Wanita selalunya pasti akan mengikuti trend - menukar warna rambut dengan alasan ia adalah fesyen dan kecantikan, tetapi perkara ternyata boleh membahayakan sesetengah orang. Seorang Wanita dari barat dilaporkan meninggal dunia setelah koma selama 1 tahun akibat daripada mewarnai rambut.
Julie McCabe, seorang ibu berusia 38 tahun mengalami reaksi yang teruk setelah mewarnai rambutnya. Keluarga Julie kemudian melarikan diri ke hospital Airedale di Keighley. Setelah dirawat di dalam wad selama 24 jam, rupa-rupanya julie tidak sedarkan diri selepas koma selama lebih dari satu tahun iaitu sejak bulan oktober lalu.
"Julie mengatakan bahawa dirinya tidak sihat badan dan sedak nafas setelah keluar dari bilik mandi untuk mewarnai rambutnya. Ketika kami sedang bergegas ke hospital, jantung Julie berhenti berdetak di tengah perjalanan." kata Keith Miller, suaminya.
Menurut keluarganya, Julie sering mewarnai rambutnya setiap enam minggu sekali, tetapi tidak pernah mengalami reaksi tersebut sebelum ini. Julie masih cukuo muda, aktif dan tidak lebih baerat badan, sehingga pihak keluarganya mensyaki bahawa produk warna rambut yang digunakan oleh Julie.
Julie telah mewarnakan rambutnya selama bertahun-tahun dan telah menggunakan produk tersebut sebelum ini. Bahkan dirinya juga telah membuat pengesahan tentang sensitif kulitnya sebelum ini, untuk mengetahui apakah penggunaan mewarnai rambut boleh menyebabkan alergi.
Semua ahli percaya bahawa reaksi ini adalah disebabkan kerana alergi terhadap bahan kimia dalam pewarna rambut yang di sebut para-phenylenediamine (PPD). Jika dilakukan dalam waktu yang panjang, PDD mungkin akan menganggu sistem metabolime badan.
Untuk mencegah parah si Julie ini, doktor telah mencukur habis rambutnya agar PDD tidak lagi masuk ke dalam kulit kepala Julie. Tetapi tidak berhasil dan dirinya tetap koma hingga dia telah meninggal pada bulan november 2012 ini.
Sebelum ini ada juga kes yang sama telah berlaku, mati akibat daripada mewarnai rambut. Narinder Devi (38) di Birmingham meninggal tahun 2000, Tabatha McCourt (17) meninggal setelah mewarnai rambutnya.
Mati Kerana Mewarnakan Rambut
Reviewed by Kreativ
on
4:21:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan: