Meregalli Yakin Spies lebih Berjaya di Ducati

Ben Spies 


Istirehat yang lama mampu membuat Ben Spies kembali memulihkan pertunjukkan dan semangat, demikian pendapat bekas pengurus pasukan Yamaha Factory Racing dari pihak Spies, Massimo Meregalli.

Spies yang kini menjadi rasmi pembela Pramac Ducati, memang mendapatkan kesempatan istirehat yang lebih lama dari pelumba lain. Ini kerana cedera bahu akibat kecelakaan hebat yang di alami di MotoGP Malaysia tahun lalu.

Musim lalu, pelumba Amerika Syarikat tersebut kerap gagal untuk menamatkan perlumbaan dan mengalami insiden tidak menarik bersama Yamaha. Ia bahkan tidak mampu meraih satupun trofi.

Meskipun begitu, Meregalli tetap mendukung Spies untuk menunjukkan potensi yang sesungguhnya bersama pasukan satelit Ducati. Meregalli sendiri merupakan pengurus pasukan Yamaha ketika Spies masih berlumba di World Superbike 2009.

"Saya yakin istirehat panjang membuatnya boleh menghapuskan nasib buruknya. Ia pelumba yang kuat dan tidak pernah menyerah. Saya masih percaya, bersama pasukan baru, ia boleh meraih hasil yang tidak boleh kami raih bersama," ujar Meregalli.

Akibat cedera pula, Spies yang merupakan juara WSBK 2009 belum sempat mencuba motor Ducati Desmosedici GP13. Ia dijadualkan menjalani pertunjukkan pertama di atas motor tersebut dalam uji cuba pramusim di Litar Sepang, Malaysia 5-7 Februari mendatang.
Meregalli Yakin Spies lebih Berjaya di Ducati Meregalli Yakin Spies lebih Berjaya di Ducati Reviewed by Kreativ on 8:49:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.