Cendawan Beracun Punca Christine Maut


Gambar hiasan

LONDON: Seorang wanita maut selepas memakan satu daripada cendawan paling beracun di dunia, lapor media semalam.

Christine Hale, 57, memakan cendawan butang itu selepas memetik tumbuhan itu dari laman rumahnya. Doktor di sebuah hospital di Taunton, Somerset, cuba menyelamatkan nyawa Christine tetapi gagal kerana beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

Christine meninggal dunia 19 November lalu. Suami Christine turut memakan cendawan berkenaan tetapi berjaya diselamatkan dan kini dibenarkan pulang. - TS
Cendawan Beracun Punca Christine Maut Cendawan Beracun Punca Christine Maut Reviewed by Kreativ on 8:45:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.