Cerita ini datang seorang Kak Pharmacist yang garang yang bernama Fishah Shukri, boleh baca ceitanya di bawah.
-------------------------------
KISAH BENAR 22/2/18 : Buah pinggang rosak sampai kena dialysis sebab ambil supplement! Nak tahu supplement apa baca sampai habis. Dan sampaikan pada orang lain pasal ni.
Diagnosis: END STAGE RENAL FAILURE (ESRF) SECONDARY TO ? SUPPLEMENT
Boss, this patient,she not responding to call at 1520H, bla bla blaaa, Her renal function drop aggressively. From 93 in jun 2017 to 875 today. This patient claimed did not taking any 'ubat kampung'. bla bla..We plan for dialysis today and to discuss with her husband about that.
And i was thinking, eh how could this happened just within 8 months? Makcik ni serious ke tak ada ambil apa-apa nie. Then saya terus tanya kat makcik tu sebab new case memang akan saya soal siasat habis pasal medication history patient. aand yang ni mostly memang ramai tak suka. Cakap kita ni sibuk jaa tanya itu ini.
Terkejut kami satu team ward round, itu pun selepas saya godek-godek tanya soalan macam-macam untuk korek ada ambil supplement apa-apa tak makcik, puas la bagi contoh itu ini, then akhirrrnyaa makcik tu jawab adaaa., CELLMAXX!
To be honest, this is not the first time saya dengar perkataan CELLMAXX sepanjang saya buat medication history taking. Kes kanser, kes diabetic foot ulcer, end stage renal failure. Ada ambil supplement tu.
"Makcik ambil cellmaxx ni sebab apa ya?"
"Untuk jana sel baru Dr."
Bila pi google tengok iklan dia perghhh memang no wonder la makcik ni cakap jana sel baru sebab iklan dia pun kata penjanaan sel baru. Pastu tempek segala penyakit kronik boleh diubati. Taik kucingg betul bani supplement sampah tu! Ingat boleh rawat macam tu saja?
Iklan dia pun memang menyalahi undang-undang, Mana boleh iklan overclaim rawat penyakit kronik. (Rujuk gambar 20 jenis penyakit tak boleh ada dalam iklan). So kalau ada je dalam senarai tu kat iklan dia, korang jangan ada hati nak beli yaaa. Confirm dia tu menipuuu.
"fisha, can you please find and tell me the ingredients in that supplement,and what possible adverse effect if taking in long term, i give you my number" specialist ask me.
"Alright, i will whatsapp you, Dr."
"So hari ni kita buat dialysis ya makcik, please stop ambil supplement tu makcik sebab buah pinggang dah rosak" kata specialist dekat makcik tu. Muka makcik tu pasrah, dan nampak sedih.
p/s: Nah bagi tahu info ni kat family members korang yang korang penah nampak kat rumah dia ada supplement CELLMAXX atau any produk yang overclaim rawat penyakit kronik, PLEASE jangan ambil macam tu saja, tanya Doktor atau ahli Farmasi. So far Kes mai buah pinggang rosak sampai kena dialysis setakat ni banyak dah kami terima disebabkan ambil benda yang bukan-bukan tanpa nasihat yang pakar. Sebarkan mesej ni kat semua jangan ambil supplement atau makanan tambahan membuta tuli tanpa nasihat yang pakar, terutama yang ada family members sakit kencing manis, kanser, jantung darah tinggi ka. Bagi depa aware pasal ni. Sebab saya tahu produk-produk macam ni masih aktif dijual di luar sana terutama di kawasan kampung!!! Tolong sangat sebarkan mesej ni. Ni melibatkan nyawa dan kesihatan. Bila dah kena cuci buah pinggang korang nak expect apa lagi?
Jemput lah share tak perlu minta izin kalau rasa tak mahu keluarga anda mangsa seterusnya. Mintak dijauhii laaa. Yang tak suka post saya ni pegi jauh-jauh follow bani #supplementsampah, tak yah sibuk-sibuk nak kacau sini.
yang saya nak marah sangat sebab iklan dia tu overclaimed! dan salah disisi undang-undang.
Fishah Shukri,
Kak Pharmacist yang garang 😤
#SayNoToSupplementSampah
#caknaubatanda
#kenaliubatanda
-------------------------------
Jawapan dari orang-orang cellmaxx
"Sebab segelintir pesakit mendapat kesan sampingan kerana ambil cellmaxx kita jadi buta dan tuli bagi yg beratus/ribu yg benefit dgn pengambilan cellmaxx. Yg memberi dan menyembuhkan penyakit adalah Allah bukan cellmaxx ya....
Kita hanya berusaha Allah yg menentukan....
Kalau betul cellmaxx in x elok kenapa kerajaan tidak ban cellmaxx dari pasaran..... kerajaan bukan bodoh, buta atau tuli.
Bagi yg minum cellmaxx dan sembuh bersyukur kpd Allah kerana Allah yg menyembuhkan bukan cellmaxx. Cellmaxx hanyalah anugerah Allah kpd kita. Jgn kerana taksub nak jual atau promote cellmaxx kita jatuh syirik ya.....
Cellmaxx adalah katagori makanan tambahan dan bukan ubat.
Iklan yg ditunjuk diatas hanya menyatakan boleh membantu menyembuhkan penyakit kronik bukan merawat penyakit kronik. Iklan yg tidak dibenarkan adalah iklan yg menyatakan ubat atau makanan gantiannya boleh merawat penyakit kronik. Sekali lagi kerajaan bukan bodoh , buta atau tuli dalam hal ini....
