7 Sebab Anda Perlu Berhenti Fikir Pelik-Pelik Dalam Perhubungan


Perasaan takut si dia cari lain? takut si dia putuskan hubungan? takut si dia tak terima kekurangan kita? takut dengan masa silam? semuanya adalah sebab terlebih fikir.

Sila ikuti kisah berikutnya


1. Penyebab bermulanya pergaduhan

Macam mana tak gaduh, baru lambat angkat call dah fikir si dia tak beri perhatian? tak peduli? kadang-kadang ada orang dia penat benda2 mcm ni, jadi cuba elakkan.



2. Sentiasa Berasa Tidak Selamat

Fikir pelik2 boleh buat anda jadi risau je manjang. Setiap kali apa yang dia buat untuk anda asyik nak tanya kenapa je. Perlahan-lahan akan merubah anda kepada pasangan yang tak ideal, sampaikan nak kena follow senyap2, pakai apa pun nak kena bgtau jugak


3. Cinta Pudar

Banyak sangat fikir negatif, boleh buat cinta jadi pudar, sibuk persoalkan sebab si dia jatuh cinta. Jika anda dah macam ni, anda telah terlupa sesuatu yang penting, hakikat si dia sayang anda.


4. Kepercayaan Dalam Hubungan Berkurangan

Kepercayaan menjadi pintu kegembiraan dalam hubungan. Jika anda teruk sangat fikir pelik2, kepercayaan tidak lagi menjadi satu keutamaan. Eh, kepercayaan ni penting yer, antara kunci untuk membina hubungan yang baik, fikir teruk sangat akan buat hubungan anda lemah


5. Terlupa Nak Hargai

Dalam kepala selalu nak cari salah je, dia datang bagi coklat, fikir si dia mesti nak bagi alasan men futsal la tu, nak men game la tu, tak nak teman la tu, padahal dia bagi memang sebab anda suka coklat. Lupa nak cakap terima kasih sebab fikir bukan2.


6. Akan Sedih Tanpa Sebab

Fikir pelik2 boleh buat anda tak happy dalam hubungan. Anda akan menjadi seorang yang senang sedih dan sentiasa merisaukan masa depan hubungan anda. Dan akhirnya anda akan lagi stress daripada anda takde pasangan.


7. Buat Pasangan Jadi Tak Bahagia

Jika asyik fikir pelik pusing2 dalam kepala, tunggu je la nak meletup. Bila jumpa ada salah sikit, perang bagai nak rak, padahal, benda kecik je. So bila dah perang, keluarlah semua benda yang anda fikir, anda sendiri yang buat benda tu terjadi.

Jadi inilah sebab kenapa anda kena berhenti fikir pelik2 dalam hubungan. Jatuh cinta adalah perasaan yang sangat indah. Jadi, cepat2lah buang fikir pelik2 tu dan enjoy lah moment anda bersama si dia.

Semoga artikel ini serba sedikit membantu dan share lah untuk manfaat kita bersama, terima kasih.
7 Sebab Anda Perlu Berhenti Fikir Pelik-Pelik Dalam Perhubungan 7 Sebab Anda Perlu Berhenti Fikir Pelik-Pelik Dalam Perhubungan Reviewed by Kreativ on 10:10:00 PTG Rating: 5

1 ulasan:

  1. Terima kasih infonya, Dan jangan lupa selalu gunakan Makeup untuk kecantikan wajah.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.