti beliau akan menukilkan pandangan Imam Nawawi, Imam Juwaini dan sebagainya dari kitab المجموع شرح المحذب. Adakah kalian kenal nama ulamak ini? Ini semua ulamak dalam mazhab syafie. Tetapi disebabkan kita tidak pernah mendengar nama ulamak tersebut dan kitab-kitab itu, terus kita melabel seseorang itu menolak mazhab.

6. Apa yang saya teliti di facebook ini, ramai orang mengatakan beliau memecahbelahkan masyarakat. Akan tetapi berdasarkan penelitian saya, sesetengah orang mula melakukan serangan dan tuduhan terhadap Dr Rozaimi. Kemudian Dr Rozaimi hanya menjawab tuduhan itu sahaja. Cuba bayangkan jika kita dituduh mengkafirkan seseorang serta dituduh khianat tidak amanah dalam menyampaikan ilmu, adalah kita hendak berdiam diri? Sudah tentulah tidak, kita kena bangun jelaskan kepada orang awam. Dr Rozaimi hanya bangun menjawab tohmahan kepada beliau saja.

7. Dr Rozaimi beliau sangat merendah diri, untuk pengetahuan kalian, sekali pun beliau tidak pernah mengatakan diri nya muhadis ataupun pakar hadis.Saya juga dulu tidak suka dengan beliau. Akan tetapi apabila mula follow dan ikut kuliahnya, saya mula berlapang dada dalam isu ini. Dr Rozaimi seorang insan, ada melakukan kesilapan dan kesalahan.Apa yang baik kita ambil,yang silap kita tinggalkan.


Sumber
Dr Rozaimi Pemecah Belah Masyarakat? Dr Rozaimi Pemecah Belah Masyarakat? Reviewed by Kreativ on 12:16:00 PTG Rating: 5

Kenapa Perlu Belanja Orang Makan?

12:13:00 PTG
Kenapa kita digalakkan belanja orang makan? kata-kata yang sangat bijak dari Ustaz Abdullah Khairi


"Sebab tu tuan-tuan bila kita makan, adakalah rezeki kita punya tapi pahala orang punya. Saya makan kat satu kedai, tiba-tiba ada orang bayarkan, rezeki tu saya punya tapi pahala orang yang bayar tu punya.. Rezeki kita punya, bila rezeki masuk dia jadi najis tapi pahala milik dia berkekalan sampai akhirat"

- Ustaz Abdullah Khairi

Info Dari: Grafik Islamik
Kenapa Perlu Belanja Orang Makan? Kenapa Perlu Belanja Orang Makan? Reviewed by Kreativ on 12:13:00 PTG Rating: 5

Bersikap Jujur, Benar Dalam Dakwah

12:34:00 PG

Jauhi sangka buruk, mengumpat dan mencari kesalahan orang lain.

Soalan: 

Saya bukanlah orang yang faham sangat mengenai agama tetapi saya rasa kurang senang dengan gelagat sebahagian pendakwah Islam yang saling mencaci dan mengkafirkan orang lain sehinggakan pengikutnya juga menggunakan bahasa kasar terutama dalam perkara yang mereka tidak bersependapat. Sepatutnya pendakwah mesti menunjukkan akhlak yang baik supaya menjadi ikutan masyarakat. Mohon dijelaskan apakah akhlak yang patut ada pada setiap Muslim terutama pendakwah. 

Apakah 'din' itu? Baginda SAW menjawab: Din itu adalah akhlak yang baik.” Baginda juga pernah ditanya: “Apakah kecelakaan itu? Baginda menjawab: Kecelakaan itu ialah akhlak yang buruk"


SULAIMAN,
Alor Setar, Kedah.

Jawapan:

Sememangnya akhlak mulia adalah matlamat asas bagi risalah Islam. Ini telah dinyatakan Rasulullah SAW dalam hadis: “Sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Ahmad dan lain-lain). Akhlak mulia ialah tanda dan hasil iman yang sebenar. Inilah yang dibayangkan oleh Rasulullah SAW ketika ditanya: “Apakah ‘din’ itu? Baginda SAW menjawab: Din itu adalah akhlak yang baik.” Baginda juga pernah ditanya: “Apakah kecelakaan itu? Baginda menjawab: Kecelakaan itu ialah akhlak yang buruk.” 
Antara akhlak yang patut ada bagi setiap Muslim, hendaklah bersifat warak daripada melakukan perkara subahat. Seorang Muslim mestilah menjauhi diri daripada melakukan perkara haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara subahat. Rasulullah SAW bersabda: “Perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas tetapi antara kedua-duanya ada perkara subahat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang.” 

Kedua, hendaklah menunduk pandangan daripada perkara yang diharamkan Allah SWT kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat serta mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan dosa. Allah SWT berfirman bermaksud: “Katakanlah kepada orang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan.” (Surah An-Nur, ayat 30) 

Memelihara lidah

Ketiga, memelihara lidah daripada percakapan kotor, kalimah dan ibarat keji, cakap kosong, mengumpat dan mengadu-domba. Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Riwayat at-Tirmizi).

Keempat, malu dalam semua keadaan. Tetapi sifat malu itu tidaklah menghalangnya daripada memperkatakan kebenaran. Ulama menyebut: “Sifat malu pada hakikatnya ialah sesuatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalangnya daripada mencuaikan hak orang lain.” 

Lemah lembut

Kelima, sifat lemah lembut dan sabar kerana amal Islam penuh dengan perkara yang tidak digemari, demikian juga perjalanan dakwah penuh dengan kesukaran, penyeksaan, penindasan, tuduhan, penghinaan dan pandang rendah. Oleh itu, jelaslah bahawa tugas seorang pendakwah amat sukar kerana ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada semua manusia.

Keenam, hendaklah bersifat benar, jujur dan mengatakan sesuatu yang benar serta tidak takut dengan celaan manusia demi kepatuhan kepada Allah. 

Ketujuh, tawaduk kepada sesama Muslim serta menghindari sifat takbur dan bangga diri. 

Kelapan, menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. 

Kesembilan, bersifat pemurah, mengorbankan diri dan harta pada jalan Allah. Ke-10, menjadi ikutan orang lain atau qudwah hasanah iaitu segala tindak-tanduknya menjadi terjemahan prinsip Islam. Demikianlah beberapa akhlak yang disebut oleh Syeikh Fathi Yakan dalam kitabnya ‘Maza Ya’ni intima’I lil Islam’.
Bersikap Jujur, Benar Dalam Dakwah Bersikap Jujur, Benar Dalam Dakwah Reviewed by Kreativ on 12:34:00 PG Rating: 5

Menantu Tanggung Hutang Mentua

6:54:00 PTG

SAYA berusia awal 30-an, sudah beristeri dan mempunyai seorang anak perempuan. Kami sudah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun. Dulu saya bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang swasta di Melaka.

Masalah timbul apabila keluarga mentua menggunakan nama saya untuk membuat pinjaman peribadi di bank bagi tujuan perniagaan. 
Pelbagai janji yang ditaburkan seperti membayar balik pinjaman di bank, membantu saya membayar pinjaman belajar dan mendapat duit bulanan daripada perniagaan itu. 

Apabila pinjaman itu lulus, perjanjian yang dilakukan secara mulut hanya tinggal janji. Segala wang diserahkan kepada mereka berdasarkan perjanjian tetapi apabila tiba bayaran bulanan, kami sering bertengkar.

Ini menjadikan isteri saya mangsa keadaan kerana apabila saya menuntut hutang itu, mereka memarahi isteri saya. Mereka hanya membayar hutang itu selama lima bulan saja.

Mentua saya turut membuat pinjaman sebanyak RM100,000 atas nama isteri saya tanpa pengetahuan saya dan sebelum pinjaman itu dipindah milik, saya memulangkan wang itu kepada bank. 

Kereta isteri saya turut menjadi mangsa apabila mereka meminjam dan berjanji membayar bayaran bulanan kereta itu. Pada awalnya, saya enggan menerimanya kerana tidak mempercayai janji kosong mereka tetapi isteri saya tetap memujuk supaya memberi kebenaran. 

Selepas tiga bulan, kereta itu ditarik bank dan hutangnya perlu dibayar. 
Disebabkan bebanan hutang yang terlalu banyak menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja. 

Kini, kami terpaksa menumpang di rumah mentua walaupun tahu masalah yang ada. 
Bagaimanakah cara menghadapi sikap mentua yang suka berhutang tetapi tidak mahu membayarnya dan kaedah terbaik melangsaikan semua hutang itu? 

Mereka sering meninggalkan solat wajib walaupun rajin membuat solat sunat di masjid seperti solat Tarawih. Saya dan isteri pernah dimarahi kerana meninggalkan mereka ketika berbuka apabila mengejar solat Maghrib. 

MENANTU SEDIH, 
Melaka 

BERHUTANG dibenarkan dalam Islam. Ini ber�tepatan dengan keadaan hidup manusia yang serba kekura�ngan. Tentu saja mereka yang berhutang kesempitan wang atau ada keperluan lain. 

Memberi hutang termasuk dalam kategori tolong menolong dalam masyarakat dan amat digalakkan. Kadangkala masyarakat sering menyalah guna hutang apabila enggan membayar atau menggunakannya untuk mengejar kekayaan secara berhutang hingga gagal menjelaskannya. 

Padahal dalam Islam kita disarankan supaya menghindari diri daripada berhutang sedaya mungkin. Dalam berurusan dengan hutang, Islam menitikberatkan beberapa adab yang perlu diambil kira antaranya: 

  • Ia hendaklah ditulis dan mempunyai saksi. 
  • Pemberi hutang tidak boleh mengambil keuntungan daripada hutang itu. 
  • Mempunyai niat baik dalam berhutang dan membayar hutang. 
  • Memberitahu lebih awal sekiranya tidak dapat membayar hutang. 
  • Jangan bertangguh-tangguh dalam membayar hutang. 

Nampaknya keluarga mentua tidak mengambil kira adab dalam berhutang. Sebab itu, anda menghadapi kesulitan apabila terpaksa membuat pinjaman dengan bank. 

Pihak bank pula tidak mengetahui atau mengambil peduli masalah anda sekeluarga. 
Kadangkala pihak bank seperti menggalakkan orang ramai berhutang. 

Lebih-lebih lagi adanya tuntutan peribadi supaya berhutang untuk mendapat kemewahan duniawi. Secara peribadi, saya berpendapat anda yang bertanggungjawab menjelaskan hutang bank itu walaupun semuanya diberi kepada keluarga mentua. 

Seterusnya, keluarga mentua bertanggungjawab membayar balik hutang itu kepada anda. Tentu saja apabila janji tidak ditepati, anda menghadapi kesulitan. 

Dalam keadaan sekarang, anda tentu tidak dapat membayar semua hutang anda lebih-lebih lagi apabila tidak bekerja. Saya menyarankan anda supaya meminta bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam hal ini. 

Setiap masalah tentu ada jalan penyelesaian antaranya kembali bekerja dan berbelanja mengikut kemampuan. Berkenaan keluarga mentua yang cuai dalam menunaikan tanggungjawab agama seperti solat fardu, ia perlu ditangani. 

Ini kerana setiap Muslim wajib menunaikan solat. 

Mengabaikan solat fardu membawa akibat buruk kepada kehidupan peribadi sama ada di dunia atau di akhirat. 

Berusahalah untuk menyedarkan keluarga berkenaan kepentingan solat fardu.

Sumber - Berita Harian Metro
Menantu Tanggung Hutang Mentua Menantu Tanggung Hutang Mentua Reviewed by Kreativ on 6:54:00 PTG Rating: 5

Perkongsian Adil Urus Belanja Rumah Tangga

6:53:00 PTG

ADAKAH haram jika seorang isteri menanggung kos perbelanjaan seperti makanan dan pakaian dalam keluarga. Ini kerana semua perbelanjaan itu menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.

Namun, saya bersyukur kerana pendapatan saya lebih besar daripada isteri cuma kadang-kadang perbelanjaan keluarga kami kongsi bersama. 

Saya masih menanggung sebahagian besar perbelanjaan isi rumah termasuk bayaran rumah dan kereta, pakaian, persekolahan anak, pembantu rumah, insurans dan perubatan. 

Isteri pula mengeluarkan perbelanjaan bagi keperluan dapur seperti makanan dan keperluan anak.

BURHANUDDIN,
Selangor 

DALAM Islam suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian serta perubatan. 

Dalam keperluan memberi nafkah, ia bergantung kepada kemampuan suami. Isteri pula wajib melayan suami sepenuhnya di samping memenuhi tanggungjawab lain, sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri dan ibu. 

Islam mahu suami bekerja bagi menanggung anak dan isterinya. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan dan minum serta melakukan kerja rumah. 

Itulah pembahagian kerja yang adil antara suami isteri. Isteri tidak boleh bergoyang kaki menunggu suami kerana mereka juga perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya bahagia dan selesa. 

Perkara itu dibuktikan apabila puteri Rasulullah SAW Fatimah al-Zahra, isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengi�sar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah. 

Disebabkan kerja rumah itu berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi supaya mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah. 

Tetapi Nabi menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami. 

Pada hari ini, ramai suami isteri yang bekerja. Keadaan itu ada kalanya menyebabkan urusan rumah tangga tidak sempurna. Kebanyakan keluarga memilih untuk mempunyai pembantu rumah sementara anak dihantar ke pusat jagaan. 

Tidak benar dan keterlaluan jika ada menyatakan haram jika isteri membayar kos barang makanan dan keperluan lain. Islam membenarkan isteri membayar secara sukarela. 

Lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai pendapatan sendiri. Tidak adil jika semuanya ditanggung suami seorang diri. Dalam keadaan itu, perkongsian yang adil perlu dirancang. 

Kita tidak mahu berlaku isteri menuntut sesuatu perkara yang berlebihan hingga menzalimi suami.

Sumber - Berita Harian Metro
Perkongsian Adil Urus Belanja Rumah Tangga Perkongsian Adil Urus Belanja Rumah Tangga Reviewed by Kreativ on 6:53:00 PTG Rating: 5

Tak Sempat Solat Duha

6:52:00 PTG

SAYA hendak sangat untuk melakukan solat duha sebagai amalan harian, tetapi saya bekerja pada waktu pejabat dan tiada ruang untuk melakukannya.

Bilakah waktu paling sesuai untuk solat duha? 

MARSYIDI, 
Kedah 

SOLAT Dhuha boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat atau sebanyak empat hingga lapan rakaat. Waktu bermula dari naik matahari setinggi galah, iaitu sekitar setengah jam selepas matahari terbit sehingga seketika sebelum matahari gelincir, iaitu 10 minit sebelum masuk waktu Zuhur. 

Paling afdal untuk melaksanakannya ialah apabila matahari sudah meninggi dan terasa bahang panasnya. Memandangkan waktunya panjang, saya rasa saudara tiada masalah untuk mengerjakan solat duha ketika bekerja. 

Cari ruang masa lebih kurang 10 minit untuk menunaikannya contohnya pada waktu rehat jam pukul 10 pagi.

Sumber - Berita Harian Metro
Tak Sempat Solat Duha Tak Sempat Solat Duha Reviewed by Kreativ on 6:52:00 PTG Rating: 5

Gagal Khatam Al-Quran

6:51:00 PTG

SAYA berumur 21 tahun dan mula mengaji ketika berusia lapan tahun. Namun, pada usia 16 tahun saya masih tidak dapat menghabiskan 30 juzuk al-Quran.

Saya hanya sempat mengaji al-Quran hingga juzuk ke 16 saja. Apa hukumnya jika terjadi perkara sebegitu? 

ROSLI, 
Pulau Pinang 

KEDUDUKAN al-Quran dalam Islam begitu penting. Ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW sebagai panduan kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian. 

Membaca al-Quran dikira amalan sunat yang sangat digalakkan Islam. Menurut Rasulullah, secepat bacaan dalam menghabiskan bacaan al-Quran adalah dalam masa tiga hari selain seminggu atau sebulan. 

Menurut Imam al-Ghazali, menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa sebulan sudah dikira kurang baik. Bagi Imam al-Ghazali, khatam al-Quran yang terbaik adalah dalam masa seminggu. 

Itulah sikap masyarakat Islam awal yang begitu mengambil berat mengenai al-Quran ini. Saya menasihatkan saudara supaya menamatkan bacaan al-Quran itu dengan berguru. 

Sekarang terdapat banyak kelas pengajian al-Quran yang dapat membantu kita meningkatkan mutu bacaan al-Quran. Selain itu, dengan adanya guru, setiap kesalahan dalam bacaan dan tajwid dapat diperbetulkan. 

Terlalu banyak ganjaran sunat apabila mengamalkan bacaan al-Quran secara berterusan.

Sumber - Berita Harian Metro
Gagal Khatam Al-Quran Gagal Khatam Al-Quran Reviewed by Kreativ on 6:51:00 PTG Rating: 5

Jatuh Talak Ketika Hamil

6:50:00 PTG

SAYA pernah berkahwin dan bercerai semasa mengandung empat bulan. Dalam tempoh kehamilan saya itu, suami pernah bersama dengan saya.

Apakah berdosa sedangkan talak sudah jatuh? Sekarang saya sudah berkahwin dengan lelaki lain, adakah sah perkahwinan saya yang kedua itu? 
Suami banyak kali melafazkan cerai, tapi apabila dirujuk di pejabat agama, dia mengatakan melafazkan cerai kerana saya mengugut mencederakan diri. 

Pejabat agama mengesahkan perceraian itu tidak sah kemudian barulah saya hamil.

Bukankah perceraian sah walau dalam keadaan apa pun? Bagaimana jika seandainya saya salah dan adakah anak yang saya kandungkan itu anak tidak sah?

RUHANI, 
Selangor 


PERCERAIAN ketika mengandung adalah sah. Tempoh iddah bagi perempuan mengandung yang diceraikan ialah sampai melahirkan anak. Apabila suami rujuk dalam tempoh itu, rujuknya sah dan kedua-duanya menjadi suami isteri. 

Rujuk boleh berlaku dengan kata-kata dan juga perbuatan menurut sebahagian mazhab. Manakala mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh perkahwinan yang sah dinasabkan kepada suami. Rasulullah sa.wa bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah batu (al-Hajr).” (Bukhari dan Muslim) 

Dalam kes di atas, puan sudah menyatakan bahawa perceraian yang didakwa tidak sah menurut pejabat agama. Ia hendaklah diterima dan sekiranya puan tidak berpuas hati ia perlu dirayu dan dibicarakan kembali. 

Bagaimanapun, rayuan mungkin tidak dibuat, maka keputusan pejabat agama perlu diterima. Seterusnya apabila lahir anak dalam tempoh perkahwinan yang sah, anak hendaklah dinasabkan kepada suami puan sebagai bapa kepada anak berkenaan. 

Perkahwinan kedua boleh berlaku apabila puan sudah diceraikan dan habis tempoh iddah dengan suami pertama. Bagaimanapun, apabila masih menjadi isteri orang atau dalam iddah, perkahwinan kedua menjadi tidak sah. Itu yang perlu dipastikan.

Sumber - Berita Harian Metro
Jatuh Talak Ketika Hamil Jatuh Talak Ketika Hamil Reviewed by Kreativ on 6:50:00 PTG Rating: 5

Contohi Rasulullah Bimbing Isteri

10:02:00 PG

Suami perlu amanah hiasi rumah tangga dengan mawaddah, rahmah

Isteri adalah amanah Allah kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak. Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah. 

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada di sampingmu, barang siapa tidak memerintahkan supaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia khianat kepada Allah dan Rasul-Nya.” 

Kes keganasan rumah tangga

Penulis berkesempatan mengikuti perbicaraan kes di Mahkamah Rendah Syariah di sebuah daerah di utara tanah air baru-baru ini. Agak memeranjatkan apabila realitinya masih banyak kes membabitkan keganasan dalam rumah tangga terutama kes suami memukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan serius berlaku. 

Akhirnya isteri memohon fasakh dan lebih menyedihkan lagi jika pasangan mempunyai anak, maka zuriat menjadi mangsa. Fenomena ini berlaku disebabkan si suami tidak merasai bahawa isteri yang dinikahinya itu adalah amanah Allah SWT untuk menjaganya. 

Rasulullah berpesan yang bermaksud: “Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan penuh rasa kasih sayang), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Sa’id) 

Betapa hebatnya ganjaran Allah buat suami isteri yang menghiasi rumah tangga yang dibina dengan mawaddah dan rahmah. 
Sabda Baginda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” 

Garis panduan tangani isteri nusyuz

Islam meletakkan garis panduan jelas bagi suami dalam menangani masalah isteri nusyuz atau derhaka. Namun tindakan mencederakan isteri dengan alasan isteri derhaka tidak dibenarkan oleh syarak. Apatah lagi kekasaran itu dilakukan disebabkan ketidakpuasan hati terhadap isteri atas perkara kecil. Rasulullah SAW menasihatkan suami yang memukul isterinya dengan sabda: 
“Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya kamu akan menidurinya juga.” 

Jadikan kisah yang berlaku kepada Saidina Umar al-Khattab sebagai panduan. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Umar untuk mengadu perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar sambil menunggu beliau keluar. 

Ketika itu lelaki itu terdengar isteri Umar meleteri beliau dan khalifah itu hanya berdiam saja. Melihat yang demikian, lelaki itu terus pulang ke rumahnya sambil berkata sendirian: “Jika itu tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” 

Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki itu bertanyakan tujuan dia datang mencarinya. 

Lelaki itu berkata:“ Wahai Amirul Mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang Amirul Mukminin.” 

Maka Umar menjawab: “Wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku sudah menunaikan segala haknya ke atasku, dia yang memasak untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan semua anak-anakku, sedangkan semua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali semuanya itu aku tidak memarahinya kerana berleter. 

Berkata lelaki itu: “Begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “Ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara.” 

Isteri sebagai teman

Ringkasnya, wahai suami, marilah kita contohi Baginda Nabi Muhammad SAW, Umar dan sahabat lain dalam mengemudi rumah tangga. Jadikanlah isteri sebagai teman. Jika suami impikan isteri solehah sudah pasti kita sendiri perlu berusaha menjadi seorang suami soleh.

Sumber - Berita Harian
Contohi Rasulullah Bimbing Isteri Contohi Rasulullah Bimbing Isteri Reviewed by Kreativ on 10:02:00 PG Rating: 5

Hati 'Berpenyakit' Hilang Pertimbangan

10:01:00 PG

Hati adalah cermin kepada segala perbuatan. Setiap kali melakukan sesuatu, hati kita akan mencerminkan niat sebenar daripada perbuatan itu. Berbeza dengan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya. 

Rasulullah SAW mengajar kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya. Walaupun niatnya buruk dan amalannya nampak baik, hasilnya tetap tidak dipandang Allah. 
Justeru, agama Islam lebih condong menggarap hati daripada perbuatan. Kalau hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya, meskipun perbuatannya kelihatan baik, belum tentu hatinya baik. 

Seluruh aktiviti ibadah kita bertujuan melembutkan hati. Hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika di akhirat nanti, manakala hati yang kasar dan keras adalah hati yang terhijab daripada kebenaran. 

Firman Allah SWT: “Dan barang siapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.” (Surah al-Israa, ayat 72) 

Seluruh amal ibadat yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita seperti puasa, sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati menjadi baik. Tujuan berpuasa adalah untuk mendapatkan kemampuan mengendalikan diri atau disebut takwa. 

Takwa adalah contoh kualiti hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk. Orang yang bertakwa juga akan bersedekah sewaktu tiada mata yang melihat dan berbuat baik semasa ramai orang menjadi jahat. 
Dalam Islam, terdapat beberapa tingkat kualiti hati yang buruk iaitu hati yang berpenyakit, keras, membatu, tertutup dan mati. Orang yang di hatinya ada rasa iri dan hasad dengki, benci, dendam, pembohong, kasar, pemarah dan sebagainya, dikatakan memiliki hati yang berpenyakit. 
Firman Allah SWT: “Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah al-Baqarah, ayat 10) 

Hati yang pada awalnya berpenyakit, jika tidak segera diubati akan menjadi keras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatannya kerana sering diulang-ulang dan menjadi biasa. 

Firman Allah SWT: “Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah al-An’aam, ayat 43) 

Hati yang keras jika tidak segera disedarkan akan meningkatkan keburukannya. Al-Quran menyebutnya sebagai hati yang membatu semakin mengeras daripada sebelumnya. 

Allah SWT berfirman: “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74) 

Sesuatu yang sudah mengeras menjadi batu sudah tentulah sukar untuk dilembutkan semula kerana sifat batu itu tidak akan lembut melainkan jika dihancurkan hanya menjadi kecil tetapi bukan lembut. Begitulah juga hati, sukarnya melembutkan hati samalah seperti tidak mungkin melembutkan batu. 

Setelah itu, hati menjadi tertutup dan apabila hati sudah tertutup ia tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk. Allah mengatakan hal itu dalam firman-Nya: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (Surah al-Muthaffifin, ayat 14) 

Akhirnya hati bagai dikunci mati iaitu hati yang tidak boleh langsung berfungsi. Hal ini diungkapkan Allah SWT: “Sesungguhnya orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat berat.” (Surah al-Baqarah, ayat 6-7) 

Seketul hati yang kecil itu tinggi nilainya. Justeru, setiap Muslim wajiblah menjaga hati seperti menjaga harta yang tidak ternilai harganya. Kita tidak akan mempunyai hati yang kedua, yang boleh menggantikan hati yang mati. 

Bagaimanapun, kita mampu menghidupkannya kembali dengan iman dan takwa. Usaha menghidupkan hati perlu dilakukan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Ibarat menjaga harta paling mahal, kita tidak ingin hati rosak disebabkan kotoran yang tidak dibuang. 

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Sumber - Berita Harian
Hati 'Berpenyakit' Hilang Pertimbangan Hati 'Berpenyakit' Hilang Pertimbangan Reviewed by Kreativ on 10:01:00 PG Rating: 5

YPP1M Iktiraf Pengajian Pondok

8:27:00 PG
Penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) yang akan dilancarkan esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendapat sambutan positif dengan lebih 1,000 jemputan bakal hadir pada majlis perjumpaan pemimpin dengan ‘warga pondok’ yang julung kali dianjurkan. 

Perkara itu disahkan Penasihat YPP1M, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang turut terkejut dengan maklum balas tidak dijangka daripada pengurusan pondok yang mengalu-alukan usaha penubuhan YPP1M sebagai mengiktiraf sumbangan pengajian pondok dalam pembangunan pendidikan negara. 
“Alhamdulillah, sambutan diberi sungguh memberangsangkan dan mereka yang dimaklumkan mengenai YPP1M menyambut baik usaha itu. Malah, bersemangat untuk hadir menjayakan majlis yang meraikan warga pondok,” katanya kepada BH. 

Cetusan idea Perdana Menteri 

YPP1M adalah cetusan idea Perdana Menteri yang juga penaung yayasan, sebagai menghargai jasa dan bakti ulama, tok guru serta mudir melahirkan generasi pelajar yang mahir ilmu agama dan pengajian al-Quran. 

Aktiviti awal yayasan ialah mewujudkan pangkalan data yang memuatkan maklumat terkini institusi pondok di Malaysia. Kerja bancian peringkat pertama dimulakan pada Julai lalu dan pendaftaran awal diterima pada Ogos. 

Sebanyak 110 pondok yang berdaftar di seluruh negara dimasukkan dalam direktori bergambar itu untuk rujukan masyarakat pada masa depan. Direktori itu juga bakal dilancarkan pada majlis berkenaan bersama logo dan laman web YPP1M. 
Perdana Menteri juga akan menyampaikan Anugerah Tokoh Pondok 2012 dan Anugerah Pondok Contoh 2012 kepada pengasas, tenaga pengajar serta pondok yang berjaya meneruskan kelangsungan konsep pendidikan pondok hingga melahirkan modal insan berkualiti. 

Selain itu, pondok terpilih akan menerima Anugerah Kasih iaitu bantuan segera yang disalurkan bagi memperbaiki prasarana di pondok mereka. 

Bantu perluas institusi pengajian pondok 

Dr Mashitah berkata, penubuhan YPP1M diharap dapat membantu memperkembangkan institusi pengajian pondok yang terus mendapat perhatian masyarakat yang mengiktiraf kaedah pengajian pondok dalam melahirkan generasi berilmu. 

Justeru katanya, tidak wajar usaha transformasi keinsanan yang membuktikan keprihatinan pemimpin kepada institusi pondok yang dipelopori ulama serta pewarisnya disalah erti pihak yang skeptikal. 

“Tidak sepatutnya timbul persepsi kerana pengajian pondok adalah institusi pendidikan yang disanjung tinggi dan hasrat yayasan ialah mewujudkan ruang menemukan warga pondok dengan masyarakat umum. 

“Selama ini maklumat mengenai pondok disebarkan dari mulut ke mulut, tetapi dengan adanya direktori, mereka yang berminat belajar di pondok boleh mendapatkan maklumat dengan mudah,” katanya. 

Beliau juga ingin memperbetulkan salah faham sesetengah pihak khususnya mereka yang tidak mendapat maklumat, tetapi membuat andaian penubuhan YPP1M bakal menggugat kebebasan pengurusan pondok yang selama ini berdiri sendiri. 

Katanya, salah faham itu mungkin menjadi punca sesetengah pondok yang ditemui untuk proses bancian menolak pelawaan supaya maklumat pondok mereka dimasukkan dalam direktori diterbitkan YPP1M. 

Tak campur tangan sistem pentadbiran 

Dr Mashitah menegaskan, yayasan tidak akan campur tangan dalam sistem pentadbiran atau pembelajaran yang diamalkan institusi pondok sejak dulu hingga kini kerana itu adalah kriteria yang menjadikan pendidikan pondok begitu unik. 

Cuma katanya, jika golongan lain boleh berada atas satu landasan, kenapa ulama dan tok guru pondok tidak boleh berganding bahu terutama dalam usaha mempertingkatkan kefahaman agama Islam kepada masyarakat umum. 

“Jika ada isu berbangkit mengenai kepentingan umat Islam bagaimana tok guru pondok boleh menyalurkan pandangan mereka. Contohnya, apabila bukan Islam menghina Nabi Muhammad SAW, bagaimana kita nak bagi fahaman. 

“Adanya gabungan ulama termasuk dari pondok, kita boleh ada perancangan serta strategi bagi menangani isu ini. Kita tidak mahu tok guru hanya popular dalam kalangan masyarakat setempat saja kerana mereka juga boleh membantu ummah. Kita tidak dapat menyangkal ulama pondok amat dihormati dan dipandang tinggi,” katanya.

Sumber - Berita Harian
YPP1M Iktiraf Pengajian Pondok YPP1M Iktiraf Pengajian Pondok Reviewed by Kreativ on 8:27:00 PG Rating: 5

Sedekah Cendekiawan Muslim

3:10:00 PTG

Karya intelek angkat pembangunan ummah dapat ganjaran hingga kiamat

Amatlah rugi bagi sesiapa yang menjalani kehidupan dunia ini tanpa memperhitungkan nasib di alam akhirat kelak. Kehidupan dunia yang dipenuhi pelbagai kenikmatan banyak menyebabkan sebahagian kita tergelincir dan jatuh ke jurang hina lagi dimurkai Allah. 

Sebab itulah jika kita perhatikan dengan teliti pesanan Rasulullah SAW, perkara yang banyak dipesan ialah supaya kita tidak dikaburi oleh nikmat dunia, sebaliknya menjadikan nikmat dunia sebagai ‘talian hayat’ buat alam akhirat nanti. 

Kata Rasulullah SAW, antara bekalan yang kita iringi bersama ke alam akhirat nanti ialah sedekah jariah yang dilakukan semasa hidup. Dalam Islam, skop tafsiran sedekah begitu luas kerana ia bukan setakat dalam bentuk wang ringgit semata-mata. 

Malah, sumbangan fikiran dengan idea yang kreatif lagi bernas demi membina satu gagasan buat ummah juga dikira sebagai sedekah, iaitu sedekah dalam bentuk fikiran. 

Justeru, ilmuwan di institut pengajian tinggi (IPT) tidak seharusnya melihat cetusan kajian dan idea penyelidikan yang dilakukan hanya berlegar di sekitar memenuhi kriteria kerjaya saja tetapi perlu menerapkan niat demi mengharapkan ganjaran pahala Allah atas usaha yang dilaksanakan. 

Usaha merekacipta dan melakukan kaji selidik untuk manfaat manusia adalah usaha yang terpuji lagi mulia. Sesungguhnya segala sumbangan fikiran yang boleh menerbitkan satu ciptaan buat ummah umpama membina ‘saliran’ yang akan mengalirkan ganjaran pahala selagi ia dimanfaatkan. 

Teladanilah sikap yang ditunjukkan saintis Islam terdahulu yang memahat sejarah keemasan di persada dunia dengan menerokai pelbagai disiplin ilmu dan melakukan kajian penuh inovasi. Mereka lakukan bukan atas dasar untuk mempromosikan keunggulan diri sebaliknya memberi kecemerlangan hidup buat ummah. 
Contohnya, Ibnu al-Haitham yang terkenal dalam bidang matematik dan ilmu optik. Sehingga kini anak-anak kita di sekolah dan IPT masih mengaplikasikan teori serta praktikal yang diperkenalkan olehnya. 

Semangat ingin menggali seberapa ilmu pengetahuan dan menghasilkan ciptaan buat kepentingan ummah tidak pernah padam dalam jiwa Ibnu Haitham. Banyak karakter peribadi beliau yang wajar kita renungi khususnya oleh cerdik pandai muslim masa kini. 

Dunia Barat mengenali Ibnu Haitham dengan nama Al-Hazen dan dinobatkan sebagai Bapa Optik Moden yang dikagumi. Catatan sejarah peribadinya menjelaskan beliau begitu meminati sains sejak usia kecil dan terus terserlah potensinya dalam lapangan itu tatkala meningkat remaja. 

Antara sifat yang seharusnya kita teladani daripadanya ialah sikap melakukan kerja dengan teliti dan sentiasa berhati-hati. Beliau tidak mudah berputus asa apabila menghadapi sesuatu permasalahan dalam kajiannya. 

Ternyata Ibnu Haitham begitu tebal dengan penghayatan bahawa sikap putus asa bukannya satu nilai hidup bagi seseorang yang yakin pertolongan Allah. Keyakinan yang penuh terhadap pertolongan Allah membuatkan jiwa Ibnu Haitham tidak lekas mengalah berdepan kesukaran. 

Malah memiliki daya juang yang utuh, beliau menekuni segala eksperimennya dengan gigih. Inilah ciri-ciri sebenar seorang cendekiawan mukmin yang seharusnya ditonjolkan. 

Ibnu Haitham pernah mengatakan, “Selagi aku masih bernyawa aku akan gunakan seluruh tenaga dan kekuatan untuk melakukan kegiatan ilmiah supaya dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada insan lain yang mencari kebenaran dan aku akan terus menggilap daya fikir dalam pemikiranku serta sebagai bekalan hari tua.” 

Jelas di sini Ibnu Haitham bukan seorang saintis biasa yang sekadar melakukan uji kaji dan penemuan ilmiah untuk mengangkat dirinya sebagai tokoh popular dalam ilmu pengetahuan, sebaliknya beliau ikhlas menghadiahkan sumbangan demi kebaikan ummah dan manusia seluruhnya.

Memang terbukti apa yang beliau hasratkan itu tercapai kini kerana karya dan ciptaannya masih dianggap sebagai perintis kepada pelbagai ilmu sains khususnya dalam bidang optik. 

Rasulullah SAW juga ada mengatakan ilmu yang bermanfaat dan dapat dirasai manfaatnya oleh orang lain adalah ‘saliran’ ganjaran pahala di akhirat nanti. Justeru, apa yang dilakukan oleh Ibnu Haitham itu tadi suatu contoh yang sewajarnya diteruskan saintis Muslim masa kini. 

Kita tidak boleh membiarkan catatan indah sejarah pencapaian saintis Muslim terdahulu hanya sebagai bahan koleksi untuk digalerikan saja. Cendekiawan Muslim perlu terus menghidupkan budaya melakukan kajian dan menghasilkan inovasi berimpak tinggi untuk dimanfaatkan manusia sejagat. 

Seorang lagi tokoh sains Muslim yang meninggalkan sumbangan besar terhadap dunia ilmu pengetahuan khususnya kepada umat Islam, ialah Badiuzaman Said Nursi, seorang Muslim berbangsa Kurdis. 

Antara sumbangan penuh makna beliau hingga kini diiktiraf sebagai pembangkit semangat motivasi buat cendekiawan Muslim terus menggarap kajian sains yang berpaksikan kepada kebenaran agama. 

Beliau seorang ulama yang sekali gus menjadi pemikir dengan langkah berani melakukan kajian mendalam terhadap pemahaman masyarakat terhadap penghayatan agama dan ilmu pengetahuan. 

Cetusan hatinya yang berkobar untuk menyelongkar segala ilmu dan membuat analisis terperinci timbul semasa beliau menatap satu paparan akhbar yang memetik ucapan kontroversi Menteri Tanah Jajahan British, William Ewart Glastone yang mengatakan: “Selagi al-Quran berada di tangan-tangan orang Islam, selagi itulah kita tidak akan mampu menguasai mereka. Oleh itu, kita mesti jauhkan al-Quran daripada mereka.” 

Kata-kata ini direnungi dengan mata hatinya lantas berbisik naluri untuk membuat sesuatu demi menyelamatkan ummah. Hasilnya, atas usaha penuh komitmen, beliau berjaya menghasilkan karya agungnya, Rasail an-Nur yang memperincikan mengenai keimanan dan kehidupan beragama. 

Karya itu turut terangkum sama segala paparan berkenaan kajian sains. Ini bermakna beliau mampu mengharmonikan sains dengan kehendak agama supaya tidak terpisah. Karyanya itu menjadi pencetus kepada Harun Yahya yang mengetengahkan karya sains tanpa memisahkan unsur agama. 

Jelaslah di sini bahawa cendekiawan perlu menjadikan kebestarian akal dan daya intelek mereka untuk mengangkat kemajuan ummah dan menjadikan usaha itu sebagai sumbangan sedekah amal jariah buat ummah dan manusia lain amnya.

Sumber - Berita Harian
Sedekah Cendekiawan Muslim Sedekah Cendekiawan Muslim Reviewed by Kreativ on 3:10:00 PTG Rating: 5

Berlapang Dada Terima Teguran

3:09:00 PTG

Golongan miliki sifat rendah diri lebih mudah dengar nasihat

Tegur menegur adalah amalan baik dan digalakkan agama. Namun, kaedah dan caranya yang perlu diberi perhatian supaya teguran tidak bertukar menjadi permusuhan yang berakhir dengan pertelingkahan. 

Apa yang berlaku kepada Saidina Umar Al-Khattab boleh dijadikan panduan. Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Saidina Umar dan khalifah dengan berlapang dada menerima teguran itu. 
Orang yang melihat keadaan itu berasa pelik dan hairan lalu bertanya kepada Khalifah: “Wahai Amirul Mukminin, kenapakah tuan menerima teguran dia, sedangkan dia peminum arak? Saidina Umar menjawab: Ya, dia berdosa kerana meminum arak tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.” 

Ada orang sensitif apabila ditegur tetapi ada juga yang berterima kasih kerana ada orang sudi memperbetulkan kesilapan. Oleh itu, seboleh-bolehnya apabila kita ingin menegur hendaklah mengelak daripada menegur secara menyindir dan sinis supaya pihak yang ditegur tidak terluka. 

Hakikatnya, ada yang tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu memiliki benih kesombongan dan keangkuhan. Biasanya manusia yang merendah diri dan mengakui kelemahan diri lebih mudah menerima teguran.

Allah berfirman: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah an-Nahl, ayat 125) 

Kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun teguran itu ada asas kebenarannya. Semua pihak hendaklah berlapang dada untuk menerima teguran hatta mereka ini tergolong dalam golongan ulama dan ilmuwan agama yang dihormati masyarakat. 
Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah SWT dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan).” (Riwayat al-Dailami) 

Hakikatnya, Islam memberi panduan jelas untuk memberi teguran dan sikap yang sepatutnya dipamerkan apabila ditegur. Kita tidak seharusnya melatah apatah lagi bertindak balas secara emosional hingga sanggup menyerang melalui kata-kata. 

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran iaitu pertama, tidak bersifat merendah-rendahkan seseorang yang ditegur. Kedua, mencari situasi yang sesuai dan ketiga, memahami kedudukan orang yang ditegur. 

Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik akhirnya menyebabkan hilang kawalan emosi boleh membawa kepada berlakunya pertikaman lidah. Jika tidak kena gaya, boleh mendorong ke arah bermasam muka dan tidak bertegur sapa. 

Begitu juga dengan pujian, elakkan daripada memuji terlebih. Imam al-Ghazali dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan kembali kepada orang yang dipuji. 

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus kepada dusta, memuji dengan berpura-pura dan menyatakan sesuatu untuk menggembirakan orang yang dipuji tanpa berniat membetulkan kesilapan dibuat. 

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong dan bangga diri, kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati. Keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah bekerja kuat untuk mencapai maksud serta tujuan. 

Apa juga yang kita lakukan berkaitan lidah, harus berhati-hati tidak kiralah sama ada ia teguran atau pujian kerana setiap yang diperkatakan akan dihitung di akhirat kelak.

Sumber - Berita Harian
Berlapang Dada Terima Teguran Berlapang Dada Terima Teguran Reviewed by Kreativ on 3:09:00 PTG Rating: 5

Jaga Adab Hadiri Majlis Nikah di Masjid

10:47:00 PTG

Minggu depan, cuti persekolahan akhir tahun akan bermula dan sudah pasti ramai ibu bapa merancang mengadakan walimatulurus anak masing-masing atau kenduri kahwin bagi meraikan pengantin baru. 

Menganjurkan walimatulurus adalah sunat muakkad (sunat dituntut) sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Kata Nabi kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau hendak berkahwin, "hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.” 
Tujuan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin baru selain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana mendapat menantu baru. 

Islam mensyariatkan nikah dan ia adalah sebahagian daripada hukum Allah SWT. Allah menjadikan manusia bagi melengkapkannya dengan naluri keinginan iaitu nafsu untuk berkelamin. Tidak hairanlah Rasulullah SAW melarang orang yang menolak atau mengabaikan perkahwinan seperti sabdanya; 

"Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia bukanlah daripada umatku, berkahwin adalah sunnahku, kerana itu sesiapa yang mengasihaniku, maka hendaklah dia mengikut sunnahku." (Riwayat Ahmad). 

Sebenarnya, terdapat hikmah besar melalui perkahwinan seperti ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud; 

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Allah menciptakan untuk kamu (kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (menimbulkan kesedaran) bagi mereka yang berfikir. (Al-Rum ayat 12). 
Ayat berkenaan memperlihatkan wujudnya ketenteraman jiwa daripada kehendak nafsu, kecintaan dan kasih sayang yang meruntun jiwa semula jadi manusia menjadi sempurna di dunia. 

Perkahwinan juga satu cara memperbaiki akhlak dan budi pekerti seperti ditegaskan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; Wahai pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu mendapatkan mahar, maka hendaklah kamu berkahwin kerana ia dapat memejamkan mata (memandang perempuan) dan dapat menjaga kesucian diri (dari zina) dan sesiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa, kerana puasa baginya adalah penjaga diri. 

Selain itu, perkahwinan juga dapat meluas dan membesarkan keluarga sekali gus membendung lelaki melakukan seks tersembunyi (onani) kerana boleh merosakkan kesihatan, fizikal dan mental atau jasmani dan rohani. 

Perkahwinan juga mengukuhkan politik yang bermaksud boleh bertambah rakyat dan kekuatan spiritual dan material. 

Islam menggariskan tata tertib dan adab yang wajar dipatuhi ketika majlis akad nikah, antaranya hendaklah diumum dan dimeriahkan dengan mengundang kaum kerabat, tetangga dan sahabat handai terdekat bagi menyaksikan majlis berkenaan. 

Majlis akad nikah sebaik-baiknya diadakan dalam masjid yang boleh disaksikan orang ramai, lebih lagi institusi itu adalah tempat curahan rahmat Allah dan benteng keimanan sekali gus mendapat keredaan Allah. 

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud; 

"Umumkanlah perkahwinan itu dan selenggaralah di masjid dan pukullah rebana." -(Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi). 

Jemputan disunatkan menyampaikan ucapan selamat serta mendoakan kesejahteraan mempelai (suami isteri) seperti yang diajar Rasulullah sebagaimana dialunkan penyanyi kelahiran Tripoli, Labenon yang dibesarkan di Sweden, Maher Zain, Baraka Allahu Lakuma. 

"Barakallahulaka, wabarakaalaika, wajama'a bainakuma pilkhair" 

Yang bermaksud: Semoga Allah memberkati anda, menjadikan hidup berkat, dan Allah menyatukan anda berdua dalam kebajikan. 

Dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita membezakan antara adat dan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syarak. 

Ketika masuk ke rumah Allah, tunaikanlah solat Tahiyatul Masjid dua rakaat. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud; 

"Apabila seseorang kamu ke dalam masjid, janganlah duduk sehingga dia solat dua rakaat." (Muttapaqun alai). 

Selain itu, jagalah kebersihan masjid, mengotorkan masjid hukumnya haram, tidak bersembang perkara di luar kesopanan, duduk berasingan antara pengiring pengantin lelaki dan perempuan manakala ibu bapa dan penjaga kanak-kanak mengawal anak masing-masing. 

Pengiring perempuan pula hendaklah memakai pakaian sopan sesuai sebagai tetamu Allah. Sewajarnya memakai pakaian menutup aurat manakala pengiring lelaki elakkan memakai seluar terkoyak di lutut atau sengaja dikoyakkan di samping memakai baju T yang tidak senonoh. 

Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib kecuali ada sesuatu keuzuran disebabkan sakit atau sebagainya. Rasulullah SAW bersabda, bermaksud; 

"Apabila kamu diundang untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu hadiri". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber - Berita Harian
Jaga Adab Hadiri Majlis Nikah di Masjid Jaga Adab Hadiri Majlis Nikah di Masjid Reviewed by Kreativ on 10:47:00 PTG Rating: 5

Kemelut Ajaran Sesat

10:45:00 PTG

Penggunaan istilah Arab, pengaruhi golongan berjiwa kosong 

Isu ajaran sesat bukanlah satu perkara asing dalam kamus kehidupan umat Islam. Ini kerana ia datang seiring kehidupan manusia. 
Namun, masih ada ramai kalangan umat Islam yang begitu mudah terjebak dengan fenomena ajaran sesat itu. Lebih membimbangkan apabila melihat 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di bumi Malaysia yang disenaraikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Meninjau realiti umat Islam dewasa ini, sebahagiannya belum memahami dan terkeliru hakikat sebenar unsur kesesatan dalam sesuatu ajaran sehingga berlaku tuduh menuduh di kalangan umat Islam hingga ke tahap mempertikaikan akidah dan pegangan masing-masing. 

Tetapi, apa yang paling menyedihkan ialah pendukung ajaran sesat berjaya pula mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk bersama-sama meneruskan kegiatan mereka. 

Lebih daripada itu, pendukung ajaran sesat sanggup menuduh dan melabelkan orang beriman yang tidak bersama mereka sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenarnya. 

Kemelut ajaran sesat ini boleh berlaku apabila kejahilan terhadap ajaran Islam sebenarnya masih lagi menunjangi ruang lingkup kehidupan umat Islam. 
Mereka jahil mengenai makna iman dan Islam sebenarnya yang menuntut kepatuhan penuh tulus lagi kudus semata-mata kepada Allah saja. Begitu juga mereka tidak arif mengenai batas iman dan Islam yang merapatkan mereka ke sempadan kesesatan dan kekufuran. 

Mereka tidak menyedari bahawa amalan khurafat dan ajaran sesat itu bertentangan dengan Islam dan seterusnya ia boleh menjerumuskan seseorang ke dalam kancah kesesatan serta kekufuran yang dilaknati Allah. 

Justeru, setiap Muslim diwajibkan oleh Islam supaya menimba ilmu Islam daripada sumber yang tulen iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah. 

Dalam hal ini, terserlah peranan ulama sebagai pewaris Nabi dalam menyebarkan ilmu Islam di kalangan masyarakat Islam di samping menggalas tugas penegak kebenaran dan pencegah kemungkaran seperti diperintahkan Allah. 

Tambahan pula ketiadaan maklumat terperinci dan garis panduan khusus berkenaan tarekat atau ajaran yang menyeleweng daripada Islam menyebabkan umat Islam masih terkeliru dan salah faham terhadap konsep bertarekat menurut Islam yang sebenarnya. 

Oleh sebab itu, hampir semua ciri dan ajaran yang disebarkan oleh sesuatu ajaran sesat berselindung di sebalik penggunaan istilah Arab yang boleh mengelirukan pengikutnya seperti ajaran Hakikat Insan, ajaran Nur Zaman, Imam Mahdi, Tarekat Naqsyabandiah, ajaran Taslim, wahdah al-wujud, al-fana’, kasyaf, ilmu laduni dan sebagainya. Penggunaan istilah ini mudah meyakinkan orang yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya mengenai Islam. 

Berpunca daripada kejahilan inilah yang menyebabkan berlakunya kekosongan jiwa dalam diri seseorang manusia. 

Kekosongan jiwa bermaksud jiwa seseorang itu kosong daripada nilai kerohanian dan agama yang terdahulu. 

Ini mungkin adalah akibat daripada penolakan masyarakat terhadap agama disebabkan oleh perasaan kagum dengan pencapaian sains dan teknologi. 

Mereka meyakini sains boleh mencapai segala apa yang mereka ingini. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah kegagalan sains dan teknologi dalam memenuhi tuntutan kerohanian manusia. Oleh kerana itu, jiwa manusia kosong dan meluap-luap cuba mencari erti hidup, maka terjadilah apa yang dikatakan sebagai ledakan kerohanian. 

Apabila kekosongan jiwa berlaku, maka seseorang itu akan cuba mencari apa saja untuk memenuhi jiwanya melalui dua cara yang ekstrem sama ada kepada ajaran yang dianggapnya keagamaan, pada hal ia adalah ajaran sesat atau keseronokan dan kegembiraan seperti mengambil dadah, arak atau muzik yang bersifat kekerasan. 

Fitrah manusia yang mahu beragama dan ingin mencari kebenaran menyebabkan ramai yang mudah terjebak dengan ajaran sesat. 

Setiap ajaran sesat mempunyai ciri-ciri dan daya tarikan yang mampu menimbulkan minat dan menggoda serta sukar ditolak oleh mereka yang menjadi sasarannya. 

Salah satu faktor yang menjadi daya tarik pada ajaran sesat itu ialah ciri mudah dan ringan yang ada padanya. 

Kebanyakan ajaran sesat muncul di Malaysia secara umumnya mengajarkan bahawa amalan berat yang mesti dilakukan di dalam ajaran Islam yang sebenar tidak perlu dilakukan iaitu sudah cukup dengan berniat saja. Dengan demikian, ajaran sesat itu melepaskan pengikutnya daripada tanggungjawab agama seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan haji. 

Kerahsiaan adalah antara ciri utama yang ada pada ajaran sesat. Dalam hal ini, apabila seorang pemimpin ajaran sesat berjaya menarik pengikut ke dalam ajarannya, maka pengikutnya itu akan diminta bersumpah setia tidak akan membocorkan rahsia ajaran dan kumpulannya kepada orang lain yang sekali gus. 

menyukarkan pihak berkuasa mengesan dan mencari bukti pergerakan mereka. 

Pada masa sama, kerajaan sewajarnya berganding bahu dengan ulama dalam menguatkuasakan undang-undang Islam bagi membanteras gejala ajaran sesat dan amalan khurafat ini. 

Setakat ini, hukuman yang dikenakan iaitu denda RM5,000, penjara tiga tahun dan enam kali sebat kepada pemimpin atau pengamal ajaran sesat kurang setimpal dengan kesalahan jenayah akidah yang amat serius. 

Justeru, hukuman lebih keras, di samping menggubal akta murtad amat perlu bagi membanteras gejala ajaran sesat yang semakin meruncing. Malah, enakmen antara negeri di Malaysia wajar diseragamkan bagi menghapuskan gejala ajaran sesat dari akar umbi lagi. 


Penulis ialah Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA

Sumber - Berita Harian
Kemelut Ajaran Sesat Kemelut Ajaran Sesat Reviewed by Kreativ on 10:45:00 PTG Rating: 5

Mantapkan Ilmu Sebelum Berdakwah

9:08:00 PG


Kita semua adalah pendakwah dengan cara, gaya dan kaedah sendiri, sekalipun hanya menyampaikan sebaris nasihat, sepatah kata ataupun segulung hujahan. Semua muslimin dan muslimat mesti terbabit dalam usaha dakwah Islamiah. 

Firman Allah SWT: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (seperti yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran, ayat 110) 
Dakwah perlu dilakukan oleh semua umat Islam. Justeru, menjadi kewajipan umat Islam untuk menuntut ilmu, memahaminya dan mengamalkan ilmu itu sebelum mengajar atau menyebarkannya. Itu adalah tuntutan dalam Islam. 

Pengetahuan luas 

Pengetahuan agama seperti ilmu al-Quran dan as-Sunnah, akidah, syariat, akhlak, sejarah dan sirah juga pendedahan ilmu dakwah (termasuk aliran pemikiran semasa yang menjadi penghalang kepada proses dakwah) diperlukan oleh pendakwah. 

Selain pengetahuan, perlu juga pembentukan sahsiah yang teguh dan keperibadian kental bagi menghadapi cabaran berbentuk hujahan, polemik dan perdebatan menyentuh ilmu, fakta serta cabaran moral. 

Ada yang boleh berhadapan dengan cabaran ilmu tetapi tidak mampu berdepan cabaran moral. Dakwah hari ini boleh dilakukan secara lisan, tulisan, melalui internet, laman sosial, emel, media cetak serta elektronik. 
Namun, cara dakwah yang paling unggul adalah melalui percakapan, perlakuan dan akhlak yang berhemah berdasarkan ‘uswah hasanah’ seperti yang ditonjolkan Nabi SAW ketika menyeru kaum jahiliah kira-kira 1,400 tahun lalu. 

Tiga cara berdakwah 

Ada tiga cara berdakwah merangkumi hikmah kebijaksanaan, penyampaian nasihat dan kaedah berbahas mengikut kesesuaian sesuatu keadaan. Hikmah kebijaksanaan memerlukan mereka yang punyai ilmu mantap, jiwa halus, fahaman menyeluruh serta dapat menyelami jiwa dan pemikiran orang. 

Penyampaian nasihat secara berhemah pula mampu dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai bahasa beradab. Kata-katanya dapat merangsangkan, menggembirakan dan juga menakutkan pendengar melalui gambaran serta penjelasan mengenai sesuatu perkara. 

Kaedah berbahas pula perlu digalas oleh mereka yang menguasai ilmu yang mantap, fahaman jitu dan pertuturan teratur supaya dapat memberi hujahan tajam menusuk akal dan kalbu. 

Ketiga-tiga cara ini mesti digunakan pendakwah untuk menangkis tuduhan dan kecaman kaum munafik melalui penjelasan terperinci bagi kefahaman umat Islam dan bukan Islam. Ia juga bertujuan memperbetulkan tanggapan, pandangan ataupun amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam. 

Kemunculan fenomena baru seperti ajaran sesat, perbuatan bidaah adalah pembaharuan fikiran berlandaskan akal dan logika yang terbatas dipelopori oleh kaum munafik bagi menguasai minda serta jasad mereka yang lemah imannya. 

Semua penjelasan mengenai perkara duniawi dan ukhrawi sudah diberikan Allah SWT dalam risalahNya. Jika umat Islam tidak memahami risalahNya dan tidak mengamalkan ajaranNya sebaik-baiknya, mereka boleh diperalatkan oleh anasir Barat melalui propaganda mereka. 

Provokasi melampau 

Provokasi yang dilakukan mereka bertujuan membuat umat Islam hilang pertimbangan dan memberontak di jalanan lantas menjerumuskan mereka ke kancah syaitan dengan perlakuan tidak terkawal. Lantas mudah kaum munafik menggelar umat Islam sebagai ekstremis. 

Hanya melalui kefahaman menyeluruh mengenai cabaran sengit yang mendepani Islam dan umatnya, barulah umat Islam boleh menghindar diri daripada dipengaruhi oleh dakyah Barat. 

Inilah pentingnya peranan dakwah Islamiah dalam menyatupadukan umat Islam dan menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT ini.
Mantapkan Ilmu Sebelum Berdakwah Mantapkan Ilmu Sebelum Berdakwah Reviewed by Kreativ on 9:08:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.