Saya hanya beri pencerahan dan tidak berniat utk menyinggung sesiapa."
>>>>>>>>>>>>>>
"Saya dah minum CellMaxx hampir 4 tahun... Alhamdulillah semakin sihat.. Walau pun dah hampir 62 tahun satu penyakit kronik pon belum ada... Buah pinggang setelah check masih elok berfungsi... dan saya adalah pesara staf farmasi hospital kerajaan. Ubat yg diguna dihospital pon ada yg membawa kesan sampingan yg teruk malah ada yg boleh menyebabkan kematian... Setelah hampir 40 tahun berkhidmat dibidang farmasi... saya dapati CellMaxx adalah amat membantu untuk kita sembuh dari penyakit...
Semua atas kehendak Allah..."
>>>>>>>>>>>>>>
"boleh dptkn contact number penulis...
teringin nak dgr direct info dr dia...
jk ada xintact number makcik tu juga...
br kita boleh analisis...
cuma setakat ni alhmdlh costumer sy yg ambil semakin sihat...
yg dialisis semakin sihat, dr plk ty ada mkn apa perubahan yg sgt positif.
yg krna breast cancerlun begitu..
yg ambil secara ko sisten & ikut panduan yg sy beri alhmdlh dah berjaya melepasi 6kimo & sdg dlm fasa radioterapi...
spjg kimo alhmdlh sihat...
so sy perlukn sgt info yg direct jk perlu coz niat sy nak bantu mereka yg perlu..
jk terbukti mmg membahayakan, ada masa lg utk perbetulkn keadaan...
tq atas info & duharap dpt bantu sy kenalpasti punca spy dpt perhuhung personal dgn pihak yg membuat kenyataan."
>>>>>>>>>>>>>>
CellMaxx, CellMaxx, CellMaxx
Kepada yang tidak mengenal CellMaxx, CellMaxx ni merupakan produk kesihatan Malaysia di mana ia menjana Stem Sel baru, dengan kandungan Aphanizomenon flos Aquae (AFA) di dalamnya. OK, mesti pelik kalo first time dengan Aphanizomenon flos Aquae (AFA).
Kalo korang rajin boleh google, Aphanizomenon flos Aquae (AFA) ni merupakan bakteria, dalam english sebutan dia Cyanobacteria, Aphanizomenon flos Aquae (AFA) ni datang dari 2 bentuk, bertoksik dan tidak bertoksik. Ketoksikan telah ditunjukkan dalam beberapa jenis spesis Aphanizomenon flos-aquae, dengan kehadiran Silindrospermopsin, Saxitoxin dan microcystins dijumpai mencemarkan supplement AFA tersebut.
Sejarah tentang Aphanizomenon flos Aquae (AFA)
Cyanobacteria telah menjadi bahan utama dalam pemakanan (diet) banyak budaya dan telah digunakan sebagai perdagangan oleh orang-orang asli di seluruh dunia, dari Afrika dan Asia ke Amerika, dari Cina ke Aztec dan Mayans.
Aphanizomenon flos-aquae mula dituai sebagai makanan suplemen manusia pada awal tahun 1980-an. Pada tahun 1998, berat kering kira-kira 2.2 juta pound (1 juta kls) AFA telah dituai untuk pengeluaran makanan tambahan oleh beberapa penuai komersial. Standard komersil berbeza-beza dari segi mendokumentasikan komposisi produk kepada pengguna.
Hari ini, AFA dipasarkan sebagai makanan berkhasiat, dituai terutamanya dari atas Tasik Klamath di Amerika Utara.
boleh baca di sini - link
Ada Doktor pelik kata, kenapa AFA ni tiada kat tasik lain, kenapa ada di Tasik Klamath je? dah kata dah AFA ni dituai kat tasik tu, memang ada kat tempat lain, cuma yang selamat digunakan yang datang dari Tasik Klamath.
Ada pihak yang komen, "Kalo cellmaxx sembuhkan semua penyakit, baik tutup je hospital, semua jual cellmaxx je la"
Sekali lagi nak beritahu, CellMaxx merupakan makanan tambahan dan boleh membantu merawat pelbagai penyakit, mungkin salah faham ini timbul dari agen CellMaxx yang tak faham tentang CellMaxx, CellMaxx hanya membantu dan kesembuhan hanya datang dari tuhan sahaja.
Ada juga pihak yang komen, "Sila nyatakan bukti secara klinikal betul ke CellMaxx ni jana Stem Sel baru"
Boleh cuba hubungi nombor yang tertera untuk mendapatkan jawapan tersebut
Maxxima Resources (M) Sdn. Bhd.
Address: No. 33-2, Jalan PJU 5/20A off Jalan Mahogani, The Strand Damansara, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 47810 Petaling Jaya
Phone: 03-6142 7996
Ada juga pihak yang komen, "betul ke testimoni tu, ntah2 buat2 je, semua orang boleh buat testimoni sendiri, guna 2 phone je la"
Kebiasaanya semua testimoni datang dari group2 Whatsapp CellMaxx dan agen lain mengambil kesempatan itu untuk mempromosikan produk CellMaxx. Sekiranya Testimoni tersebut dibuat semata-mata untuk melariskan produk, biarlah dia yang tanggung dosanya di akhirat, kita nak buat macam dengan orang2 macam ni.
Di bawah ni jumpa gambar dari google, mungkin salah seorang agen CellMaxx
CellMaxx Kantol Buat Hal Lagi - JOM BACA!!
Reviewed by Kreativ
on
3:38:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan: