Rafa Marañón melakukan perbandingan dan mencari kesamaan antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Marañón tidak mahu menyebut yang terbaik, tetapi sangat kagum dengan keupayaan kedua-duanya.
"Messi itu unik kerana dia adalah pemain hebat yang sederhana. Sementara Ronaldo, dia menjadi korban dari beberapa kelakuan beraninya. Saya rasa Ronaldo tidak sombong, dia cuma sedikit pemalu tapi keras kepala. Namun Messi dan Ronaldo sama-sama pemain yang rendah hati," ujar Marañón.
Marañón adalah lulusan akademi Real Madrid yang berjaya bersama Espanyol. Ia mengatakan bahawa tidak semua pemain akademi boleh berjaya bersama pasukan senior.
Menurut Marañón, tak akan ada pasukan yang boleh berjaya dengan bergantung pemain didikan sendiri saja. Pada satu titik tertentu, kelab harus membeli pemain dari kelab lain agar kekuatan skuad mereka boleh bertambah.
Dengan mengambil contoh dari Messi dan Ronaldo, Marañón berharap agar semua pemain muda mempunyai sifat rendah hati. Menurutnya, sifat itu adalah salah satu resep untuk menjadi pemain berjaya.
'Cristiano Ronaldo Pemalu Tapi Keras Kepala'
Reviewed by Kreativ
on
8:59:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: