7 Perkara Bahaya Jika Kurang Tidur


7 Perkara Bahaya Jika Kurang Tidur

Bahaya akibat kurang tidur. Tidur merupakan aktiviti harian yang dilakukan oleh manusia untuk mengistirahatkan tubuh badan dan fikirannya. Terdapat banyak manfaat yang dapat kita perolehi dari aktiviti tidur tersebut. Salah satunya iaitu tubuh akan lebih sihat dan segar ketika bangun. 

Sahabat, tips kesihatan. Banyak diantara kita yang mengabaikan aktiviti tidur ini. Ini dapat dibuktikan, kita  seringkali masih terjaga pada malam hari seperti menonton tv sampai larut malam, berbual dengan teman hingga di malam hari sampai lupa waktu atau melakukan aktiviti pada malam hari terkecuali bagi mereka yang harus bekerja dimalam hari. Sahabat, tips kesihatan. Kurang tidur di malam hari sangat tidak baik untuk kesihatan anda. Berikut ini 7 Bahaya akibat kurang tidur dalam kesihatan :
  1. Jika anda seorang pekerja yang memakai kereta dan motor. Anda harus mempunyai istirehat yang cukup pada malam hari. Ini kerana jika anda kurang tidur di malam hari, maka dapat dipastikan fokus anda ketika memandu akan menurun. Ini oleh menjadi bahaya kepada anda, kerana kita tahu jumlah kenderaan dari tahun ketahun akan terus meningkat sehingga tidak dapat dibayangkan. Anda boleh terkehilangan fokus di tengah jalan dengan banyaknya kenderaan di sebelah kiri, kanan, belakang, depan anda. Ingat! nyawa menjadi taruhan ketika memandu, bahaya akibat kurang tidur. Dinyatakan dari kompas.com, sebuah penelitan di amerika menunjukkan bahawa kualiti tidur yang rendah, maka perakra itu menjadi penyebab kecelakaan dan cedera ketika bekerja.

  2. Tahukah anda, kurang tidur dapat menyebabkan tumpuan menurun. Bagi anda yang berstatus pelajar atau anda yang harus bekerja menggunakan fikiran anda, kurang tidur dapat menyebabkan terganggunya tumpuan ketika anda sedang belajar atau memerlukan untuk mengingati tentang sesuatu yang sudah dan belum anda kerjakan sebelumnya.

  3. Akibat kurang tidur juga sangat buruk untuk kesihatan tubuh anda. Berbagai penyakit akan menghampiri anda seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, stroke bahkan diabetes. Anda berharap untuk menghidapi penyakit-penyakit ini?

  4. Akibat kurang tidur yang lain iaitu anda akan sering mengalami stress, selalu marah-marah dan kelihatan murung di waktu aktiviti anda setiap hari.

  5. Akibat kurang tidur yang kelima iaitu akan memberi kesan tidak baik untuk kulit dan mata anda. Dalam hal ini, kulit anda akan kelihatan pucat dan muram serta kedutan halus yang nampak pada kulit anda dan mata anda kelihatan bengkak.

  6. Anda selalu lupa mengingati barang-barang yang anda letak sendiri, ketika hendak mencari barang tersebut. Ini mungkin penyebab akibat anda kurang tidur di malam hari. Cubalah fikirkan sendiri, sudah cukupkah tidur malam anda selama ini.

  7. Akibat tidur yang ke tujuh iaitu obesiti atau kegemukan. Ketika kita selalu terjaga di malam hari, maka akan berlaku peningkatan rasa lapar dan hasrat atau nafsu makan yang selalu ingin disalurkan yang akan mencetuskan obesiti atau kegemukan dengan berat badan yang berlebihan dari saiz ideal.
7 Perkara Bahaya Jika Kurang Tidur 7 Perkara Bahaya Jika Kurang Tidur Reviewed by Kreativ on 11:14:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.