Rahsia Kehidupan

7:46:00 PTG
RAHSIA KEHIDUPAN..

Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri.

Inilah rahsia kehidupan yang tersembunyi bagi ramai orang.

Bukan kerana mereka tidak melihat kebenaran ini, tapi mereka tidak mempercayainya.

Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.

Αda perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.

Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.

Lelaki itu bertanya,

"Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"

Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui".

Dgn nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"

Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meski saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan org lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu utk diri kita sendiri.

Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang inginkan kesejahteraan, ketenangan dan hidup bahagia.

Pun begitu, rahsia kehidupan ini tidak bernilai bagi orang-orang yang ego, kedekut dan melakukan sesuatu berdasarkan hanya untuk keuntungan dan kepentingan dirinya sendiri. Jauh sekali bagi orang memberi pertolongan dan melakukan kebaikan dgn tujuan mendapatkan penghormatan dan pujian..

Senyumlah walaupun senyuman kita itu tidak dihargai...
Rahsia Kehidupan Rahsia Kehidupan Reviewed by Kreativ on 7:46:00 PTG Rating: 5

SINAR HARIAN JANGAN JADI PENYEBAR BERITA FITNAH

7:46:00 PTG
Kenyataan Media Setiausaha Akhbar Presiden PAS

SINAR HARIAN JANGAN JADI PENYEBAR BERITA FITNAH

Saya telah menghubungi Ketua Wartawan Sinar Harian, Muhammad Shamsul Abd Ghani bagi menyatakan kekesalan Presiden PAS terhadap berita Sinar Harian Online pada 25 Mac 2018, semalam dan Sinar Harian Cetak pada 26 Mac 2018 yang bertajuk “PAS AMBIL PENDEKATAN BERKECUALI ISU 1MDB” yang disifatkan sebagai berita fitnah dan palsu dengan niat untuk memburukkan imej dan persepsi awam terhadap Presiden PAS.

PAS mendesak pihak Sinar Harian segera memohon maaf secara terbuka dengan syarat disiarkan dalam Sinar Harian Online dan dipaparkan di muka hadapan Sinar Harian Cetak.

Berita fitnah ini sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali;

1. PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB
2. PAS ambil pendekatan ‘berkecuali’ isu 1MDB
3. 1MDB: Jangan terus hukum

Malahan pihak Sinar Harian juga menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada Muhammad Faiz Sulong kepada wartawan Sinar Harian sahaja tanpa nama yang bertanggungjawab.

Inilah strategi yang biasanya digunakan oleh portal Pro PH seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail yang menerbitkan tajuk berita pertama berunsur fitnah kemudiannya ia ditukar dengan tajuk lain tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Sepatutnya Sinar Harian tidak terikut dengan budaya media jahat seperti itu.

Orang ramai mudah mempercayai berita pertama yang berunsur fitnah lalu ianya melekat dalam minda mereka sehingga ramai kalangan penyokong Pakatan Harapan mengutuk dan menghentam Presiden PAS berasaskan berita pertama yang disengajakan dan strategi permainan media untuk meraih pelawat ke portal mereka.

Hakikatnya Presiden PAS menjawab soalan daripada bekas Ketua Wira Perkasa Malaysia dalam Program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera (DIALOGS 2018) di Hotel De Palma, Shah Alam semalam, mengenai strategi dan tindakan PAS atau Gagasan Sejahtera dalam skandal 1MDB bila berada dalam kerajaan nanti untuk memastikan orang-orang yang terlibat dalam 1MDB tidak terlepas?

Transkrip penuh jawapan Presiden PAS adalah seperti berikut:

“Dalam masalah 1MDB ada soalan tadi. 1MDB ini kita mesti bertindak berdasarkan sistem kehakiman yang adil, mestilah melihat saksi yang adil. Yang adil dalam Islam ini bukan sahaja beriman, termasuk yang tidak mengerjakan dosa besar, yang tidak terus menerus mengerjakan dosa kecil, yang tidak rendah maruahnya, orang yang tidak ada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku pada hari ini ialah saksi media. Media pula media sosial. Kita tidak kenal siapa buat media sosial ini. Maka terdedah kepada fitnah, oleh sebab itu mestilah dikendalikan dengan seadil-adilnya. Bukan sahaja 1MDB, termasuklah Forex, termasuklah Skyhawk, termasuklah BMF, termasuklah Tabung Haji, KWSP.

