Perkahwinan Orang Tua dan Gadis Arab Saudi Dibubarkan Dalam Masa Dua Hari

Perkawinan Orang Tua dan Gadis Arab Saudi

Kes kahwin paksa antara gadis 15 tahun dengan lelaki tua yang berusia 90 tahun terjadi di Ibu Kota Jazan, Provinsi Jizan, sebelah selatan Arab Saudi, akhirnya selesai dengan penceraian. Pernikahan itu baru sahaja berlangsung selama dua hari.

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Khamis (10/1), Ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Saudi (SHRC) Bandar al-Ayban kelmarin menyatakan perceraian itu dapat terjadi setelah pihaknya mengangkat kes kahwin paksa itu. Dia menyebut SHRC juga telah menyediakan penasihat hukum buat gadis itu agar dia dapat bercerai.

Anggota SHRC lainnya, Hadi al-Yami, mengatakan gadis itu telah menyatakan penolakannya di atas perkawinan itu. Dia menyebut SHRC juga akan mencuba bekerjasama dengan Kementerian Kehakiman dan Kesihatan Saudi agar dapat mencegah bentuk perkawinan seperti itu.

Perceraian ini telah diumumkan setelah ketua bahagian wilayah dan tokoh masyarakat setempat menangani masalah ini. SHRC telah menekan pemerintah Saudi agar dapat menerbitkan peraturan batas minimum perkawinan iaitu 16 tahun.

Surat khabar Al-Hayat menulis, gadis belia itu sempat mengunci pintu bilik dari dalam saat malam pertama. Remaja itu akhirnya melarikan diri dari rumah suaminya itu dan kembali ke rumah orang tuanya.

Perempuan muda itu dilaporkan terpaksa menikah setelah orang tuanya sepakat dengan lelaki tua itu untuk menukar anak gadisnya dengan mas kahwin RM 50 ribu.

Kempen hak asasi manusia Saudi, Suhaila al-Hammad, mengatakan perkahwinan dalam Islam harus didasarkan pada persetujuan di antara kedua pihak. Dia menyebut tindakan gadis itu saat mengunci bilik menunjukkan pengantin perempuan tidak setuju dengan perkawinan itu.

Dia mengatakan orang tua gadis itu juga harus bertanggungjawab lantaran telah mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki tua disebut sebagai Datuk. "Pemerintah Saudi seharusnya membuat aturan batas minimum pernikahan iaitu 18 tahun."

Psikologi asal Saudi, Jamal al-Toueiki, mengatakan kahwin paksa hanya akan membuat pihak perempuan menjadi mangsa penyeksaan dan kekerasan. Menurut dia, kes seperti ini akan menuntut banyak perempuan ingin melakukan bunuh diri jika tidak ada yang menyelamatkannya.
Perkahwinan Orang Tua dan Gadis Arab Saudi Dibubarkan Dalam Masa Dua Hari Perkahwinan Orang Tua dan Gadis Arab Saudi Dibubarkan Dalam Masa Dua Hari Reviewed by Kreativ on 4:38:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.