JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini beransur baik dengan jumlah mangsa yang dipindahkan semakin berkurangan.
Jika malam semalam jumlah mangsa dipindahkan mencecah lebih 2,000 orang, namun sehingga jam 1 petang ini, mangsa yang terbabit berkurangan kepada 1,860 orang.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah pusat pemindahan banjir juga ditutup di Daerah Batu Pahat menjadikan jumlah pusat pemindahan yang masih dibuka setakat ini di daerah itu ialah 16 buah.
Manakala di daerah Kluang, sebanyak dua pusat pemindahan masih dibuka dan sebuah di Ledang.
- BERNAMA
Sumber - Berita Harian
Jumlah Mangsa Banjir Johor Berkurangan
Reviewed by Kreativ
on
3:08:00 PTG
Rating:
Reviewed by Kreativ
on
3:08:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: