Berlakon Solat



Ada hadas, sengaja solat, haram. Tak sengaja tak haram, solat semua tak sah, sengaja atau tidak.

Kita ingat ada wuduk lagi, padahal dah terkentut tadi, kita solat isya', tidak berdosa, solat isya' nya tidak sah,  kerana dia tak ingat sampai kiamat, dia juga tidak berdosa, dia juga tidak akan di azab di akhirat kerana meninggalkan solat isya' padahal dia solat isya' dalam keadaan tidak sah kerana dia tidak sedar dia telah batal, bukan disengajakan.

Tetapi jika tahu sudah terkentut, sengaja solat, hukumnya haram. Apablia sudah kentut jangan teruskan solat. Ambil wuduk semula.

Tadi hal sebelum solat, sekarang tentang ketika dalam solat, kentut batal solat atau teringat belum ambil wuduk atau teringat belum mandi wajib haram kita sambung bersolat. 

Walaupun kamu adalah Imam, terkentut, kena keluar ambil wuduk semula.

Berlakon solat adalah haram sekiranya pelakon itu disuruh duduk tahiyat akhir terus, lepas tu pengarah kata "action"...."cut". Haram kerana bermain-main. Bagaimana mahu berlakon untuk solat. Kena solat betul-betul dari awal hingga akhir. Yang ini boleh kata ulamak.

Jika digunakan untuk belajar, boleh, ia tidak dipanggil berlakon, itu dipanggil mengajar, apabila mengajar, lesen besar terus. Boleh.
Berlakon Solat Berlakon Solat Reviewed by Kreativ on 3:48:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.