Manchester City Pulihkan Kembali Kekecewaan Lalu




Manchester City mengambil kesempatan ketiadaan Laurent Koscielny yang dibuang padang di awal perlawanan untuk mencatatkan kemenangan sulung di Arsenal sejak 38 tahun lalu.

Kemenangan 2-0 itu memberi ruang kepada City untuk terus memburu kejuaraan liga walaupun masih ketinggalan tujuh mata berbanding Manchester United. 

Pemain antarabangsa Perancis itu dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Edin Dzeko dalam kawasan penalti dan menyebabkan Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain. 

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diperoleh gagal disempurnakan oleh Wojciech Szczesny, tetapi penyerang Bosnia berjaya membatu James Milner untuk gol pembukaan City.

Pasukan pelawat turut terpaksa bermain 10 pemain apabila kedua pasukan Vincent Kompany dilayangkan kad merah selepas melakukan kesalahan ke atas Jack Wilshere.

Rekod pertemuan City di Arsenal agak buruk dan kali terakhir kelab berkenan menang di gelanggang lawan adalah pada 1975. Malah, mereka tidak pernah menjaringkan gol pada lima kunjungan perlawanan liga di Stadium Emirates.

ARSENAL 0 - MAN CITY 2 (James Milner (21) Edin Dzeko (32) )

Manchester City Pulihkan Kembali Kekecewaan Lalu Manchester City Pulihkan Kembali Kekecewaan Lalu Reviewed by Kreativ on 9:05:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.