Apa yang berlaku ini kita membawa budaya Melayu mudah lupa. Bila bawa 1MDB, yang dulu kita lupa semua. Kita tidak lupa. Semua kita tak lupa. Oleh sebab itu kita mesti kendalikan, mereka yang salah mesti dihukum. Tetapi dihukum itu mesti dilihat, bukan sahaja kesalahan dia, termasuklah jasa-jasa dia. Dalam Islam kita nak hukum orang bukan hukum salah dia sahaja, kalau dia ada jasa dia, dia baik juga mesti diambil kira, jasa dia, dan ditolak campur dengan jasa dia dengan kejahatan. Ini pendekatan yang diambil oleh Islam. Bukan kita nak hukum (sahaja).

Kita tak bawa budaya kalau orang ternak ayam, tengok ayam dia berminat sembelih, sembelih, akhirnya habis ayam, licin. Bukan budaya itu. Budaya kita mestilah dengan cara yang konsisten, dengan cara yang baik, kita menilai seadil-adilnya, bukan sahaja kejahatan orang termasuklah kebaikan dia. Bukan bermakna kita membela orang yang jahat, tidak. Tapi kita mahu dikendalikan dengan seadil-adilnya. Dan kita kena sedar bahawa konsep kehakiman dalam Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah, dia baru dituduh, dianggap tidak bersalah. Apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja terus hukum bersalah. Ini satu pendekatan yang tidak betul, oleh sebab itulah kita tidak melampaui batas dalam masalah menyebarkan fitnah. Dan mengikut ajaran Islam, kalau perkara fitnah itu betul-betul berlaku pun, kita mesti cari jalan untuk memurnikan dan membersihkan keadaan, supaya tidak berlaku tindakan bersifat ketidaklanjuran.”

Jelaslah bahawa dalam jawapan Presiden PAS tidak ada sepatah pun perkataan “berkecuali” dan ianya satu fitnah melampau direkayasa oleh Sinar Harian.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS

Bertarikh: 9 Rejab 1439 / 26 Mac 2018

-admin-
SINAR HARIAN JANGAN JADI PENYEBAR BERITA FITNAH SINAR HARIAN JANGAN JADI PENYEBAR BERITA FITNAH Reviewed by Kreativ on 7:46:00 PTG Rating: 5

Setiap Orang Memiliki Kesempatan Yang Sama Untuk Berubah Menjadi Lebih Baik

7:44:00 PTG
_Siraman Rohani*

Tidak ada
"orang baik"
yang tidak punya
masa lalu,
Dan tidak ada
"orang  jahat"
yang tidak punya
masa depan.

Setiap orang memiliki
kesempatan
yang sama untuk
berubah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun masa lalunya dahulu,
sekelam apa lingkungannya dulu,
dan seburuk apa perangainya di masa lampau.

Berilah kesempatan seseorang untuk
berubah.

Karena,
"seseorang yang hampir membunuh Rasul pun"
kini berbaring di sebelah makam beliau. :
Umar bin Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya..
"Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun"
akhirnya menjadi pedang-nya
Allah :
Khalid bin Walid

Jangan memandang seseorang dari
status
dan
hartanya,
karena
sepatu emas fir'aun berada di neraka,
sedangkan
terompah Bilal bin rabah terdengar di syurga.

Intinya,

Jangan memandang
remeh
seseorang karena
masa lalu
dan
lingkungannya,
karena
bunga teratai
tetap
mekar cantik
meski tinggal di air yang kotor.

Maka untuk jadi
hebat
yang diperlukan adalah
kuatnya tekad.

Tak perlu pusingkan masa lalu,
tak perlu malu dengan tempat asalmu,
jika kau mau.

Kau bisa menjadi laksana
bunga teratai
yang tinggal di air yang kotor namun tetap
mekar mengagumkan.

Berubah
dan
bangkit
jauh lebih
indah
dari pada
diam
dan hanya
bermimpi
tanpa melakukan tindakan apapun.

INGATLAH!!!

Jika semua yang kita
kehendaki
terus kita
miliki,
dari mana kita belajar Ikhlas...?

Jika semua yang kita
impikan
segera
terwujud,
darimana kita belajar
Sabar...

Jika setiap
do’a
kita terus
dikabulkan,
bagaimana kita dapat belajar
Ikhtiar...

Seorang yang dekat dengan
Allah,
bukan berarti tidak ada
air mata...

Seorang yang tekun
berdo’a,
bukan berarti tidak ada
masa² sulit...

Biarlah
Sang Penyelenggara Hidup
yang berdaulat sepenuhnya atas kita,
karena hanya
Dia-lah/ ALLAH SWT
yang tahu waktu dan kondisi yang tepat untuk memberikan yang
Terbaik..

Tetap
SEMANGAT…
Tetap
SABAR…
Tetap
IKHLAS…
Tetap
SYUKUR...
Tetap
BERDOA...
Kerana kita sedang belajar di UNIVERSITI KEHIDUPAN...

Orang yang
Hebat
tidak dihasilkan melalui
Kemudahan,
Kesenangan,
dan
Kenyamanan...

Mereka dibentuk melalui
KESUKARAN,
TANTANGAN
dan bahkan
AIR MATA..

Gantungkan hidup kita sepenuhnya hanya kepada
ALLAH AZZA WA JALLA

Barakallah fiikum.
Setiap Orang Memiliki Kesempatan Yang Sama Untuk Berubah Menjadi Lebih Baik Setiap Orang Memiliki Kesempatan Yang Sama Untuk Berubah Menjadi Lebih Baik Reviewed by Kreativ on 7:44:00 PTG Rating: 5

JAWATAN KOSONG 2018 Hospital Pakar An-Nur

7:43:00 PTG
JAWATAN KOSONG 2018 Hospital Pakar An-Nur

1. Pembantu penjagaan pelanggan
2. Kerani rekod perubatan
3. Pembantu Bil
4. Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman BO)
5. Juruteknik
6. Pengurus rekod perubatan
7. Eksekutif rekod perubatan
8. Penjaga Stor
9. Linen Assistant
10.Juruteknik IT
11. Despatch
12. Pembantu Klinik (Pendaftaran)
13.Pembantu penjagaan pesakit
14.Juruteknik Bioperubatan
15.Telephonist
16.Pegawai Dietetik
17.Juru x-ray
18.Ahli fisioterapi
19.Pengurus unit (wad pembedahan)
20.Jururawat berdaftar Negeri
21.Bidan
22.Penolong Jururawat
23.Juruteknologi Makmal Perubatan

Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online)
Tarikh tutup: Tidak dinyatakan

Maklumat lanjut >>
http://www.iklanjawatankosong.org/jawatan-kosong-hospital-pakar-nur/

* Sebarkan, Komen jika berminat, beritahu kawan2 yang lain.
* Sama-sama kongsi informasi ini
* Bantu mereka yang tengah mencari kerja
* Moga semua usaha kita juga dipermudahkan.
* Mana tahu esok rezeki kita pula & lebih baik dari yang lain.
JAWATAN KOSONG 2018 Hospital Pakar An-Nur JAWATAN KOSONG 2018 Hospital Pakar An-Nur Reviewed by Kreativ on 7:43:00 PTG Rating: 5

Bagaimana Nak menguruskan Pelanggan Yang Inginkan Semula Duit Mereka (Refunds) dan Pelanggan Yang Tidak Suka Dengan Produk Kita (Unhappy Customer)

7:31:00 PTG

Bagaimana Nak menguruskan Pelanggan Yang Inginkan Semula Duit Mereka (Refunds) dan Pelanggan Yang Tidak Suka Dengan Produk Kita (Unhappy Customer)

Soalan:

Saya nak tanya bagaimana nak uruskan jika ada customer nak refunds semula atau customer yang tidak puas hati? adakah kita perlu refunds je terus atau tanya feedback tentang aduan mereka? Saya percaya semakin besar bisnes kita, mesti perkara begini akan banyak berlaku.

Jawapan:

Soalan yang menarik, sebenarnya banyak yang perlu kita bincangkan apabila berbicara tentang kepuasan pelanggan.

Tak kiralah betapa hebatnya produk anda, pasti ada pelanggan yang sengaja minta refunds, adalah sangat penting mengendalikan pelanggan yang tidak puas hati dengan penuh cinta dan belas kasihan.

Ok, dengar ni, bila anda melayan pelanggan yang tidak puas hati dengan penuh hormat dan caring, mereka akan jadi lembut dengan anda. Hanya perlu bersabar dan sentiasa beri senyuman manis :) :) :)

Bagaimana nak menjadikan mereka lebih mudah menerima produk anda. Bila anda pasarkan produk anda, nyatakan lebih jelas siapa yang sesuai guna, golongan muda atau tua, be more specific atau bagaimana anda menjanjikan pada mereka tentang produk anda.

Perkara yang paling penting anda perlu buat yang pertama ialah anda mestilah menyatakan dahulu dengan terang terangan tentang refunds/no refunds policy, contoh pada website anda ataupun platform seperti facebook atau instagram.

Contoh website anda jenis e-commerce (jual beli), ketika customer hendak beli sesuatu barang, sebelum mereka check out, nyatakan di situ term & agreement anda ataupun letakkan selepas mereka membeli produk anda, mungkin dalam bentuk popup atau automatik hantar ke email pembeli.

Yang ke dua, tidak kiralah jika anda dapat pelanggan yang tidak puas hati datang melalui email, atau tweet atau panggilan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ucapkan terima kasih kerana sudi berhubung dengan anda.

Selepas itu, sila dengar dengan baik dan jangan cuba melawan kerana pelanggan yang tidak puas hati, apa yang mereka mahu ialah anda boleh dengar mereka.

Yang ke tiga, jika sememangnya kesalahan itu adalah datang dari anda atau syarikat anda, akui sahaja dan cuba tanya apa yang boleh anda lakukan atau bantu untuk memuaskan hati mereka.

Yang ke empat, jika mereka memang tidak berminat dengan produk anda dan mereka layak untuk mendapat refund, pulangkan sahaja duit mereka dengan senyuman. Bagitahu sahaja berapa lama (hari) proses yang perlu diambil untuk refund dan lakukannya dengan senyuman.

Yang ke lima, yang ini adalah sangat penting juga, ucapkan terima kasih pada mereka kerana membenarkan anda cuba buat yang terbaik dan beritahu mereka yang anda sememangnya berkomitmen untuk meningkatkan lagi tahap servis atau produk anda. Tanya pendapat mereka jika terdapat sesuatu yang boleh dikongsikan tentang produk atau servis anda supaya dengan  perkongsian itu dapat menambahkan lagi servis anda terhadap pelanggan

Yang ke enam, yang terakhir tanya mereka apa lagi yang boleh anda lakukan untuk mereka dan pastikan anda tamatkan dengan ucapan terima kasih lagi.

Kepada yang menjual produk, refund memang adalah perkara yang boleh buat susah hati, rasa macam kena tumbuk dekat muka je, tapi cuba fikir dengan positif, ada sebuah kedai besar yang jual lampu, dia terbeli salah lampu dan nak pulang semula sebab tak suka, ianya tidak menjadikan isu peribadi atau syarikat anda teruk dalam perniagaan, kerana memang ada sesetengah pelanggan memang tak suka dengan tawaran anda.

Refunds pada mulanya memang susah tapi jika anda sudah mempunyai pengalaman untuk kendalikannya, ianya akan menjadi mudah dan yang penting mestilah mengendalikan hal tersebut dengan penuh rasa rahmat, penuh dengan rasa cinta dan caring.

Ok itu sahaja, terima kasih dengan soalan tersebut, jika artikel ini serba sedikit membantu anda, share pada kawan, atau kongsikan di sosial media, atau tinggalkan komen supaya kami tahu apa yang anda fikirkan dan bagaimana ianya boleh membantu bisnes anda.

Terima kasih.
Bagaimana Nak menguruskan Pelanggan Yang Inginkan Semula Duit Mereka (Refunds) dan Pelanggan Yang Tidak Suka Dengan Produk Kita (Unhappy Customer) Bagaimana Nak menguruskan Pelanggan Yang Inginkan Semula Duit Mereka (Refunds) dan Pelanggan Yang Tidak Suka Dengan Produk Kita (Unhappy Customer) Reviewed by Kreativ on 7:31:00 PTG Rating: 5

Soalan Yang Perlu Di Tanya Kepada Bakal Suami Sebelum Akad Nikah?

6:23:00 PTG
Soalan Yang Perlu Di Tanya Kepada Bakal Suami Sebelum Akad Nikah?
Jadi macam mana nak pilih suami yang betul2 boleh jaga kita, soalan mudah je, jangan la takut sangat, soalan UPSR lagi susah.
- Tanya boleh baca 2 kalimah syahadah?
- Tanya dia rukun solat apa ye?
- Tanya dia rukun islam dan iman ada berapa? boleh nyatakan?
bukan soalan susah nak suruh terjemah surah Al-fatihah, eh eh, surah Al-Fatihah pun perlu tahu tau terjemahannya, hari2 baca tak tahu memang rugi la hang.. huhu
Jadi boleh lah tanya masa jumpa, jangan whatsapp pulak, dia boleh bukak buku ha haha.. tanya masa jumpa ye, berpeluh la dia nanti nak jawab ahaha...
Soalan Yang Perlu Di Tanya Kepada Bakal Suami Sebelum Akad Nikah? Soalan Yang Perlu Di Tanya Kepada Bakal Suami Sebelum Akad Nikah? Reviewed by Kreativ on 6:23:00 PTG Rating: 5

Apakah Yang Pasangan Anda (Wanita) Mahukan Dari Diri Anda (Lelaki)?

6:22:00 PTG
Apakah yang pasangan anda (wanita) mahukan dari diri anda (lelaki)?
- Cinta yang berterusan
- Menjadikannya yang utama
- No 1 dalam hidup suaminya
Lelaki tak perlu fikir dia cinta aku tak? dia sayang aku tak? hanya tunjukkan sahaja sifat kasih sayang yang betul2 ikhlas pada pasangan, selagi dia ingin tinggal bersamamu sudah menunjukkan betapa si dia cintakan dirimu.
Perempuan sentiasa memikirkan, adakah dia masih sayang aku? adakah dia masih sayang padaku? adakah dia sentiasa letakkan aku no 1 dalam hatinya?
Dan antara perkara utama lelaki yang perlu faham tentang wanita, wanita selalu membandingkan rupanya dengan wanita yang lain setiap masa, lelaki tak buat, mana nak faham, lelaki tak de keja nak beza, eh hensemnya dia, takde..
Hanya perempuan sahaja yang fikir adakah aku masih lagi cantik untuknya? adakah berat aku bertambah? cantik lagi ke aku ni kalau dah anak 3, dia akan sentiasa macam tu.. dan lelaki (suami) mestilah sentiasa membuatkan pasangannya feel she the most beautiful, she the most cherished, the most loved, the most admired.. wanita sentiasa perlukan semuanya itu..
Sentiasa ucap i love you, memang ada yang fikir ianya awkward, tapi percayalah, ianya sangat penting dalam menjalinkan hubungan yang bahagia.
Jadi ingat ya para lelaki yang bakal menjadi suami. Rileks, tak susah pun nikah ni, cakap i love you and always caring about her, thats all. Thumbs up.
Apakah Yang Pasangan Anda (Wanita) Mahukan Dari Diri Anda (Lelaki)? Apakah Yang Pasangan Anda (Wanita) Mahukan Dari Diri Anda (Lelaki)? Reviewed by Kreativ on 6:22:00 PTG Rating: 5

CellMaxx Kantol Buat Hal Lagi - JOM BACA!!

3:38:00 PTG
Cerita ini datang seorang Kak Pharmacist yang garang yang bernama Fishah Shukri, boleh baca ceitanya di bawah.

-------------------------------
KISAH BENAR 22/2/18 : Buah pinggang rosak sampai kena dialysis sebab ambil supplement! Nak tahu supplement apa baca sampai habis. Dan sampaikan pada orang lain pasal ni. 

Diagnosis: END STAGE RENAL FAILURE (ESRF) SECONDARY TO ? SUPPLEMENT

Boss, this patient,she not responding to call at 1520H, bla bla blaaa, Her renal function drop aggressively. From 93 in jun 2017 to 875 today. This patient claimed did not taking any 'ubat kampung'. bla bla..We plan for dialysis today and to discuss with her husband about that. 

And i was thinking, eh how could this happened just within 8 months? Makcik ni serious ke tak ada ambil apa-apa  nie. Then saya terus tanya kat makcik tu sebab new case memang akan saya soal siasat habis pasal medication history patient. aand yang ni mostly memang ramai tak suka. Cakap kita ni sibuk jaa tanya itu ini.

Terkejut kami satu team ward round, itu pun selepas saya godek-godek tanya soalan macam-macam untuk korek ada ambil supplement apa-apa tak makcik, puas la bagi contoh itu ini, then akhirrrnyaa makcik tu jawab adaaa., CELLMAXX! 

To be honest, this is not the first time saya dengar perkataan CELLMAXX sepanjang saya buat medication history taking. Kes kanser, kes diabetic foot ulcer, end stage renal failure. Ada ambil supplement tu. 

"Makcik ambil cellmaxx ni sebab apa ya?"

"Untuk jana sel baru Dr."

Bila pi google tengok iklan dia perghhh memang no wonder la makcik ni cakap jana sel baru sebab iklan dia pun kata penjanaan sel baru. Pastu tempek segala penyakit kronik boleh diubati. Taik kucingg betul bani supplement sampah tu! Ingat boleh rawat macam tu saja? 

Iklan dia pun memang menyalahi undang-undang, Mana boleh iklan overclaim rawat penyakit kronik. (Rujuk gambar 20 jenis penyakit tak boleh ada dalam iklan). So kalau ada je dalam senarai tu kat iklan  dia, korang jangan ada hati nak beli yaaa. Confirm dia tu menipuuu.

"fisha, can you please find and tell me the ingredients in that supplement,and what possible adverse effect if taking in long term, i give you my number" specialist ask me. 

"Alright, i will whatsapp you, Dr."

"So hari ni kita buat dialysis ya makcik, please stop ambil supplement tu makcik sebab buah pinggang dah rosak" kata specialist dekat makcik tu. Muka makcik tu pasrah, dan nampak sedih. 

p/s: Nah bagi tahu info ni kat family members korang yang korang penah nampak kat rumah dia ada supplement CELLMAXX atau any produk yang overclaim rawat penyakit kronik, PLEASE jangan ambil macam tu saja, tanya Doktor atau ahli Farmasi. So far Kes mai buah pinggang rosak sampai kena dialysis setakat ni banyak dah kami terima disebabkan ambil benda yang bukan-bukan tanpa nasihat yang pakar. Sebarkan mesej ni kat semua jangan ambil supplement atau makanan tambahan membuta tuli tanpa nasihat yang pakar, terutama yang ada family members sakit kencing manis, kanser, jantung darah tinggi ka. Bagi depa aware pasal ni. Sebab saya tahu produk-produk macam ni masih aktif dijual di luar sana terutama di kawasan kampung!!! Tolong sangat sebarkan mesej ni. Ni melibatkan nyawa dan kesihatan. Bila dah kena cuci buah pinggang korang nak expect apa lagi? 

Jemput lah share tak perlu minta izin kalau rasa tak mahu keluarga anda mangsa seterusnya. Mintak dijauhii laaa. Yang tak suka post saya ni pegi jauh-jauh follow bani #supplementsampah, tak yah sibuk-sibuk nak kacau sini. 

yang saya nak marah sangat sebab iklan dia tu overclaimed! dan salah disisi undang-undang. 

Fishah Shukri, 
Kak Pharmacist yang garang 😤

#SayNoToSupplementSampah
#caknaubatanda
#kenaliubatanda
-------------------------------

Jawapan dari orang-orang cellmaxx

"Sebab segelintir pesakit mendapat kesan sampingan kerana ambil cellmaxx kita jadi buta dan tuli bagi yg beratus/ribu yg benefit dgn pengambilan cellmaxx. Yg memberi dan menyembuhkan penyakit adalah Allah bukan cellmaxx ya....

Kita hanya berusaha Allah yg menentukan....

Kalau betul cellmaxx in x elok kenapa kerajaan tidak ban cellmaxx dari pasaran..... kerajaan bukan bodoh, buta atau tuli.

Bagi yg minum cellmaxx dan sembuh bersyukur kpd Allah kerana Allah yg menyembuhkan bukan cellmaxx. Cellmaxx hanyalah anugerah Allah kpd kita. Jgn kerana taksub nak jual atau promote cellmaxx kita jatuh syirik ya.....

Cellmaxx adalah katagori makanan tambahan dan bukan ubat.

Iklan yg ditunjuk diatas hanya menyatakan boleh membantu menyembuhkan penyakit kronik bukan merawat penyakit kronik. Iklan yg tidak dibenarkan adalah iklan yg menyatakan ubat atau makanan gantiannya boleh merawat penyakit kronik. Sekali lagi kerajaan bukan bodoh , buta atau tuli dalam hal ini....

Saya hanya beri pencerahan dan tidak berniat utk menyinggung sesiapa."

>>>>>>>>>>>>>>

"Saya dah minum CellMaxx hampir 4 tahun... Alhamdulillah semakin sihat.. Walau pun dah hampir 62 tahun satu penyakit kronik pon belum ada... Buah pinggang setelah check masih elok berfungsi... dan saya adalah pesara staf farmasi hospital kerajaan. Ubat yg diguna dihospital pon ada yg membawa kesan sampingan yg teruk malah ada yg boleh menyebabkan kematian... Setelah hampir 40 tahun berkhidmat dibidang farmasi... saya dapati CellMaxx adalah amat membantu untuk kita sembuh dari penyakit...

Semua atas kehendak Allah..."

>>>>>>>>>>>>>>

"boleh dptkn contact number penulis...
teringin nak dgr direct info dr dia...
jk ada xintact number makcik tu juga...
br kita boleh analisis...
cuma setakat ni alhmdlh costumer sy yg ambil semakin sihat...
yg dialisis semakin sihat, dr plk ty ada mkn apa perubahan yg sgt positif. 
yg krna breast cancerlun begitu..
yg ambil secara ko sisten & ikut panduan yg sy beri alhmdlh dah berjaya melepasi 6kimo & sdg dlm fasa  radioterapi...
spjg kimo alhmdlh sihat...
so sy perlukn sgt info yg direct jk perlu coz  niat sy nak bantu mereka yg perlu..
jk terbukti mmg membahayakan, ada masa lg utk perbetulkn keadaan...
tq atas info & duharap dpt bantu sy kenalpasti punca spy dpt perhuhung personal dgn pihak yg membuat kenyataan."

