Bunga api meletup dekat London Eye ketika
sambutan Tahun Baru di tengah London.
413 cedera sambut 2013
Manila: Seramai 413 orang cedera kena percikan bunga api dan tembakan ketika menyambut Tahun Baru 2013 di Filipina, kelmarin.
Angka itu adalah penurunan 17 peratus daripada bilangan setahun lalu tetapi masih tinggi, menjadikan sambutan Tahun Baru di sini antara yang paling ganas di Asia.
Angka itu didedahkan oleh Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona, termasuk kes seorang kanak-kanak kena tembakan peluru sesat penembak tidak dikenali di bandar Caloocan, Manila.
Kanak-kanak 7 tahun tenat
Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu berada dalam keadaan tenat.
“Peluru itu masih ada dalam kepalanya. Sukar untuknya diselamatkan,” kata Ona dalam sidang akhbar.
Polis berkata, seorang lagi kanak-kanak secara tidak sengaja kena tembakan ketika sambutan di bandar Mandaluyong, juga di Manila.
Tetapi, pegawai kesihatan belum menerima laporannya dan tidak memasukkannya dalam senarai kes kematian.
Ona berkata, penurunan 17 peratus dari segi kecederaan kena tembakan dan percikan bunga api ‘masih tidak cukup.’
Sebagai contoh, katanya, seorang lelaki putus tangan percikan bunga api diberi nama ‘Goodbye Philippines‘ manakala lapan lagi kena tembakan ketika sambutan Tahun Baru berlangsung.
Ramai penduduk Filipina yang terpengaruh dengan tradisi orang Cina, bahawa sambutan Tahun Baru boleh menghalau hantu dan membawa tuah.
Sementara itu, di ABIDJAN, sekurang-kurangnya 61 orang terbunuh awal semalam kerana dipijak selepas suasana panik meletus ketika pertunjukan bunga api berlangsung di kota perniagaan ini di Ivory Coast.
Seorang pekerja penyelamat berkata, ramai lagi cedera di daerah Plateau ketika majlis tamat pada 4 pagi waktu tempatan.
Katanya, beribu-ribu orang berhimpun di stadium Houphouet Boigny untuk melihat pertunjukan bunga api apabila ramai yang menyerbu masuk hingga memijak orang lain.
Pekerja mula membersihkan kawasan di Times Square
selepas sambutan Tahun Baru selesai.
Seorang lelaki cedera di mata akibat terkena mercun dibawa
ke pusat rawatan Jose Reyes Memorial di Manila.
Ngeri! Cedera Parah Ketika Menyambut New Year 2013
Reviewed by Kreativ
on
6:55:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: