Johor enggan layan RM1 juta



Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memutuskan tidak akan melayan permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menuntut RM1 juta bagi menebus kontrak penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo. 
Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata nilai itu terlalu tinggi dan menyalahi peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM). 

Saya tegaskan betapa PBNJ tidak akan melayan permintaan KAFA berhubung isu menebus kontrak Mat Yo," Tunku Ismail
Beliau berkata, peraturan badan induk bola sepak negara itu jelas menyatakan jumlah yuran perpindahan yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain yang masih ada baki kontrak adalah lebih rendah daripada RM1 juta.

Kontrak mengikut klausa

“Kita tawarkan kontrak mengikut klausa yang ditetapkan FAM dan tidak sama sekali membelakanginya.

“Apapun saya menunggu reaksi KAFA dan tidak mahu isu itu berpanjangan. Saya tegaskan betapa PBNJ tidak akan melayan permintaan KAFA berhubung isu menebus kontrak pemain itu,” katanya. 
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak pemain Johor untuk musim depan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bukit Timbalan di sini, semalam.

Pada majlis itu turut diumumkan nama baru Johor FA iaitu Johor United yang beraksi di Liga Perdana pada musim depan. 

Mat Yo, KAFA kena selesai sendiri'

Tunku Ismail berkata, kini terpulang kepada KAFA dan Mat Yo sendiri untuk menyelesaikan isu tebus kontrak.

“PBNJ hanya akan menyusul selepas segala urusan antara KAFA dan pemain itu selesai," katanya.

Beliau berkata, PBNJ tidak akan memaksa Mat Yo untuk menyertai skuad Harimau Selatan, sebaliknya menyerahkan budi bicara Pemain Paling Bernilai 2012 itu membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Kita tidak memaksa Mat Yo dan terpulang kepadanya untuk memutuskan sama ada kekal bersama Kelantan atau menyertai Johor. 

“Apapun sebagai pemain bola sepak profesional dia perlu buat keputusan bijak demi masa depannya,” katanya.

Beliau berkata, PBNJ menawarkan gaji berdasarkan kepada prestasinya, selain statusnya sebagai Pemain Paling Bernilai untuk tiga tahun berturut-turut.

Sementara itu, Muslim Ahmad (Terengganu), Afiq Kamaruddin (Sime Darby) dan beberapa pemain baru menandatangani kontrak untuk beraksi dengan Johor musim depan manakala Nurul Azwan Roya (Kelantan) dan Safiq Rahim (Selangor) dijangka menyusul kemudian.
Johor enggan layan RM1 juta Johor enggan layan RM1 juta Reviewed by Kreativ on 7:04:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.