Real Madrid Maju Ke Semifinal

Real Madrid Maju Ke Semifinal

Real Madrid maju ke semifinal Copa del Rey 2012/13 dengan menyingkirkan Valencia. Menang 2-0 pada pusingan pertama, Madrid seri 1-1 di tempat lawan Valencia pada pusingan kedua. Di Mestalla, Madrid bermain sembilan orang setelah Fabio Coentrao dan Angel Di Maria dikenakan kad merah. Cedera jari penjaga gol dan kapten Madrid Iker Casillas juga menjadi salah satu cerita di tengah perlawanan. Los Blancos kini hanya tinggal menunggu Barcelona atau Malaga sebagai pihak lawan.


Suku akhir perlawanan antara Valencia Madrid, Khamis (24/1), menghasilkan hanya dua gol, tetapi agak banyak kad dilayangkan. Jose Mourinho mengetuai pasukan terlebih dahulu melalui Karim Benzema pada minit ke-44 sebelum Tino Costa menyamakan kedudukan pada minit ke 52. Petahanan Los Che mendapat lima kad kuning, manakala Madrid empat kuning dan dua merah.

Hanya 17 minit berjalan permainan, Casillas terpaksa digantikan oleh Antonio Adan selepas kecederaan jarinya disebabkan sengaja dipukul rakan sendiri, Alvaro Arbeloa.


Coentrao adalah pemain Madrid yang pertama dikeluarkan. Pertahanan Portugal itu dikenakan kad merah setelah menerima dua kad kuning di masa kedua. Kad kuning yang pertama dapat sebelum waktu rehat, beberapa minit setelah Benzema membolos gawang Valencia, dan yang kedua pada minit 51 akibat dianggap sengaja menahan bola dengan tangan.

Ironis bagi Madrid, tidak lama setelah Coentrao diusir dari Arena, Valencia menyamakan kedudukan dengan tendangan bebas Tino Costa.

Baik Valencia mahupun Madrid kemudian sama-sama berusaha mencari gol kedua, tapi tidak kesampaian. Justeru Madrid yang mendapatkan kad merah kedua, iaitu untuk Di Maria akibat menarik kaki Joao Pereira pada menit 88.

Skor 1-1 tidak berubah hingga masa tambahan, dan sembilan pemain Madrid pun berjaya maju ke semifinal untuk menghadapi salah satu dari Malaga atau lawan abadi, Barcelona.

Real Madrid Maju Ke Semifinal Real Madrid Maju Ke Semifinal Reviewed by Kreativ on 7:58:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.