Tahukah Anda Berapa Hari Sahaja Anda Sihat Dalam Setahun?

Berapa hari anda sihat dalam setahun?

Kajian terbaru pada masyarakat dari luar negara menunjukkan bahawa rata-rata seseorang hanya merasa 100 peratus sihat hanya selama 61 hari dalam setahun. Hari-hari lainnya mereka akan mengalami penyakit ringan seperti deman, influenza, batuk, atau keadaan tidak sihat yang lain seperti sengal-sengal dan lainnya.

Hasil tersebut ditemui melalui kajian terhadap 2.000 orang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa selama 10 bulan dalam setahun kebanyakan orang bekerja dan bergiat dengan kesihatan di bawah 100 peratus. Sementara mereka merasa benar-benar sihat hanya selama dua bulan.

"Sangat mengejutkan mengetahui bahawa dalam setahun seseorang hanya merasa sangat sihat dalam waktu 61 hari," kata pengarah Spire Bristol Hospital.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa rata-rata orang mengalami beberapa gangguan kesihatan dalam setahun, meliputi batuk, selsema, sakit kerongkong, serangan virus, dan lainnya yang membuat mereka merasa sihat hanya dalam dua bulan dalam setahun.

Berikut adalah penyakit yang dialami kebanyakan orang selama setahun, seperti dinyatakan oleh Daily Mail (22/01).

1. Kaki kejang sebanyak 5 kali

2. Pengsan sebanyak 1 kali

3. Otot tegang sebanyak 2 kali

4. Kerongkon gatal sebanyak 5 kali

5. Hidung berdarah sebanyak 1 kali

6. Sakit telinga sebanyak 1 kali

7. Jangkitan mata sebanyak 1 kali

8. Gatal-gatal sebanyak 2 kali

9. Sakit gigi sebanyak 2 kali

10. Kehilangan suara sebanyak 1 kali

11. Demam sebanyak 4 kali

12. Guam sebanyak 2 kali

13. Selsema sebanyak 1 kali

Kajian menjelaskan bahawa tidak ramai orang yang mengetahui bahawa mereka sedang tidak sihat kerana mengabaikan beberapa gejala kecil dari penyakit. Itulah kenapa penemuan bahawa seseorang hanya merasa sehat 100 persen selama 61 hari dalam setahun cukup mengejutkan.

Ini hanyalah kajian, sesungguhnya sihat dan sakit semuanya datang dari Allah, ia merupakan ujian terhadapnya hambanya supaya sentiasa mengingatinya kerana ramai juga manusia hanya teringatkan Allah apabila ia sakit. Kepada yang lelaki, jangan lupa solat jumaat hari ini. 
Tahukah Anda Berapa Hari Sahaja Anda Sihat Dalam Setahun? Tahukah Anda Berapa Hari Sahaja Anda Sihat Dalam Setahun? Reviewed by Kreativ on 7:21:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.