Pelakon jelita, Izreen Azminda yang melangsungkan perkahwinan secara rahsia dengan seorang pemuzik yang dikenali dengan panggilan Ude pada 8 Ogos tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh telah menggemparkan industri hiburan tempatan.
Malah, rentetan daripada kes tersebut, Izreen tidak pernah lekang daripada menjadi mangsa kecaman dan cemuhan netizen hinggakan dirinya telah disenaraikan oleh sebuah portal tempatan sebagai Lapan Kontroversi Artis Paling Hangat 2017 bersama-sama beberapa barisan artis lain termasuk Fathia Latiff dan Hafiz Hamidun.
Baru sahaja membuka tirai tahun 2018, timbul pula gosip terkini kononnya sekeping foto yang memaparkan sebuah kereta yang disembur cat merah dengan tulisan ‘Perampas Laki Orang’ di laman sosial didakwa oleh netizen adalah milik Izreen.
Bagaimanapun, Izreen sudah tampil memberi penjelasan dan menafikan kereta itu miliknya.
“Itu bukan kereta saya, malah tidak memiliki kereta Honda Civic berwarna putih. Lagipun gambar tersebut sudah lama tular di laman sosial,” ujarnya ketika diminta untuk memberi penjelasan mengenai imej tular tersebut oleh Sensasi Bintang baru-baru ini.
Ditebak pertanyaan adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati dan bertindak untuk membuat laporan polis sekiranya dihambat kontroversi dalam menjaga keselamatannya pada masa akan datang, ringkas sahaja jawapan yang diberikan Izreen.
“Selagi keadaan okey, tiada sebarang ancaman. Insya-Allah semua boleh dikawal lagi,” jelas pelakon drama rantaian 7 Suami itu.
Korang ni pun satu, biarlah dia nak kahwin dengan siapa pun, dah tu jodoh dia, kita minta dan doakan yang baik2 sudah, in sha Allah setiap perkara ada hikmahnya. Peace Yo
Dikecam - Artis Popular Malaysia Melangsungkan Perkahwinan Secara Rahsia
Reviewed by Kreativ
on
8:52:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: