Jackie Chan Dapat Anugerah Paling Bersejarah - Dato' Jackie Chan



KUALA LUMPUR – Pelakon Hong Kong yang juga bintang popular Hollywood, Jackie Chan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam.

Beliau merupakan salah seorang daripada 356 individu yang menerima pelbagai darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Selain beliau, penceramah agama terkenal, Mohd. Kazim Elias atau Ustaz Kazim turut menerima gelaran Datuk manakala Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Datuk Nelson Kwok Teng Toong, menerima Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hadir dengan memakai sut hitam dan lengkap bersongkok, Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang, 61, kelihatan pandai menyesuaikan diri pada majlis berkenaan malah tidak kekok untuk bermesra dengan penerima anugerah yang lain.

Bagi Mohd. Kazim, 43, Jackie seorang yang mudah mesra dan tidak sombong.

“Pada majlis pagi tadi (semalam), saya duduk bersebelahan beliau dan saya menegurnya dahulu sambil me­ngucapkan tahniah kerana mendapat anugerah tersebut. Kami duduk dari pukul 8.45 hingga 10.30 pagi dan ba­nyak perkara yang dibualkan.
Jackie Chan Dapat Anugerah Paling Bersejarah - Dato' Jackie Chan Jackie Chan Dapat Anugerah Paling Bersejarah - Dato' Jackie Chan Reviewed by Kreativ on 10:18:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.