Petugas pengawal penjara di Kota Arapiraca, 250 km barat daya Recife, negara bahagian Alagoas, Brazil menangkap dan menahan penyusup yang mencuba menyeludup sejumlah barang untuk tahanan penjara: seekor kucing!
Kucing dengan warna dominan putih itu ditangkap ketika melintasi gerbang utama penjara. Sejumlah barang diikatkan di tubuh haiwan malang itu dengan tali tape.
Ada screw dirver, memory card, bateri, telefon genggam, charger, dan earphone. Atas perbuatannya itu, si kucing dibawa ke pusat penyakit haiwan tempatan.
Juru bicara penjara yang dihuni 263 tahanan itu mengatakan, pihaknya belum mengetahui siapa sebenarnya ketua di balik penyeludupan itu.
"Susah untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas perkara ini. Kerana kucing tak boleh berbicara," katanya kepada media tempatan Estado de S. Paulo, seperti dinyatakan BBC, Minggu ini (6/1/2013).
Petugas mengatakan, barang-barang yang dicuba untuk diseludup kucing itu boleh digunakan sebagai peralatan melarikan diri atau berkomunikasi dengan penjenayah lain yang berkeliaran di luar penjara.
Insiden tersebut terjadi pada tahun baru, namun gambarnya baru dikeluarkan kebelakangan ini.
Pelik! Kucing Ditahan Oleh Pihak Penjara
Reviewed by Kreativ
on
7:23:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: