Luis Filipe de Sousa Carreira
HONG KONG: Penunggang motosikal Portugal, Luis Filipe de Sousa Carreira maut dalam kemalangan pada sesi kelayakan Grand Prix Macau, kata penganjur.
Jawatankuasa penganjur berkata, Carreira mati akibat kecederaan selepas kemalangan petang semalam.
"Tiada penunggang lain terbabit dalam insiden itu yang berlaku di Fisherman’s Bend. Sesi kelayakan itu terus ditamatkan," katanya dalam kenyataan.
"Selepas doktor membuat pemeriksaan, Carreira dibawa ke hospital dengan ambulans," katanya.
Pelumba kelahiran Lisbon berusia 35 tahun itu mati kira-kira 30 minit kemudian.
Pihak penganjur Grand Prix Macau sudah menghubungi keluarga dan ahli pasukan mangsa dan jawatankuasa menyampaikan ucapan takziah atas kematian itu. - AFP
Penunggang Portugal Mati Dalam GP Macau
Reviewed by Kreativ
on
2:11:00 PTG
Rating:
Reviewed by Kreativ
on
2:11:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: