LINE Perkenal 3 Permainan



KUALA LUMPUR: Peneraju perkhidmatan pesanan telefon mudah alih Korea Selatan, NHN Corporation, menerusi produk rangkaian sosialnya, LINE memperkenalkan tiga aplikasi permainan percuma terbarunya yang disasarkan kepada pengguna tempatan.

Antara aplikasi permainan percuma yang ditawarkan adalah LINE POP, LINE Cartoon Wars dan LINE PATAPOKO ANIMAL. 

Pelanggan yang memuat turun permainan percuma yang diintegrasikan dengan LINE turut ditawarkan dengan pelekat maya percuma berasaskan watak permainan berkenaan dan boleh digunakan tanpa had. 

LINE POP adalah permainan menguji minda yang buat pertama kalinya diperkenalkan menerusi produk sokongan LINE dengan watak utama termasuk Moon, Brown, Cony dan Sally. 

Objektif permainan adalah memadankan tiga atau lebih watak sama, iaitu sama ada secara menegak atau melintang secepat mungkin untuk menghasilkan 'POP'. 

Apabila watak terbabit berjaya "diPOPkan", watak yang comel akan menunjukkan mimik terkejut dan lucu.

Selepas satu pusingan, markah tertinggi akan dikongsi dan kedudukan semasa ditetapkan dengan pemain lain, di mana kedudukan itu akan disusun semula pada setiap minggu. 

Bagi LINE Cartoon Wars pula, ia permainan berkonsepkan mempertahankan menara apabila pemain harus memastikan kubu mereka dipertahankan ketika cuba menakluki dan memusnahkan istana musuh. 

Ia dibangunkan bertujuan menggalakkan aspek kerjasama dan interaksi bersama pemain lain.

Pemain mesti mencipta dan menggabungkan unit terdiri daripada askar maya untuk menang. 

LINE PATAPOKO ANIMAL pula permainan berasaskan ciri menembak ketika rangkaian binatang comel.

Binatang terbabit perlu dinafikan rancangan mereka untuk melarikan diri ke alam nyata dari dunia buku cerita.

Pelanggan boleh memuat turun permainan itu di App Store atau Google Play. 

Untuk mendapatkan akses permainan LINE, klik pada tab "More" pada bahagian bawah di sebelah kanan sebelum rangkaian permainan LINE kelihatan.

Menjelang akhir tahun ini, LINE Malaysia dijangka memperkenalkan lebih daripada 10 permainan bagi menyokong aplikasi rangkaian sosial terbabit.

LINE Perkenal 3 Permainan LINE Perkenal 3 Permainan Reviewed by Kreativ on 9:04:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.