LAPOR...Mohd Khairil Adzhar menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
SHAH ALAM: Gara-gara mempercayai rakan baiknya, seorang peniaga kereta terpakai kerugian RM90,000 apabila rakannya bukan saja gagal menyerahkan barangan dibeli, malah melarikan diri sejak April lalu.
Mohd Khairil Adzhar Mahmood, 28, mendakwa mengenali rakannya dikenali sebagai Jeffry itu sejak setahun lalu dan membeli beberapa barangan terpakai daripadanya, termasuk kereta Mercedez, Mini Cooper Wagon, BMW, motosikal, kamera digital, telefon bimbit dan komputer riba pada harga murah.
Menurutnya, sebelum mendapat semua barangan ditempah, Jeffry memintanya membayar sejumlah wang dan berjanji menyerahkan barangan berkenaan dalam dua bulan yang kononnya disimpan di Perak.
Beliau berkata, harga ditawarkan Jeffry tidak munasabah kerana terlalu rendah namun lelaki itu berjaya meyakinkannya dengan menunjukkan bukti bergambar barangan.
Selain itu, Jeffry mendakwa ramai pelanggan membeli barangan daripadanya.
“Berikutan jumlah urus niaga itu mencecah RM90,000, saya membuat satu surat perjanjian ditandatangani Jeffry pada Februari lalu, bagi memastikan tidak ditipu.
Kawan Kebas RM90,000
Reviewed by Kreativ
on
8:43:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: