Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza

Second Wave Road to Gaza


Khaerah: Sukarelawan Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza selamat tiba di sini 12 tengahari semalam dan dijangka memasuki wilayah konflik itu, pada hari sama.

Seramai 58 sukarelawan dijangka tidak berdepan masalah memasuki Gaza selepas mendapat kerjasama Kedutaan Malaysia di Mesir dan sokongan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). 

Mereka bertolak dari Kaherah ke sempadan Rafah pada jam 8.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Rafah lima jam kemudiannya, bergantung kepada keadaan. 

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KPM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata misi akan bertolak ke Gaza menerusi konvoi dua bas dan dua lori yang membawa muatan 4.5 tan bekalan ubat-ubatan.

“Kita juga akan diiringi pegawai kedutaan diketuai Duta Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti. 

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar seperti yang dijadual kita akan sampai di Rafah sekitar jam 2 petang (8 malam waktu Malaysia).

“Semua urusan dokumentasi diuruskan Kedutaan Malaysia di Mesir,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah di sini, semalam. 
Seramai 52 sukarelawan termasuk 19 doktor dan paramedik tiba di sini disambut pegawai kedutaan diketuai Mohd Fakhrudin. Sebelum itu enam sukarelawan tiba Kaherah bagi menyiapkan persiapan logistik berkaitan.

Situasi masih terkawal

Fakhrudin menjangkakan misi itu tidak berdepan masalah dengan situasi di Mesir, khususnya di Kaherah masih terkawal walaupun berlaku beberapa siri demonstrasi di ibu kota itu.

Misi kemanusiaan kali ini adalah misi ke-29 anjuran KP1M dengan kerjasama Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) yang diketuai presidennya, Shahrul Nasrun Kamarudin.

Sharul Nasrun berkata 19 sukarelawan GBG1M tidak sabar untuk memasuki Gaza yang juga medan konflik pertama dilawati ahli pertubuhan bukan kerajaan itu.
Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza Misi Kemanusiaan Second Wave Road to Gaza Reviewed by Kreativ on 7:36:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.