Rumah Musnah



Kota Bharu: “Kedua-dua cucu saya menangis malam selepas kejadian itu kerana buku dan pakaian sekolah mereka hangus,” kata Rakiah Abdullah, 56, nenek kepada dua mangsa kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Paloh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, tiga keluarga termasuk keluarga Rakiah tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu musnah ditelan api.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Rakiah berkata, dua cucunya, Nor Nabilah Hidayah Adnan, 15, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab Satu dan Nur Imanina Maisarah Adnan, 10, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar, tidak dapat menahan kesedihan apabila tidak dapat menyelamatkan peralatan sekolah mereka.

“Ibunya memperuntukkan lebih RM500 untuk membeli buku dan pakaian anak mereka.
Rumah Musnah Rumah Musnah Reviewed by Kreativ on 1:52:00 PTG Rating: 5

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.