Anak, Isteri Layak Dapat Harta Pusaka Si Mati


SAYA adalah isteri kedua dan mempunyai dua anak. Suami sudah membeli sebuah rumah secara hutang sebelum berkahwin dengan saya dan sampai sekarang hutang itu masih dibayar secara ansuran.

Rumah itu diduduki isteri pertama dan anak-anaknya, sementara saya bersama anak-anak menyewa rumah lain. Jika suami saya meninggal dunia, adakah anak saya boleh menuntut wang daripada rumah itu jika ia dijual kelak? 

ROS, 
Melaka 

SEMUA anak dan isteri si mati berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan si mati. Ini termasuk wang daripada penjualan rumah sekiranya dijual selepas kematian arwah. 

Ia perlu dibahagi mengikut kadar yang sudah ditetapkan Islam selepas hutang si mati dilunaskan dan segala wasiatnya disempurnakan. 

Seterusnya harta sepencarian boleh dituntut isteri pertama dan kedua. Ia boleh dikira dari tarikh perkahwinan dengan suami.
Anak, Isteri Layak Dapat Harta Pusaka Si Mati Anak, Isteri Layak Dapat Harta Pusaka Si Mati Reviewed by Kreativ on 7:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.