>>>>>>>>>>>>>>

CellMaxx, CellMaxx, CellMaxx

Kepada yang tidak mengenal CellMaxx, CellMaxx ni merupakan produk kesihatan Malaysia di mana ia menjana Stem Sel baru, dengan kandungan Aphanizomenon flos Aquae (AFA) di dalamnya. OK, mesti pelik kalo first time dengan Aphanizomenon flos Aquae (AFA).

Kalo korang rajin boleh google, Aphanizomenon flos Aquae (AFA) ni merupakan bakteria, dalam english sebutan dia Cyanobacteria, Aphanizomenon flos Aquae (AFA) ni datang dari 2 bentuk, bertoksik dan tidak bertoksik. Ketoksikan telah ditunjukkan dalam beberapa jenis spesis Aphanizomenon flos-aquae, dengan kehadiran Silindrospermopsin, Saxitoxin dan microcystins dijumpai mencemarkan supplement AFA tersebut.

Sejarah tentang Aphanizomenon flos Aquae (AFA)

Cyanobacteria telah menjadi bahan utama dalam pemakanan (diet) banyak budaya dan telah digunakan sebagai perdagangan oleh orang-orang asli di seluruh dunia, dari Afrika dan Asia ke Amerika, dari Cina ke Aztec dan Mayans.

Aphanizomenon flos-aquae mula dituai sebagai makanan suplemen manusia pada awal tahun 1980-an. Pada tahun 1998, berat kering kira-kira 2.2 juta pound (1 juta kls) AFA telah dituai untuk pengeluaran makanan tambahan oleh beberapa penuai komersial. Standard komersil berbeza-beza dari segi mendokumentasikan komposisi produk kepada pengguna.

Hari ini, AFA dipasarkan sebagai makanan berkhasiat, dituai terutamanya dari atas Tasik Klamath di Amerika Utara.

boleh baca di sini - link

Ada Doktor pelik kata, kenapa AFA ni tiada kat tasik lain, kenapa ada di Tasik Klamath je? dah kata dah AFA ni dituai kat tasik tu, memang ada kat tempat lain, cuma yang selamat digunakan yang datang dari Tasik Klamath.

Ada pihak yang komen, "Kalo cellmaxx sembuhkan semua penyakit, baik tutup je hospital, semua jual cellmaxx je la"

Sekali lagi nak beritahu, CellMaxx merupakan makanan tambahan dan boleh membantu merawat pelbagai penyakit, mungkin salah faham ini timbul dari agen CellMaxx yang tak faham tentang CellMaxx, CellMaxx hanya membantu dan kesembuhan hanya datang dari tuhan sahaja.

Ada juga pihak yang komen, "Sila nyatakan bukti secara klinikal betul ke CellMaxx ni jana Stem Sel baru"

Boleh cuba hubungi nombor yang tertera untuk mendapatkan jawapan tersebut

Maxxima Resources (M) Sdn. Bhd.
Address: No. 33-2, Jalan PJU 5/20A off Jalan Mahogani, The Strand Damansara, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 47810 Petaling Jaya
Phone: 03-6142 7996

Ada juga pihak yang komen, "betul ke testimoni tu, ntah2 buat2 je, semua orang boleh buat testimoni sendiri, guna 2 phone je la"

Kebiasaanya semua testimoni datang dari group2 Whatsapp CellMaxx dan agen lain mengambil kesempatan itu untuk mempromosikan produk CellMaxx. Sekiranya Testimoni tersebut dibuat semata-mata untuk melariskan produk, biarlah dia yang tanggung dosanya di akhirat, kita nak buat macam dengan orang2 macam ni.

Di bawah ni jumpa gambar dari google, mungkin salah seorang agen CellMaxx


CellMaxx Kantol Buat Hal Lagi - JOM BACA!! CellMaxx Kantol Buat Hal Lagi - JOM BACA!! Reviewed by Kreativ on 3:38:00 PTG Rating: 5

MATHAF Malaysia Dan Thailand Halal Food Festival 2018

8:03:00 PTG
RUGILAH ANDA JIKA TAK DATANG!!

Fuhhh!!, terbaik Food Festival ni der, tak payah pergi Thailand da, nak merasa makanan Thailand jemput la datang, dekat je, kat Kompleks Muhibbah Taman Sri Bolton Gombak, Selangor, bermula 9 feb hingga 17 feb 2018.

Ada apa2 pertanyaan boleh hubungi nombor yang di bawah

019-434 9045
013-426 0203
019- 433 3694

Rugilah tak datang, bukan selalu ada, harga pula berpatutan, sedap pula tu aduh!! meleleh. Bawa anak jalan2 sempena cuti tahun baru cina ni, sekali sekala makan luar apa salahnya, makan makanan Thailand pulak, aduh, puas hati betul, tak nyesal datang.

Hati-hati tau ketika memandu, tau la kepala fikir nak makan je, sabo sikit, keselamatan diri dan keluarga dulu, ha.

JEMPUT DATANG SEMUA YA!!





MATHAF Malaysia Dan Thailand Halal Food Festival 2018 MATHAF Malaysia Dan Thailand Halal Food Festival 2018 Reviewed by Kreativ on 8:03:00 PTG Rating: 5

Boleh Ke Guna Nama Tuhan Untuk Nama Anak?

11:17:00 PTG
NAMA ANAK BUBUH NAMA TUHAN
Soalan:
Boleh tak nak letak nama tuhan untuk nama anak?
Jawapan:
Boleh, cuma untuk nama Allah dan Rahman, wajib letak nama Abdul, nama selain itu sunat sahaja. Abdullah dan Abdul Rahman. Jika Latif, boleh letak atau tidak pun tidak mengapa.
Boleh Ke Guna Nama Tuhan Untuk Nama Anak? Boleh Ke Guna Nama Tuhan Untuk Nama Anak? Reviewed by Kreativ on 11:17:00 PTG Rating: 5

LAPORAN BENCANA JALAN PERSEKUTUAN

1:25:00 PTG
Jenis Kejadian : Cerun Runtuh
Tarikh Kejadian: 15.01.2018
Masa: 3.30 am
Daerah: Mersing
No. Laluan: FT003
Nama Jalan: Jalan Johor bahru-Kuantan
Seksyen: 116.5
Lokasi/Landmark: ILP Mersing
Panjang Kaw. Cerun: 70m
Tinggi kawasan cerun : 15m
Status Laluan: Jalan ditutup utk semua kenderaan
Jalan Alternatif: Jalan jemaluang(ft050)- Jalan nitar utama (ft1397)- jalan pengkalan batu(ft1425)
Catatan:
1. Pemasangan papan tanda amaran dilokasi
2. Respon team sentiasa memantau keadaan ditapak
3. Pengguna jalanraya dinasihatkan untuk memandu mengikut laluan alternatif dan berhati-hati

Laporan dikemaskini oleh:
Konsesi Selia & JKR Mersing




LAPORAN BENCANA JALAN PERSEKUTUAN LAPORAN BENCANA JALAN PERSEKUTUAN Reviewed by Kreativ on 1:25:00 PTG Rating: 5

Semoga Tuhan Lindungi Mersing, Johor - Update Terkini

1:23:00 PTG

Dah 4 hari hujan turun x henti...kat mersing,...bnyak tempat dah banjir...air papan, tenglu, sg.muka dua.ramai yg pindah,...hujan masih turun lg,...kat endau pun ada tempat yg banjir...





Semoga Tuhan Lindungi Mersing, Johor - Update Terkini Semoga Tuhan Lindungi Mersing, Johor - Update Terkini Reviewed by Kreativ on 1:23:00 PTG Rating: 5

Lepas Nikah Buat Apa?

9:23:00 PG
Lepas Nikah Buat Apa? Terus Pergi Makan?
Jadi apa yang korang perlu buat selepas akad nikah? lepas sah, sah, sah tu, seeloknya si pengantin baca doa dan diaminkan oleh orang ramai, ataupun sekurang-kurangnya sebut Alhamdulillah, paling tidak pun sujud syukur di hadapan orang ramai, faham ke faham?
Adat kita lepas akad nikah, bersalamlah dengan semua orang, musafahah, nabi kata, dua orang yang berjabat salam, dapat keampunan selama mana belum berpisah tangan keduanya.
Ada juga pasangan sudah bersedia dengan wuduk, lepas akad nikah terus solat sunat nikah. Waktu yang terbaik dilakukan adalah bersama-sama dengan isteri.
Share untuk maanfaat kita bersama, in sha Allah
Lepas Nikah Buat Apa? Lepas Nikah Buat Apa? Reviewed by Kreativ on 9:23:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.