Dr Rozaimi Pemecah Belah Masyarakat?
1. Saya lihat dalam masyarakat kita, ada seorang individu yang diangkat menjadi 'muhadis' di Malaysia. Nama beliau Dr Muhamad Rozaimi bin Ramle.Ada sesetengah orang mengatakan beliau memecahbelahkan masyarakat melayu kita. Saya langsung tidak suka padanya suatu ketika dahulu. Antara perkara yang menyebabkan saya tidak suka pada beliau ialah kerana beliau dikatakan:
- Terlalu mudah menghukum sesuatu hadis itu palsu
- Khianat dan tidak jujur dalam menukilkan pendapat ulamak
- Menolak hadis dhaif dalam fadhail
- Menolak Mazhab dan kafirkan mazhab syafie
2. Saya memang tidak suka pada diri beliau pada awalnya. Hal ini kerana di dalam otak saya sudah set bahaya Dr Rozaimi ini suka menghina ulamak dan mengkafirkan mazhab seperti label yang diberi oleh sesetengah pihak. Sehinggalah saya mula menonton kuliah beliau secara live, di situ pandangan saya terhadap Dr. Rozaimi mula berubah. Segala tuduhan itu sebenarnya hanya fitnah semata-mata.
3. Tuduhan pertama terhadap beliau ialah mudah menghukum sesuatu hadis itu palsu. Akan tetapi, semasa saya melihat tulisan dan kajian beliau, apabila beliau menghukum sesuatu hadis itu sebagai palsu atau dhaif, pasti beliau akan memberi nama ulamak hadis silam yang telah lama mengkritik hadis itu seperti Imam Ibn Iraq Al Kinani, Imam Zahabi Imam Ibn Hajar dan lain-lain. Mereka ini bukanlah ulamak mutasyaddid yang mudah keras menghukum sesuatu hadis.Tetapi mereka muktadil.
4. Tuduhan kedua terhadap Dr Rozaimi ialah beliau khianat tidak amanah dalam menukilkan pandangan ulamak.Maksud mereka ialah ada ulamak yang menghukum hadis itu sahih dan ada yang mengatakan hadis itu palsu. Ada ulamak yang menolak seseorang perawi ,dan ada ulamak yang menerima seseorang perawi. Akan tetapi kata sesetengah pihak Dr Rozaimi hanya mengemukakan pandangan yang mengatakan ia palsu sahaja.Kemudian menyembunyikan pandangan yang lain.
Ini jawapan saya terhadap kenyatan di atas. Imam Zahabi dikenali sebagai استقرأ تام. Maksudnya jika ada khilaf dalam kalangan ulamak silam dalam menentukan status seseorang perawi hadis, Imam Zahabi akan membuat kajian secara menyeluruh dan Imam Zahabi membuat keputusan dan kesimpulan terhadap kesemua pandangan ulamak tersebut. Jadi dalam masalah ini, Dr Rozaimi mengambil pandangan Imam Zahabi. Adakah kita juga hendak mengatakan Imam Zahabi khianat juga?
5. Tuduhan ketiga terhadap Dr Rozaimi ialah beliau menolak Imam Mazhab. Ini tidak benar. Apabila kita menonton kuliah beliau, pasti beliau akan menukilkan pandangan Imam Nawawi, Imam Juwaini dan sebagainya dari kitab المجموع Ø´Ø±Ø Ø§Ù„Ù…Øذب. Adakah kalian kenal nama ulamak ini? Ini semua ulamak dalam mazhab syafie. Tetapi disebabkan kita tidak pernah mendengar nama ulamak tersebut dan kitab-kitab itu, terus kita melabel seseorang itu menolak mazhab.
6. Apa yang saya teliti di facebook ini, ramai orang mengatakan beliau memecahbelahkan masyarakat. Akan tetapi berdasarkan penelitian saya, sesetengah orang mula melakukan serangan dan tuduhan terhadap Dr Rozaimi. Kemudian Dr Rozaimi hanya menjawab tuduhan itu sahaja. Cuba bayangkan jika kita dituduh mengkafirkan seseorang serta dituduh khianat tidak amanah dalam menyampaikan ilmu, adalah kita hendak berdiam diri? Sudah tentulah tidak, kita kena bangun jelaskan kepada orang awam. Dr Rozaimi hanya bangun menjawab tohmahan kepada beliau saja.
7. Dr Rozaimi beliau sangat merendah diri, untuk pengetahuan kalian, sekali pun beliau tidak pernah mengatakan diri nya muhadis ataupun pakar hadis.Saya juga dulu tidak suka dengan beliau. Akan tetapi apabila mula follow dan ikut kuliahnya, saya mula berlapang dada dalam isu ini. Dr Rozaimi seorang insan, ada melakukan kesilapan dan kesalahan.Apa yang baik kita ambil,yang silap kita tinggalkan.
Sumber
Dr Rozaimi Pemecah Belah Masyarakat?
Reviewed by Kreativ
on
12:16:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan: