Honda: 2013 Peluang Terakhir Pedrosa Rebut Gelaran



Dani Pedrosa tidak akan pernah boleh meraih gelaran dunia MotoGP jika gagal meraihnya tahun ini, demikian pendapat pimpinan Departmen Pelumba Honda (HRC), Shuhei Nakamoto.

Tambah Nakamoto lagi, berdasarkan prestasi musim 2012, pelumba Repsol Honda itu boleh berjaya  merebut gelaran musim ini. Jika berjaya, Nakamoto yakin Pedrosa boleh mengumpul gelaran-gelaran selanjutnya.

"Saya rasa jika ia gagal meraih gelaran dunia musim ini, mungkin ia tidak akan pernah mendapatkannya. Namun jika berhasil, mungkin ia boleh menjadi juara dunia beberapa kali," ujarnya. "Ia telah mengalahkan saingan besar, mampu mempertahankan kelajuannya dan menang dalam keadaan yang basah, yang sebelumnya merupakan titik kelemahannya. Tidak perlu diragukan lagi, Dani telah mengalami banyak peningkatan."

Tahun lalu, Pedrosa kelihatan semakin kuat ketika MotoGP memasuki separuh musim kedua , terutama pada saat mengalahkan Jorge Lorenzo di Ceko.

"Di GP Ceko, ia menjalani pertarungan sengit dengan Jorge, mereka saling memotong hingga akhirnya Dani memenangi perlumbaan tersebut. Saya rasa dia tidak pernah berlumba seperti itu sejak masih bersaing di GP125," lanjutnya."

Nakamoto pun berpendapat bahawa perubahan yang dilakukan Honda pada pertengahan musim lalu telah membuat Pedrosa mengalami transformasi yang lebih baik.

"Pada separuh musim pertama, kami mengalami kesulitan dengan motor setelah adanya aturan berat motor terbaru dan penggantian spesifikasi yang diharamkan. Namun setelah kami memperkenalkan motor baru, Dani tampil semakin baik," tambahnya. "Saya yakin ia boleh meraih gelaran musim ini. Saya tidak boleh  membayangkan jika ia tidak berada di podium," tutup kata dari Nakamoto.
Honda: 2013 Peluang Terakhir Pedrosa Rebut Gelaran Honda: 2013 Peluang Terakhir Pedrosa Rebut Gelaran Reviewed by Kreativ on 11:23:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.